ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua , Yana tak pasti sama ada awak semua perasan atau tak . Baru-baru nie Yana dan rakan Blogger Utara telah membuat satu lawatan ke
WONDERFOOD MUSEUM PENANG .
Bagi Yana , lawatan ini agak menarik . Sebab , melalui lawatan ini , Yana dapat jumpa rakan-rakan Blogger Utara secara bersemuka . Sebelum nie hanya aplikasi Whatsapp yang menghubungkan kami semua . Yana akui rasa teruja tu ada , cuma masa mula-mula agak kekok . Tapi lama kelamaan , kami serasi bersama , tak sangka semua kaki selfie ♥ Okay , kembali pada topik Yana pada malam nie .
WONDERFOOD MUSEUM . THE BEST !
Setibanya kami semua di WONDERFOOD MUSEUM PENANG , kami disajikan dengan replika cendol yang sangat besar bagi Yana . Replika cendol itu dilakukan dengan sangat teperinci . Setiap biji kacang dan cendol , nampak seakan-akan yang sebenar . Yana dan rakan-rakan blogger lain dimaklumkan kesemua replika ini diperbuat daripada lilin atau wax . Selain itu , kami juga diberitahu , sebiji kacang merah mengambil masa selama 2 jam untuk dibentuk , bolehkan anda fikir berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk membuat kesemua replika makanan yang terdapat di dalam WONDERFOOD MUSEUM ?
Tadaaaa .. Nie lah cendol yang Yana cakap tu . ^_^ . Yang nie bukanlah yang paling besar , lagi besar di dalam . Jom kita masuk . Hehe ^_^ .
Haa .. Nampak tu , cendol dekat dalam lagi besar =) Lagi besar daripada Yana tau . =P
Sebenarnya WONDERFOOD MUSEUM PENANG nie , bertemakan makanan Satu Malaysia , bersempena dengan tagline Perdana Menteri kita . 1 Malaysia .
Terdapat pelbagai jenis replika makanan yang "disajikan" kepada mata pengunjung yang melawat muzium makanan ini . Antaranya , sajian
MAKANAN KAUM INDIA , seperti mana yang kita tahu , makanan kaum India selalunya disajikan di atas daun pisang .
Pelbagai jenis makanan yang terdapat di atas daun pisang nie , tak dapat Yana nak huraikan satu persatu =P Yang paling jelas kelihatan , Tosai . ^_^
MAKANAN KAUM CINA juga tidak ketinggalan
( gambar daripada blogger Eintan Nurfuzie atau lebih mesra disapa sebagai Cik En dalam kalangan kami , Cik En , Yana ambil gambar nie ya ^_^ )
Gambar di atas tu kalau Yana tak salah , MAKANAN MASYARAKAT MELAYU , sebab apa Yana kata macam tu ? Nampak tak ketupat dan lemang di situ , Seperti yang kita sedia maklum , ketupat dan lemang merupakan makanan wajib setiap kali menyambut lebaran ^_^
Tiba masa yang ditunggu-tunggu , Geng Blogger Utara in action !!
Pertama , ABANG LONG kami aRz MoHa
Ehh , aRz nie , MAGNUM tu untuk dimakan , bukan untuk digunakan sebagai senjata =P
Seterusnya , diperkenalkan ABANG CHAQ kami ZUMAL
Alahai .. Sopan nya Zumal gigit kuih ketayap tu . Bila nak habis ^_^
Mempersilakan Eintan Nurfuzie aka Cik En kami ♥
Cik En bersama anak ABANG LONG , Cik Puteri (nama sebenar tak tau , maaf ye abg long )
Boleh habis ke tu Cik En & Cik Puteri habiskan durian gergasi tu ? =P
Ucu yang tak berapa Ucu , Pha Is
Erkk .. Satay tu untuk dimakan la Pha Is . Hehee ^_^
Seterusnya , Blogger Pinky & Kitty ^_^ MISS ZYAROSES
Besar sangat kot Roti Canai tu Zya , boleh habis ka ? Eh cakap nak diet kan ? Apakah ini ? ^_^
Dipersilakan Blogger paling comel dan paling muda UCU yang sebenar , YUN SING ♥♥
Yun Sing bersama lolipopnya ^_^♥
♥ LE AUTHOR ♥ LADYANA ^_^
WONDERFOOOF MUSEUM TERBAIKKK !! ^_^
Yana bagi ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ hati , Hehe . Terima kasih tidak terhingga kepada pekerja
WONDERFOOD MUSEUM PENANG atas layanan mesra anda dan kesudian anda melayan karenah kami dengan senyuman =)
Warna Warni makanan . Eh bermain mata pula kita ya Cik En . =)
Bersama Blogger bongsu Yun Sing & kawan ♥
Sekian sahaja penceritaan Yana mengenai WONDERFOOD MUSEUM PENANG nie . Banyak lagi gambar yang Yana nak kongsi , tapi tak mampu la nak kongsi dekat sini . Apa kata anda alami pengalaman nie sendiri sebagaimana kami Blogger Utara alami . Nescaya anda tidak akan menyesal ?
Oh ya , sebelum Yana lupa , bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti . Pihak WONDERFOOD MUSEUM PENANG telah menambah tema sambutan Tahun Baru Cina dengan kehadiran limau mandarin dan Yee Sang ♥
limau mandarin ♥
Yee Sang ♥ ♥
Dekat mana WONDERFOOD MUSEUM PENANG nie ??
Rujuk maklumat di bawah .
WONDERFOOD MUSEUM PENANG
49 Lebuh Pantai Georgetown ,
10200 Pulau Pinang ,
Malaysia .
(bersebelahan dengan CIMB)
Tel : 604-251-9095
Email: wonderfoodmuseum@gmail.com
Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Dewasa : RM 15 (Mykad) RM 25 (Non IC)
Student/Pelajar : RM10
Kanak Kanak : Percuma
THE WORLD'S FIRST FOOD WONDERLAND
Dibuka daripada pukul 9.00 am hingga 06.00 pm
7 Hari Seminggu
Terima kasih kepada tuan empunya gambar
"LOVE & FOOD are meant for sharing not for wasting."
8 Comments
Abang Chaq singgah buat rujukan taw. Silap tak angkut laksa tu ^-^
ReplyDeleteteruja tau..next week nak pergi boleh buat rujukan nak cari jalan..hehe
ReplyDeletejeles yui tgk..huhu
ReplyDeletehahaha .. abg chaq sila2 singgah .. tak larat laa nak angkut laksa tuu haha
ReplyDeletehehe .. Farah , kalo farah p next week bley la bgambar dengan Yee Sang n limau mandarin , jgn lupa update nah hehehe
ReplyDeleteheee ... YUI jgn la jeles , nnti kalo abg long wat lagi , YUI join la nah ^_^
ReplyDeleteBest tengok.. menarik.. ;)
ReplyDeletelaksa penang dia panas lg tu haha
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^