REVIEW : ADA APA DENGAN CINTA 2

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

REVIEW: ADA APA DENGAN CINTA 2



Selamat malam semua .. Seperti yang Yana janjikan , Yana nak buat juga review pasai filem AADC 2 yang menjadi sebutan semua orang nie .. Bagi Yana , filem nie okay , daripada 5 bintang Yana bagi 4 , sebab kalau bagi 5 macam sempurna sangat . Hehe .. Persepsi pertama  Yana masa tengok filem nie okay laa ..  Lama-lama , okay , Yana rasa yang diri Yana sebahagian dalam filem tu .. Watak apa Yana pegang ?? Haruslah Cinta . Hee .. ^_^


Cerita Ada Apa Dengan Cinta nie , kalau yang mengikuti kisahnya sejak filem pertama tu mesti akan rasa teruja nak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 . Begitu juga dengan Yana , memang rasa teruja tu ada . Permulaan jalan cerita yang sangat menarik bagi Yana . Di mana Cinta dan sahabat-sahabatnya kembali bersatu setelah sekian lama . Kepada yang tengok filem yang pertama mesti tau kan yang Rangga telah berhijrah ke New york dan meninggalkan Cinta di Jakarta , kemudian cerita tu berhenti dekat situ . AADC 2 merupakan sambungannya . 


AADC 2 bukan sahaja menemukan Cinta dan sahabatnya , tetapi turut menemukan dua hati yang telah terpisah selama 9 tahun . Seorang di Jakarta , manakala seorang lagi di New York . Yogyakarta , menjadi tempat pertemuan dua hati ini . Cinta ke sana atas alasan untuk bercuti manakala Rangga untuk bertemu dengan ibunya . Sesuatu yang tak dirancang kan ?? Sahabat Cinta merancang pertemuan ini semasa mereka berkunjung ke satu pameran yang sangat disukai Cinta . Di situlah pertemuan pertama Cinta dan Rangga selepas 9 tahun terpisah tanpa alasan . 

Pertemuan semula yang melahirkan bibit benci daripada Cinta kepada Rangga kerana memutuskannya tanpa sebarang alasan yang kukuh . Akan tetapi , sahabat Cinta bijak memainkan peranan masing-masing sehingga akhirnya Cinta bersetuju untuk bersemuka dengan Rangga dan secara tak langsung , menyelesaikan semua permasalahan antara mereka berdua ..

Okay , sampai sini saja lah ya .. Kalau nak ikutkan hati , daripada mula sampai habis  Yana nak cerita nie . Tapi , biarlah kamu-kamu tu pi tengok sendiri baru boleh rasa apa yang Yana rasa tadi . Secara keseluruhan Yana suka filem nie , sebab dia tak hanya berkisarkan cinta semata-mata tapi , turut memaparkan kepentingan sebuah persahabatan . Jadi , sangat sesuailah cerita nie dengan Yana since Yana nie memang tipikal perempuan yang suka benda yang sweet-sweet nie .. Hehehe .. Lepas tu berangan sorang-sorang . Apa yang Yana nak cakap , filem nie memang berbaloi untuk ditonton , sapa yang kata bosan tuu .. Ermm ,, pendapat setiap orang tak sama . Sila alami sendiri , dan bagilah feedback masing-masing .. Sebelum tu jom hayati setiap bait puisi yang Rangga tulis untuk Cinta sepanjang perjalanannya daripada New York ke Yogyarkata ..

Semua perihal diciptakan sebagai batas. 
Membelah sesuatu dari sesuatu yang lain. 
Hari ini membatasi besok dan kemarin. 
Besok batas hari ini dan lusa. 
Jalan-jalan memisahkan deretan toko dan perpustakaan kota, bilik penjara dan kantor walikota, juga rumahmu dan seluruh tempat di mana pernah ada kita.
Bandara dan udara memisahkan New York dan Jakarta. 
Resah di dadamu dan rahasia yang menanti di jantung puisi ini dipisah kata-kata. 
Begitu pula rindu, hamparan laut dalam antara pulang dan seorang petualang yang hilang. 
Seperti penjahat dan kebaikan dihalang uang dan undang-undang.
Seorang ayah membelah anak dari ibunya dan sebaliknya. 
Atau senyummu, dinding di antara aku dan ketidakwarasan. 
Persis segelas kopi tanpa gula menjauhkan mimpi dari tidur.
Apa kabar hari ini? Lihat, tanda tanya itu, jurang antara kebodohan dan keinginanku memilikimu sekali lagi.





4 Comments

  1. @nuyui a.k.a miss YUI hehehe .. cepat2 p tengok Yui .. mmg best .. Yana tak tipu hee

    ReplyDelete
  2. @Rabiatul Adawiyah heee kannn .. rasa berbaloi ja bayar duit tiket tu .. rasa mcm nak repat pon ada nie . hehehe

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^