KENAPA UMAT ISLAM DILARANG MENYAMBUT VALENTINE


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

KENAPA UMAT ISLAM DILARANG MENYAMBUT VALENTINE 


Selamat pagi semua . Tarikh hari nie 14 Febuari 2016 kan ? Ya , Hari Kekasih katanya ataupun lebih terkenal dengan Valentine Day . Tahukah anda , sebagai umat Islam , kita dilarang sama sekali untuk menyambut Hari Kekasih  ataupun Valentine Day


Di sini , akan Yana kupaskan satu persatu , kenapa kita sebagai orang Islam , dilarang menyambut Hari Kekasih . 
Selepas pesta Tahun Baru yang disambut pada setiap 1 Januari , kini masyarakat kita pula sibuk nak menyambut Hari Kekasih yang jatuh pada tarikh 14 Febuari pada setiap tahun . Bulan Febuari dikenali sebagai bulan yang penuh kasih sayang dan cinta kononnya . Perayaan ini dahulunya adalah satu hari raya bangsa Romawi yang mengganut paganisme (menyembah berhala) semenjak lebih daripada 17 abad yang lalu . Perayaan Valetine tersebut dimaksudkan oleh mereka sebagai sebuah ungkapan dan bukti cinta kepada sesembahan mereka .


Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Di sini Yana lampirkan fatwa yang membuktikan Valentine Day tu Haram disambut oleh kita .
sumber daripada : 


Sebab-Sebab Pengharaman Valentine’s Day


  • Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

  • Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

  • Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Merekameraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

  • “Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

  • Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

sumber daripada :


Konklusinya di sini , Hari Kekasih nie tak perlulah disambut oleh kita orang muslim . Kenapa mesti kita nak gadaikan akidah kita sebagai umat Islam hanya untuk perkara nie ?  Yana harap hasil perkongsian Yana pada hari nie , dapat membuka satu perspektif baru kepada anda semua agar mengatakan TIDAK !! kepada VALENTINE DAY !!


Jom like page Yana , Lady Yana's Stories 

Di sini Yana ada kongsikan sebarang pendapat , dan luahan Yana mengenai sesuatu topik , tujuan page ini adalah untuk berkongsi semua penulisan Yana di blog untuk  rakan-rakan Facebook Yana yang tak ada blog ♥







6 Comments

  1. Nice sharing...moga ramai yang semakin sedar akan hal ini..amin.

    ReplyDelete
  2. @PeRdU cINta terima kasih PC , in shaa allah , mudah mudahan ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam kenal dan salam blogwalking, infonya sangat bermanfaat mbak, saya jadi lebih tahu tentang valentine.di catat...

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat artikel ni. Sesuai untuk dibaca oleh remaja yang masih mentah dan masih boleh dibentuk. Kena perbanyakkan artikel islamik sebab ramai remaja di luar sana yang mudah terikut-ikut budaya Barat disebabkan ceteknya ilmu agama...

    ReplyDelete
  5. @Kang Ajay salam kenal jugak , terima kasih , in shaa allah saya akan terus berkongsi ^_^

    ReplyDelete
  6. @Ms Qiya Saad terima kasih qiya , sebenarnya banyak lagi benda yang kita tak thu , kena belajar lagi . aah kan , skarang ramai macm tu , kalo tegor directly t kena sound , nie ja lah jalan termudah dan trakhir yg dapat buat hehehe ^_^

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^