ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua , memandangkan hari nie Yana cuti lagi . Seperti biasa bila tak ada apa yang Yana nak buat . Yana akan cari bahan untuk update jurnal atas talian Yana nie . Okay , topik Yana hari nie ....
PETUA SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA
Siapa yang tak mahu tampil berseri-seri bak bidadari kan dia hari bahagia yang datang hanya sekali seumur hidup . Dekat sini , ingin sekali Yana kongsi beberapa tips untuk bakal raja sehari amalkan sebelum menjelangnya hari bahagia . Apakah tips-tipsnya ? Jom kita tengok sama-sama ♥
PETUA ORANG - ORANG TUA
- 44 HARI SEBELUM MENJELANGNYA HARI BAHAGIA
Okay petua dari Nek Yana yang pertama , 44 hari sebelum menjelangnya hari bahagia , bakal pengantin boleh mengamalkan diri dengan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari . Caranya ? Ambil segelas air kosong , baca Bismillah sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW . Untuk tampak berseri sentiasa , amalkanlah selalu ya .
- 30 HARI SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA
Baiklah , petua kedua daripada Nek Yana , Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya , lalu direbus dengan air putih sehingga warna bertukar kehijauan . Selepas itu , gunakan air rebusan tadi untuk mencuci muka anda , tapi pastikan suhunya sesuai ya , jangan pula sesudah direbus terus diguna , melecur nanti sayang . Selepas selesai mencuci muka dengan air rebusan tu , biarkan seketika di muka kemudian bilas dengan air sejuk . Kelebihannya ? Dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat dan ruam-ruam kecil di muka .
- TIMUN SEBAGAI EYE MASK
Okay , petua ketiga , dalam entri Yana sebelum nie Yana ada nyatakan kebaikkan timun untuk kulit wajah . Sekali lagi Yana kupaskan bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus , di samping sejuk . Timun berfungsi menghilangkan lebam di bawah mata (eye bag) akibat tidur lewat atau letih bekerja . Caranya ? Hiriskan timun tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis , sedang-sedang saja . Untuk pengetahuan anda , timun juga dapat membantu menegangkan otot bawah mata .
- LOBAK MERAH SEBAGAI MASKER MUKA
Petua keempat daripada Nek Yana , gunakan lobak merah sebagai masker muka . Seperti yang kita sedia maklum lobak merah kaya dengan Vitamin E yang dipercayai dapat menghilangkan parut di wajah serta menaikkan seri muka . Paling penting , ia dapat melembapkan kulit wajah . Caranya ?
Parut lobak merah , lalu ratakan pada ke seluruh bahagian wajah , biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air suam .
- AIR KELAPA TUA DAPAT MELEMBAPKAN MUKA
Sekiranya wajah kita kering dan kusam , pasti kita akan kelihatan lebih tua daripada usia . Oleh itu , sekiranya ada mempunyai waktu lapang , cari kelapa tua dan ambil airnya . Amalkan membasuh muka dengan air kelapa tua , biarkan selama 10 minit , kemudian bilas dengan air bersih . Jika diamalkan in shaa allah anda akan memperolehi kulit wajah yang lembap dan berseri .
PETUA ORANG SEKARANG
- TIDUR YANG SECUKUPNYA
Okay , kita beralih ke petua orang sekarang yakni petua moden . Amalkan waktu tidur yang secukupnya iaitu 6-7 jam sehari , elakkan bangun lewat kerana seri wajah akan hilang . Sebolehnya , bangunlah seawal jam 6 pagi , amalkan mandi sebelum menunaikan solat subuh . Luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit sambil menghirup udara pagi .
7 Comments
Hehe.. nice sharing ^^
ReplyDeletewow..kalau yang dah berumahtangga ni camne lak takde petua ke he he he
ReplyDeletesharing bguna sgt ni..hihi
ReplyDelete@Yun Sing hehee . thanks YS
ReplyDelete@CikSiti hahaha nnti Yana cari petua kekalkan kebahagian rumah tanggga Yana kena p btapa dlu nie hehehe
ReplyDelete@nuyui a.k.a miss YUIhahaha yui kegunaan masa hadapan ^_^
ReplyDeleteLambat update.. Yg dah berumah tangga apa petua lak? Hahahaa..
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^