10 TIPS BUAT PASANGAN YANG BERJAUHAN
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
" jarak bukan penghalang saat dua hati menjadi satu "
Hai semua orang . Hari nie Yana nak bagi tips untuk pasangan yang berjauhan atau dalam nama lain Percintaan Jarak Jauh (PJJ) . Mesti ramai yang pernah alami . Satu soalan Yana , percaya ka dekat pasangan masing-masing tu . Setia kah mereka ? Jeng .. Jeng .. Jeng .. Eh bukan niat Yana nak meragukan kesetiaan pasangan masig-masing . Yana tanya ja . Hee ~
APA ITU PERCINTAAN JARAK JAUH (PJJ)
Maksud cinta jarak jauh ialah apabila pasangan itu terpisah jauh di mata kerana beberapa faktor antaranya tinggal berjauhan , faktor kerja , halangan keluarga dan mungkin ada sebab-sebab lain yang menyebabkan pasangan tidak dapat berjumpa selalu .
sumber daripada : http://www.notainfo.com/)
10 TIPS PERCINTAAN JARAK JAUH
- SALING MEMPERCAYAI
- BERDOA AGAR HUBUNGAN DIREDHAI DAN KEKAL
Selepas menunaikan solat , sentiasalah memohon agar si dia yang jauh di sana sentiasa dan gembira serta hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda semakin bertambah . Walaupun si dia tidak mendengar doa anda , tapi percayalah si dia tahu yang anda sentiasa mendoakan kesejahteraan dan cinta anda berdua .
- SETIA DAN JUJUR
Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas berpancaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda masih single /bujang kepada kawan-kawan anda .
- SELALU BERKOMUNIKASI
Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication atau salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.
- LUAHKAN PERASAAN ANDA
Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.
- BERTEMU JANJI
Walaupun si dia berada nun jauh di utara dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia. Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu salah satu lagi kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.
- BERIKAN HADIAH DAN KEJUTAN
Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.
- WUJUDKAN PERSEFAHAMAN DAN TOLAK ANSUR
Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja/kelas.
- JANGAN MENGONGKONG
Janganlah terlalu mengongkong si dia secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu tidak suka sekiranya si dia mengongkong anda pula. Berikanlah ruang untuk si dia bergaul. Di sinilah kepercayaan dalam cinta tadi memainkan peranan.
- JANGAN CEMBURU BUTA
Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda. Seelok-eloknya bawalah berbincang .
sumber daripada : (http://zoncinta.com/tips-cintaan-jarak-jauh-pjj/)
KESIMPULAN
Di sini dapatlah Yana rumuskan bahawa jarak bukanlah merupakan satu penghalang untuk setiap pasangan . Selagi mana rasa percaya dan kesetiaan itu wujud . In shaa allah , hubungan anda pasti dirahmatiNya . Sekian saja perkongsian Yana untuk hari nie . ♥
12 Comments
bgus tips ni
ReplyDeleteTips dari pengalaman diri sendiri ye
ReplyDelete@Eintan Nurfuzie hehehe .. kan , jadik boleh diamalkan lah ye ^_^
ReplyDelete@Dunia Zumal eh eh takk .. hahaha berdasarkan pemerhatian dan kajian , zumal hee
ReplyDeletelong distance susah kalau tak ada semua ni huhuhu
ReplyDelete@Eeca Shyaa hmm btoi tu . Tapi yg paling penting . Setia dan jujur . Kalo pegang dengan dua bnda nie in shaa allah , xdak masalah =)
ReplyDeleteasal ada setia dan jujur, automatk yg len inshaaALLAH akan ok.
ReplyDeletebdsr pengalaman. ehhh.
husna pon kategori PJJ kot.. hahaha..
ReplyDeletesbb tu xnak mengharap sgt lgpon dya tu lelaki, dah bekerjaya pulak tu dan bebila masa dya boleh cari sorg dan kawen..
tp hubungan kami still counting lah cita dya.. hihihi apa yg penting kepercayaan terhadap memasing.. inshaAllah..:)
ehermmmm pernah gak pjj bertahun tahun.yang pasti duit banyak habis sbb asik travel hehe
ReplyDeletebetul... tak perlu jumpa hari2 untuk bukti :)
ReplyDeletesebulan sekali jmpa pun dah ok... hehe
Setuju dengan tips ni. Baru lah boleh berkekalan hingga ke akhirnya. :)
ReplyDeleteDulu baru kawen oun berjauhan jugak tapi alhamdulillah la tak lama mana .. :D
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^