ASSALAMMUALAIKUM WBT
Hai semua ! Yana kembali dengan beberapa info menarik mengenai projek terbaru Eka Heights iaitu Meora dan Ferra . Anda nak tahu apa yang menarik ? Jom baca │Meora dan Ferra Eka Heights , Kediaman Ideal untuk Keluarga ; Berkonsepkan Kediaman Moden ❤️
Sebelum Yana memulakan perkongsian ini , terlebih dahulu Yana nak kongsikan dengan anda semua satu info menarik . Baru-baru ini Eka Heights telah melancarkan projek perumahan baharu yang dikenali sebagai Meora dan Ferra .
Projek mereka pada kali ini menawarkan konsep kediaman moden dengan reka bentuk yang elegan serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan hidup penduduk.
Tentang Eka Heights
Oh ya , sebelum tu Yana nak tanya . Pernah tak anda membayangkan setiap pagi selepas bangun dari tidur anda "disajikan" dengan persekitaran yang tenang dengan dikelilingi dengan tumbuhan yang menghijau . Ditambah pula dengan bunyian alam semula jadi disertakan dengan kemudahan kehidupan moden dihadapan pintu rumah anda. Pernah tak anda bayangkan ?
Okay , kembali kepada topik kita pada kali ini . Yana nak kongsi satu lagi info mengenai Eka Heights . Eka Heights meliputi kawasan seluas 371 ekar tanah utama di Seremban Barat dan merupakan pembangunan penting dalam Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV) .
Eka Heights juga menawarkan sebuah tempat "perlindungan" di mana sesebuah keluarga dapat berkembang , maju dan pada masa yang sama dapat mencipta kenangan sepanjang hayat .
Kisah Kejayaan Eka Heights
Eka Heights telah membuktikan daya tariknya dengan pelancaran yang berjaya bagi Presint 3 dan Presint 10 . Menampilkan rumah teres satu dan dua tingkat. Selain itu , ia juga mendapat permintaan yang tinggi di mana ia menyebabkan penjualannya cepat habis . Sementelahan itu , dengan ciri daya tarikan yang menarik ia secara tidak langsung memikat hati pembeli rumah yang mencari keselesaan , kemudahan dan pertumbuhan.
Fakta Menarik Eka Heights ; Nadi Sebuah Komuniti yang Maju
• 371.79 ekar tanah yang dibangunkan dengan teliti
• 3620 unit kediaman dengan pelbagai susun atur ,
• 25 unit komersial yang memberikan kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk
• Taman Mageka seluas 15.5 ekar merupakan pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai , rekreasi dan bersosial .
• keselamatan adalah keutamaan di Eka Heights , dengan pagar keliling dan Pondok Rukun Tetangga yang ditempatkan secara strategik dapat memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran , mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anda dan keluarga
• lokasi utama dan aksesibiliti
• Ruang Hijau : Taman Mageka Alam Semula Jadi di Pintu Anda
Lokasi Utama dan Aksesibiliti
- terletak di dalam Lembah Wawasan Malaysia
- pembangunan ini dikelilingi oleh kejiranan yang mapan dan menawarkan keterhubungan yang sangat baik
- lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan sambungan KLIA dapat memudahkan anda untuk sampai ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi penting yang lain
Ruang Hijau : Taman Mageka - Alam Semula Jadi di Pintu Anda
- di tengah-tengah Eka Heights terletak Taman Mageka , sebuah oasis hijau seluas 15.5 ekar yang direka untuk memupuk kehidupan berkomuniti.
- ia merupakan lebih daripada sekadar taman , ia adalah tempat di mana penduduk berkumpul untuk bersantai , bermain dan membina hubungan yang berkekalan
Taman Mageka Menampilkan :