KENALI TIROID

Hai , malam nie pon lari dari plan asal Yana , sebenarnnya , Yana nak kupaskan mengenai Gangguan Seksual / Sexual Harassment . Tetiba , lepas Yana berwhatsapp dengan kawan Yana , dia bagitau adik dia kena admitted , because of TIROID . Tiroid mungkin bukan satu nama asing bagi yang mengetahuinya . Tapi , tahukah kita apa itu Tiroid ? 

DEFINISI TIROID 

Tiroid merupakan sejenis penyakit yang mengakibatkan gangguan / masalah pada kelenjar tiroid . Kelenjar yg terletak di bawah jakun ini bertugas mengatur pelbagai sistem metabolisme dalam tubuh sehingga perananannya sangat penting bagi kita .

Kinerja kalenjar Tiroid dikendalikan oleh otak . Ketika tubuh mengalami kekurangan / kelebihan 
hormon tiroid  otak merangsang kalenjar tiroid untuk menyesuaikan kinerjanya agar kadar hormon tersebut kembali seimbang . Ini antara keterangan mengenai Tiroid yang Yana google , sumber daripada 

Rata-rata antara kita apabila ditanya apa punca Tiroid , mungkin ramai yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat . Di sini , Yana kongsikan beberapa faktor penyebab Tiroid .



FAKTOR PENYAKIT TIROID

  • masalah pada kelenjar pituari di otak
  • kalenjar tiroid yang rosak
  • pengaruh ubat litium
  • kadar iodin yang berlebihan dalam tubuh badan

JENIS-JENIS PENYAKIT TIROID


HIPOTIROIDISME

* HIPOTIRODISME adalah satu keadaan terlalu sedikitnya hormon tiroksin yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid sehingga tubuh mengalami defisiensi . Keadaan ini lebih kerap dialami oleh wanita yang mempunyai tanda-tanda umum seperti konstipasi , kulit kering , keletihan , penambahan berat badan tanpa sebbab jelas , serta lebih sensitif terhadap hawa dingin.

HIPERTIROIDISME

* Jika kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan dalam tubuh . Pesakit akan mengalami kelenjar tiroid overaktif atau HIPERTIROIDISME . Penyakit ini umumnya dapat dilihat dengan detak jantung yang cepat atau tidak berperaturan , penurunan berat badan yang terjadi secara tiba-tiba walaupun nafsu makan meningkat , berpeluh , gugup serta cemas.

NODUL TIROID 

* NODUL TIROID , adalah benjolan padat atau berisi air yang timbul dalam kelenjar tiroid . Benjolan ini datang dalam bentuk seperti tumor jinak / kista . Nodul tiroid jarang menyebabkan gejala sehingga umumnya hanya dapat dikesan saat pesakitnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan . Namun jika nodul yang yang tumbuh cukup  besar keadaan ini akan menyebabkan kesukaran bernafas , kesukaran menelan dan rasa sakit pada kerongkong .

Tak lengkap sekiranya Yana tak sertakan cara untuk mengubati Tiroid .

Tiga cara rawatan untuk mengubati penyakit tiroid sila amalkan kaedah yang diterangkan di bawah ini:
PERTAMA: 
Terlebih dahulu bersihkan perut dengan minum pencuci perut (pencahar) atau disebut julap, yakni satu sudu teh serbuk daun Sana direndam dengan segelas air panas mendidih, setelah suam-suam kuku atau setelah sejuk, maka tapis ambil airnya lalu minum tatkala mahu tidur malam, pada keesokan paginya minumlah air suam tiga gelas, dan insyaAllah akan buang air besar hingga tiga atau empat kali. Selepas itu alas perut dengan makan yang lembut-lembut dan tidak pedas.
KEDUA: 
Ambil sepotong halia tua sekira-kira sebesar ibu jari diblender (kisar) dengan segelas air lalu direbus sampai mendidih, dan dimasukkan tujuh ketul garam kasar yang kecilnya, dan setelah suam-suam kuku, tapis ambil airnya, dan bacakan padanya Surah Fatihah (sekali), Surah Ikhlas (tiga kali), Surah al-Falak (sekali), Surah An-Nas (sekali), dan Surah Al-Hasyr, ayat 22 (21 kall), lalu minum air tersebut. Amalkan dua kali sehari selama 21 hari.
Bagi ubat bahagian luarnya, yakni ubat untuk disapukan pada bahagian luar tiroid yang membengkak, ambil 21 biji garam kasar lalu rendamkan pada segelas air suam atau air paip, dan bacakan padanya surah dan ayat tersebut di atas.
Setelah itu sapukan air garam tersebut tiga kali sapu pada tiroid setiap lewat petang sebelum matahari terbenam. Amalkan selama 21 hari serentak dengan minum air halia di atas. Sekiranya tiroid tersebut berada di bahagian dalam perut, maka sapukan saja air garam di bahagian luar perut bertentangan dengan tiroid.
KETIGA: 
Semasa mengamalkan ubat di atas, hendaklah setiap malam dalam sepertiga malam sekitar pukul dua pagi, lakukan solat taubat dua rakaat. Selepas itu lakukan pula solat sunat tahajud dua rakaat. Selepas salam, baca Surah Fatihah sekali, dan Surah al-Ikhlas (tiga kali), lalu hadiahkan kepada Rasulullah SAW kepada ahli keluarganya, serta sekalian para sahabat.
Setelah itu bertafakur dengan menumpukan perhatian anda ke dalam lubuk hati/jantung anda yang berada di bawa susu kiri renggang/jarak dua jari daripada tengah-tengah dada, yakni tempat terbitnya mata "Bashirah". Setelah bulat konsentrasi di situ, lalu anda salurkan pandangan mata hati/mata Bashirah tersebut ke tiroid sehingga tepat, lalu dalam keadaan demikian anda bacakan surah-surah dan ayat yang disebutkan pada cara kedua di atas.
Setelah selesai membaca bacaan tersebut, sebelum mengakhirinya maka akhiri dengan bacaan 'Laa ilaha illallah, AllahuAkbar sebanyak 100 kali. Lakukan amalan ini selama 21 hari setiap malam, InsyaAllah anda akan melihat hasilnya yang ajaib. Kesimpulan cara ubat ketiga ini, yakni "berwirid dan berzikir pada tiroid itu."
Cara perubatan ketiga agak rumit untuk melakukan dan mengamalkannya, melainkan bagi orang yang telah membiasakan dirinya "berzikirullah" dengan aturan tata tertib zikir yang dipimpin oleh seorang guru mursyid yang berpandukan Kitab Usuluddin.
Perlu kita ketahui, bahawa berubat penyakit dengan mendahulukan minta ampun dan taubat kepada Allah daripada segala dosa amat berkesan dan bermanfaat kerana kebanyakan penyakit yang ditimpakan Allah kepada manusia adalah kerana dosanya.
Ia juga bertujuan untuk mengingatkan manusia supaya menyedari kesalahan dan dosanya, ada kalanya untuk membersihkan dosa seseorang hamba jika hamba itu mendahului dengan reda sebelum dia berikhtiar mengubati penyakit tersebut.

Langkah pencegahan
Cegah sebelum dijangkiti tiroid dengan amalan seperti berikut:
1. Membiasakan mengisi perut dengan makanan dan minuman dengan secara sederhana, yakni tidak sampai padat.
2. Setiap kali makan hendaklah dikunyah sampai lumat terlebih sebelum ditelan.
3. Sebelum makan jangan lupa membaca 'Bismillah' dan sebaik-baiknya terus membaca 'Alhamdulillah' setiap kali menelan makanan tersebut.
4. Membiasakan diri bekerja dengan membangkitkan orot-otot tubuh, bersenam, berjoging dan sebagainya sehingga badan berpeluh. Lakukan kira-kira 20 minit dalam sehari.
5. Biasakan beristighfar dengan minta ampun kepada Allah SWT, dan minta maaf dengan ibu bapa. Bagi isteri, biasakan meminta maaf daripada segala kesalahan kepada suami, begitu juga sebaliknya kerana kebanyakan sumber penyakit adalah daripada dosa yang bersangkut-paut sesama manusia.
Wallahua'lam


* NAJIHA HANIM , Kak Yana taw you can go thru this Tiroid dear . Be strong . Keep yourself healthy . Tak banyak Kak Yana boleh bantu Anim , just boleh share some information about your disease Dear , last word from me , get well soon okay ? ♥




3 Comments

  1. tak faham sgt punca sakit tyroid nih.. huhu..
    semoga adik najiha cepat sembuh..:)

    ReplyDelete
  2. CCL Follow sini #313 ..

    Tyroid .. kawan CCL pernah jadi tyroid .. lepas2 buat operation terus suara dia lain sikit ...

    ReplyDelete
  3. Saya pesakit hyperthyroid.

    Paling mencabar sebab cuma kita yang rasa symtomp tu, tak nampak di mata kasar.

    Orang nampak kita okay, sebenarnya tidak.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^