ASSALAMUALAIKUM WBT ♥
PERATUS OBESITI DI MALAYSIA MENINGKAT ?
Tadi , masa Yana tengok berita dekat TV3 Yana ada ter highlight dekat tajuk Obesiti . Peratus penduduk Malaysia yang obesiti meningkat . Sejauh mana kesahihannya ?? Yana cuba google nie jawapan yang Yana dapat daripada hasil google .
" Obesiti di Malaysia telah menjadi satu trend yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini . Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung , strok , tekanan darah tinggi , diabetis dan kanser . Bekas Meneteri Kesihatan Malaysia , Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan atau obesiti pada tahun 2000. Di Malaysia kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India , iaitu sebanyak 25.6 peratus , diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus .
( sumber daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti_di_Malaysia )
APA ITU OBESITI ?
Adakah anda tahu apa itu obesiti ? Untuk pengetahuan semua , obesiti merupakann keadaan perunatan di mana lemak badam berlebihhan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang . Individu itu biasanya dianggap sebagai obses apabila indeks jisim badannya (BMI) iaitu ukuran yang diperolehi daripada membahagikan berat badannya dalam (kilogram) dengan ketinggian seseorang dalam (meter) yang dikuasa dua .
PUNCA OBESITI
Antara punca-punca obesiti adalah seperti berikut :-
- tidak mempratikkan amalan pemakanan yang seimbang .
- mengambil makanan yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi .
- kurang bersukan .
- pengambilan makanan ringan .
- ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga mengikuti semua telunjuk mereka .
CARA MENGATASI OBESITI .
Di sini Yana sertakan cara mengatasi obesiti :-
- makan makanan seimbang
- amalkan cara hidup yang sihat
- bersenam
- elakkan pengambilan makanan ringan
- elakkan makanan berkalori tinggi dan berlemak tingggi
- beriadah
piramid makanan , cara pengambilan makanan yang betul .
KESIMPULAN
Secara ringkasnya Yana rumuskan dekat sini , obesiti dapat dicegah sekiranya kita mengamalkan cara kehidupan yang sihat . Mengamalkan cara pemakanan yang betul . Bagi ibu bapa di luar sana , ya Yana faham bila anak-anak anda montel mereka kelihatan comel . Akan tetapi , jangan terlalu memanjakan mereka . Awasi cara pemakanan mereka daripada mereka kecil ya . Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah daripada rebungnya . Selamat malam , jumpa lagi di entri akan datang ya . Segala salah silap sepanjang penulisan Yana , Yana minta maaf . Yana boleh menerima sebarang teguran , tapi biarlah dengan secara berhemah ya ^_^ .
5 Comments
Dik bagi tips nak kurangkan obes~hehehe
ReplyDelete@Nooraini Ali. hehehe ,, umminani , kena study dulu neh sebelum share .. in shaa allah yana cuba hehehe .. thankks for coming here hee
ReplyDeleteobestiti selalu dikaitkan dengan makanan hehe
ReplyDeletesalam kenal dari Rafie #266
tambah info batuk lak kat sini http://sihatcun-rafie.blogspot.my/2016/04/batuk-tanda-sistem-pertahanan-badan.html
Takut dengar pasal obesity ni. Tu yang atul tengah berusaha kuruskan badan ni. :)
ReplyDeleteTermasuk la cikna, mkn'an bnyk sngt kat mesia ni
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^