PETUA KECANTIKKAN SECARA ALAMI

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

PETUA KECANTIKKAN SECARA ALAMI

Wah , nampak ja tajuk entri petua kecantikkan secara alami ramai ja kan kaum hawa yang laju-laju klik entri nie kan ? Hehehe . Okay , hari nie Yana nak kongsikan rahsia kecantikkan dari alam semulajadi . Selamat membaca ya , kalau rajin nanti tinggal-tinggalkanlah komen di bawah entri ya .

TOMATO



Bahan pertama yang Yana nak kenalkan , TOMATO , ramai antara kita yang tahu akan khasiat tomato pada kulit wajah kan ? Tomato memang terkenal untuk kecantikkan kulit wajah . Selain itu tomato juga dapat :-


  • Atasi masalah jerawat .
  • Mengurangkan bintik-bintik hitam .
  • Mengecilkan liang pori wajah .
  • Atasi masalah kulit kering .
  • Tona kulit tidak sekata .
  • Buang lemak .
  • Kulit kering sebab dehidrasi .
  • Lingkaran gelap bawah mata .


Sejujurnya , Yana sendiri tak pernah amalkan , dan Yana pon tak berapa menggemari buah tomato nie . Yana hanya makan tomato sekiranya sudah dimasak , ataupun dalam air asam yang selalu disediakan bersama hidangan nasi daging tu . Yana hairan macam mana orang boleh makan buah tomato dengan mentah tanpa perlu dimasak . Selepas Yana tahu akan khasiat tomato nie , lepas nie buah tomato akan jadi salah satu buah kegemaran Yana ^_^ .

AMPAS KELAPA



Bahan kedua pula , AMPAS KELAPA , Pada gadis-gadis di luar sana yang gemar scrub muka anda tu . Bolehlah cuba dengan menggunakan ampas kelapa pula selepas nie , selain ianya tidak memerlukan kos yang tinggi , ia jugak mudah didapati dan tidak mengandungi bahan kimia seperti yang terkandung dalam produk kecantikkan yang kita guna tu . Apakah khasiatnya ? Jom kita tengok antara khasiat ampas kelapa :-


  • Dapat menghaluskan kulit
  • Mengurangkan minyak pada kulit wajah
  • Membersihkan pori-pori



Yana ada juga amalkan penggunaan ampas kelapa nie untuk scrub satu badan dan muka . Memang kulit akan terasa licin dan lembut . Cubalah ya gadis-gadis kat luar sana tu .


LEMON


Bahan kecantikkan secara alami yang ketiga ialah , LEMON . Mesti ramai yang tak tahu kan lemon juga baik untuk kulit wajah . Seperti yang kita tahu , lemon mengandungi vitamin C yang dapat merawat dan mencerahkan kulit . Selain itu , lemon juga dapat memudarkan flek hitam pada wajah . Caranya ? Potong lemon menjadi dua bahagian , selepas itu perah lemon ke dalam mangkuk . Gunakan kapas muka muka untuk mencelup jus lemon tersebut , dan sapukan pada kulit wajah dengan gerakan melingkar . Biarkan sisa lemon tu semalaman tanpa dibilas agar kandungan lemon dapat meresap ke dalam kulit wajah .


TIMUN


Okay , bahan yang keempat pula ialah TIMUN . Apakah khasiat timun ?
Jom kita tengok . Antara khasiat timun ialah :-



  • Dapat mengurangkan lingkaran hitam pada bawah mata .
  • Mengurangkan bintik hitam
  • Mencegah kedutan pada kulit .


Manfaat timun memberikan rasa segar secara semulajadi kepada kulit kerana sifatnya yang mengandungi air sehingga baik untuk membersihkan wajah dan melembabkan kulit . 


PUTIH TELUR


Bahan kelima dan merupakan bahan terakhir untuk entri nie , PUTIH TELUR . Putih telur mengandungi protein yang tinggi yang dapat membaiki sel-sel kulit rosak . Selain itu , putih telur juga  dapat mengecilkan pori-pori di wajah , menyerap minyak yang berlebihan dan dapat mengatasi masalah jerawat . 

Sampai sini sahaja perkongsian Yana mengenai

 "PETUA KECANTIKKAN SECARA ALAMI"
Selamat mencuba ya semua ♥ 



3 Comments

  1. @Nurul Baidurah hehehe cuba ya Nurul Baidurah , mana taw berhasil ^_^

    ReplyDelete
  2. Good sharing... Bahan pun senang dpt kan... Hihi.. Boleh Cuba ni..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^