TIPS : KAHWIN MUDA DAN CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

KAHWIN MUDA DAN CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA

Wah tajuk-tajuk entri Cik Yana kebelakangan nie semua berbaur perkahwinan kan ? Kenapakah ? Tiada apa-apa pun sebenarnya . Yana cuma nak kongsi pengetahuan , pendapat Yana mengenai perkahwinan . Itu saja . Dah sampai seru ? Haha . Tidak sama sekali . Belum terbuka lagi pintu hati ini . =P Okay , kembali kepada topik Yana malam nie , 

KAHWIN MUDA DAN CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA


Sebelum Yana kupaskan topik kita pada malam nie dengan lebih terperinci . Moleklah sekiranya definisikan apa itu perkahwinan . PERKAHWINAN , merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut berkelayakan dan memenuhi syarat wajib nikah .
Sejak kebelakangan nie , Yana nampak ramai pasangan muda yang berkahwin . Terdetik di akal fikiran . bersediakah mereka untuk memikul tanggungjawab selepas berkahwin ? Mampukah mereka ? Kewangan mereka mencukupikah ? Macam mana cara mereka nak manage kewangan mereka nanti ? Banyak yang Yana fikir , sampai satu tahap tu , Yana declare kan diri ini belum bersedia lagi nak memikul semua tanggungjawab tu . ^_^

Sekali lagi kembali pada topik kita , 

TIPS TIPS UNTUK PASANGAN MUDA YANG BARU MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

  • Pasangan tersebut hendaklah menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibu bapa , adik beradik , saudara mara dan orang sekeliling.

  • Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan . Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak 

  • Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang muslim yang baik . Lakukan amalan wajib dengan sempurna , tingkatkan amalan-amala sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar suami isteri .

  • Maklumkan kepada ahli keluarga bahawa perkahwinan yang bakal anda bina bukan berlandaskan nafsu semata-mata , akan tetapi untuk memenuhi tuntutan agama Islam ke atas diri anda.

  • Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

  •  Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

  • Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

  • Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

  • Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.In shaa allah ♥
         sumber daripada:



maafkan sekiranya penulisan Yana pada malam nie ada cacat celanya . Jujur Yana bagi tau nie bukannlah karya Yana sepenuhnya ada Yana nyatakan sumbernya ya , bukan ciplak taw .
LIKE SINI JOM : Lady Yana's Stories


6 Comments

  1. eherm ehermmmm.. insha Allah kawin tu suatu tuntutan yang baik. kalau baik niat niatnya insha Allah baik lah hasilnya..yang penting kena mantapkan ilmu dulu sebelum buat sebarang keputusan..

    ReplyDelete
  2. bgus perkgsian ni..

    tringt berita smlm, statistik cerai meningkat terutama di kalangan org muda. Moga dijauhkan perkara mcm tu.

    ReplyDelete
  3. @CikSiti haa itulah Cik Siti , in shaa allah , semua org akan ke arah itu , cuma cepat atau lambat ja . terima kasih atas nasihatnya ^_^

    ReplyDelete
  4. @nuyui a.k.a miss YUI aaa tulah Yui yang buat Yana tak berani , akal tak berapa matang lagi , bila ada masalah , then xdapat nak solve cerai ja jalan paling mudah bg depa huhu . mintak simpang jugak huhu

    ReplyDelete
  5. @Dunia Zumal hahaha nasik minyak orang lain tu Zumal =P

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^