TIPS MEMILIH PASANGAN

Hai semua . Malam nie Yana nak berkongsi TIPS MEMILIH PASANGAN . Entri kali nie bukanlah hasil penulisan Yana sepenuhnya , tetapi berdasarkan sumber rujukan ENCIK GOOGLE =)
" terikatnya jalinan cinta dua orang insan dalam sebuah pernikahan adalah perkara yang sangat diperhatikan dalam syariat Islam yang mulia ini "

Setiap wanita / lelaki pasti mengimpikan untuk menemui pasangan hidup yang sanggup bersama-sama melayari bahtera perkahwinan dari awal hingga akhir nyawa . Akan tetapi , tidak semua ikatan perkahwinan akan kekal hingga ke akhir hayat , ada juga yang putus di pertengahan jalan . Adalah penting untuk kita mengetahui TIPS MEMILIH PASANGAN =)

Rasullulah SAW , pernah bersabda :

" tiga hal yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan gurauannya dianggap serius adalah , nikah , cerai , & rujuk . "


Selain itu , Rasullulah SAW juga pernah bersabda :

" seorang wanita biasanya dinikahi kerana 4 hal , iaitu kerana hartanya , nasabnya ,(keturunanya) , kecantikkannya dan kerana agamanya "


EMPAT ASPEK PENTING DALAM PEMILIHAN TEMAN HIDUP

Taat kepada Allah dan Rasul-Nya .


- Ini adalah kriteria yang paling utama daripada kriteria lain . Maka dalam memilih calon pasangan hidup , seminimanya harus terdapat satu syarat ini .

Al Kafa'ah (sekufu)


- Yang dimaksudkan dengan sekufu adalah sebanding dalam hal kedudukan , agama , nasab , rumah dan lain-lain .

Menyenangkan Jika Dipandang


- Rasullulah SAW dalam hadis telah disebut , kita boleh menjadikan faktor fizikal sebagai salah satu kriteria memilih calon pasangan , kerana paras yang cantik / tampan adalah salah satu faktor utama keharmonian rumah tangga . Maka mempertimbangkan hal tersebut adalah salah satu tujuan dari pernikahan , iaitu menciptakan ketenteraman dalam hati .

Subur (mampu menghasilkan keturunan)


- Di antara hikmah daripada pernikahan adalah untuk meneruskan keturunan dan memperbanyakkan jumlah kaum muslimin dan memperkuatkan izzah (kemuliaan) kaum muslimin . Kerana daripada pernikahan diharapkan lahirlah anak-anak kaum muslimin yang menjadi seorang yang soleh / solehah yang bakal menyampaikan dakwah Islam .

Empat aspek penting dalam pemilihan pasangan hidup telah Yana huraikan dengan seringkasnya dengan bantuan sumber rujukan daripada internet . Harap dapatlah kiita praktikkan keempat-empat aspek utama ini dalam pemilihan pasangan kita nanti . 

Sekian sahaja entri Yana mengenai Tips Pemilihan Pasangan Hidup . 

Sebelum itu , mari kita hayati setiap bait-bait lagu ini :


Kasih dengarlah hatiku berbicara ,
Kasih izinkan diriku bertanya ,
bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi 
Menjadi satu reliti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh 
Untuk ke singgahsana
Kerna takdir yang menentukan

IMPIAN KASIH ♥



17 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. akanku semat isi cerita ini utk masa akan datang. In syaa Allah. :D thnx for sharing.

    ReplyDelete
  3. tajuk bab2 pilih psgn ni cpt je sya klik. haha. lagu nasyid tu best. msa kat hostel dlu selalu dgar

    ReplyDelete
  4. tajuk diaa.. buat mata mmbuka bsar.. ahahah thanks for sharing. anyway jom singgah blog saya. cuci mataa

    http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    ReplyDelete
  5. @Aienienka Peter hehee , AIEN , yana sekadar berkongsi , kalo ada salah kt mna2 tego ye , in shaa allah yana pon nak praktik gak hee

    ReplyDelete
  6. @najwa zahid jgn kata NAJWA , yana pon sama kalo bab nie mmg laju hee

    ReplyDelete
  7. @Eintan Nurfuzie itu yg sebaik nya CIK EN , trima kasih kerana ingatkan hehe

    ReplyDelete
  8. @Wanie Seuk hahaha kannn kalo bab nie mmg mata membesar selalu . in shaa allah yana singgah nnti =)

    ReplyDelete
  9. Hehe, masih lgi mncari..haii blogger utara!

    ReplyDelete
  10. Hehe, masih lgi mncari..haii blogger utara!

    ReplyDelete
  11. @timm bill hiiiii hehehe sama lah kita masih mencari yg tak pasti kekeke

    ReplyDelete
  12. Carilah yang fahami agama. Sudah tentu mudah dalam segala hal. Tetapi dalam bab sekufu dan kecantikan juga main peranan

    ReplyDelete
  13. @aRz MoHa btoi aRz apa apa pun agama come first , kalau dapat yg sekufu alhamdulilah , rezeki kalau tak dapat redha lah itu jodoh hee ^_^

    ReplyDelete
  14. Jika inginkan kebahagian di dunia dan akhirat..
    maka pilihlah pasangan yang beragama..
    kerna agama akan membimbing kita ke akhirat yang kekal abadi..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  15. cari lelaki yg beriman <3 semoga dapat jodoh yg baik

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah kita semua akan dapat jodoh yg sesuai dgn kita..

    https://www.tipsummi.com/tips/set-penjagaan-kulit-skincare-bebas-paraben-merkuri-dan-1500-bahan-kimia-berbahaya/

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^