ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
ADA APA DENGAN CINTA 2
Hai semua .. Yana bukan nak buat review AADC .. Yana cuma nak kongsi sinopsis cerita nie saja .. Yana yakin ramai dah kan yang dah pi tengok cerita nie . Yana baru nak pi tengok esok . Memandangkan cerita nie dah agak lama . Jadi , dah sangat banyak pendapat yang Yana dengar mengenai filem nie . Tak seronok lah kan kalau setakat dengar ja . Baik Yana pi alami sendiri , lepas tu boleh bagi pandangan Yana yang tersendiri mengenai filem nie . Hee ^_^ .
Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Cinta ? 2 (2016)
Filem drama Indonesia "Ada Apa Dengan Cinta ? 2 (2016) berkisarkan tentang seorang gadis cantik yang bernama Cinta . Cinta berusia 17 tahun . Cinta sangat bijak dan sangat berdikari . Hidupnya seakan sempurna . Dia memiliki keluarga yang sangat menyayanginya dan sahabat yang sentiasa ada di saat susah mahupun senang . Cinta juga sering mendapat perhatian daripada pelajar lelaki di sekolahnya . Akan tetapi , sifat berdikari yang ada pada dirinya seakan hilang dek kerana kehadiran seorang pelajar lelaki baru yang bernama Rangga yang sikapnya dingin dan sinis . Ayah Rangga memiliki latar belakang yang diketahui membahayakan pemerintah .
Sejak saat itu , maka terjadilah sebuah hal yang tak pernah dirasa Cinta sebelum ini . Secara perlahan hal tersebut telah membuat diri Cinta berubah dan akhirnya Cinta mengikut kata hatunya dan harus meninggalkan harapannya .
Hee .. Setakat nie saja ya . Esok lepas Yana pi tengok Yana update (walaupun majoriti dah pi tengok , Yana juga yang ketinggalan)
1 Comments
kenapa sinopsis tu macam sinopsis filem yg pertama eh?
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^