ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua orang . Di malam yang hening nie bertemankan alunan lagu di Youtube . Yana nak review mengenai satu cafe nie
BIG BOB CAFE ♥
Sebenarnya nie bukan pertama kali Yana mai BIG BOB CAFE nie . Beberapa kali sudah Yana mai , seperti biasa kalau Yana mai sini ,pilihan Yana satu ja tak chicken chop Yana pilih chicken grilled =) .
Antara menu yang terdapat di BIG BOB CAFE
Maaf kalau gambar agak kabur . Hehe ^_^ Hasil Google nie .
Antara permandangan yang sempat diambil tadi . =) Sebenarnya BIG BOB CAFE nie tenang ja suasananya , anda akan ditemani dengan alunan lagu . Nasib Yana dan kawan-kawan agak tak baik tadi , sebab ada budak bawah umur yang pi cafe tu , suasananya agak bising . Tapi , tak lama , selepas budak-budak bawah umur tu balik semuanya kembali seperti sediakala .
Okay , nie set makan tengah hari Yana tadi , Gambar nampak kecik , sebenarnya besar nie . Yana tak dapat habiskan pon . Huhuhu . Nama set makan tengah hari Yana nie
BIG BOB CHICKEN CHOP ♥
Nie pulak set makan tengah hari kawan Yana . Nama set makan tengah hari nie
NASI AYAM RENDANG
Sejujurnya , rendang ayam dia tak lah semantap rendang mak kita dok buat tu . Tapi , bolehlah kalau anda nak cuba . Yana syorkan cuba western food dia , memang berbaloi ^_^
Set makanan tengah hari yang dipilih hakak marodziah shamsudin agak tergeliat lidah nak menyebutnya hehehe ^_^
SPAGHETTI LAMB BALOGNESE
nama diberi , bagi penggemar daging kambing bolehlah cuba ya . Yana tak berapa nak gemar , jadi Yana pilih ayam hehehe ^_^ ♥ ♥ ♥
Okay , jangan salah ertikan tujuan Yana tunjuk resit nie . Sebenarnya Yana nak bagi tau harga makanan kat sini memang berpatutan . Nie untuk tiga orang makan ya . Lepas tu ada menu sampingan yang kaami tambah tadi , kek Yana tak sempat ambil gambar hehehe ^_^
Sebelum Yana lupa , nie menu sampingan yang Yana maksudkan tu . Nama dia
MUSHROOM SOUP ♥
Orang kata nie trademark BIG BOB CAFE nie . Jadi apa lagi ?? Harus cuba yang nie jugak nah ^_^
Cuba teka , yang mana satu Yana punya ? Kalau yang teka air paling tinggi tu , ya anda betul . Yana memang akan pilih jus kalau makan dekat luar , kalau dekat rumah air kosong saja =)
Akhir kata daripada Yana , jangan lupa singgah nah dekat BIG BOB CAFE nie . Pada sesiapa yang duduk kawasan berdekatan Kepala Batas , BIG BOB CAFE ada dekat kiosk bertam tu . Selain Bertam , BIG BOB CAFE juga terdapat di Jalan Baru . Singgah nah jangan tak singgah .
BIG BOB CAFE FACEBOOK
BIG BOB CAFE INSTAGRAM
1) Bigbob Café 1 Medan Perniagaan Pauh Jaya 31
2) @Kiosk Bertam Perdana, KB
📞 019-4447533 / 04 383 9260
🍴 Open from 11am till 11pm
📛 Closed on MONDAY
3 Comments
Menarik nampak big bob Cafe ni Kat Bertam rupanya boleh cuba nanti
ReplyDeletesilakan aRz . tapi yg nie dekat pauh jaya , kawasan jalan baru . kalau dekat bertam , environment dia tak macam nie , kawasan dia agak terbuka . kalau nak selesa yana syorkan pi dekat main branch dia nie =)
ReplyDeletesodappnyer., harganye pon sodap jugakk., ;p
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^