JENIS-JENIS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DAN KEPENTINGANNYA

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

JENIS-JENIS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DAN KEPENTINGANNYA 


Sekian lama Yana menyepi , akhirnya Yana muncul dengan tajuk yang berbaur pertahankan diri , kenapa ? Apa dah jadi dengan Yana ??? Hehehe .. Tak dak apalah .. Yana okay saja nie . Cerita dia begini , masa Yana dok ber whatsapp tadi Yana ada tersebut Silambam , kawan Yana tanya apa tu Silambam ?? Yana dengan separuh yakin menjawab Silambam tu sejenis seni mempertahankan diri kaum India . Alang-alang Yana nak bercerita mengenai Silambam , baik Yana cerita terus mengenai seni mempertahankan diri nie kan ? Jom baca .. 


(gambar sekadar hiasan)


Seperti yang biasa Yana buat , sebelum Yana kupaskan dengan lebih lanjut mengenai seni mempertahankan diri nie , Yana  akan terangkan terlebih dahulu , apa itu seni mempertahankan diri terlebih dahulu . Seni mempertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri . Seni mempertahankan diri merupakan satu kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata moden atau senjata api .


SILAT .




Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lalu . Seni mempertahankan diri jenis Silat ini turut diamalkan di Brunei , Indonesia , Malaysia dan Thailand . Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Sebenarnya Yana ada tertanya-tanya juga , nak belajar silat ada syarat-syarat tak ? Untuk mendapatkan jawapan tu , Yana mintak bantuan Encik Google . Okay , nie jawapan dia . 

  • orang yang iman dan akhlaknya baik .
  • tertib kepada ibadahnya dan mereka yang selalu berzikir kepada Allah .
  • harus pasrah dan tawakal dan tidak meninggi diri .
  • tidak boleh sombong dan berbuat jahat .
Secara ringkas saja taw Yana terangkan syarat-syaratnya . Nak tahu dengan lebih lanjut mohon google ya ^_^ ..

TAE KWON DO



Tae Kwon Do merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur . Ia berasal dari Korea , telah diperkenalkan di seluruh dunia Jeneral Choi Hong Hi , seorang panglima tentera  Korea Selatan . Tae Kwon Do juga merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik . Dalam bahasa Korea Tae bermaksud "tendangan atau menendang" , Kwon bermaksud "tumbukan atau menumbuk" manakala Do bermakna "cara atau seni" . Jadi Tae Kwon Do bolehlah diterjemahkan sebagai "seni menendang dan menumbuk" . Tae Kwon Do merupakan seni mempertahankan diri yang Yana minat tapi tak berkesempatan nak belajar . Dulu masa sekolah seni mempertahankan diri ini dimonopoli oleh pelajar Cina  memang susah nak nampak pelajar Melayu masuk Tae Kwon Do , Yana masa tu malu-malu sikit memang terlepaslah peluang nak belajar . T_T

KARATE



Karate atau karate-do merupakan salah satu seni bela diri Timur . Pada umumnya karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki tangan secara menyeluruh . Karate berasal daripada negara matahari terbit iaitu Jepun . Tak banyak yang Yana dapat cari mengenai Karate nie . Sekiranya ada di kalangan anda yang membaca entri Yana nie dan ada sedikit maklumat tambahan bolehlah kongsi di ruangan komen ya. Sama-sama kita belajar .. =)

SILAMBAM 



Silambam aatau Silambattam (Bahasa Tamil) atau Chilambam merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat . Gaya ini dipercayai berasal daripada Bukit Kurinji atau dikenali sebagai Kurala pada 5000 tahun dahulu di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan liar . Sama seperti Tae Kwon Do tadi , Yana juga tak berapa ada banyak maklumat mengenai Silambam , sila kongsi maklumat sekiranya ada . Hehehe .. 


KEPENTINGAN MEMPELAJARI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI .


Penting tak untuk seseorang wanita mempelajari seni mempertahankan diri ? Ya , penting untuk seseorang wanita mempelajari seni mempertahankan diri . Hal ini demikian kerana , wanita sering dianggap insan yang lemah dan sering menjadi mangsa kepada sesetengah manusia yang tidak berperikemanusiaan . Seperti yang selalu menjadi topik di media massa , wanita  sering menjadi mangsa kes jenayah , seperti rogol , cabul , rompak , peras ugut dan sebagainya . Oleh sebab inilah kaum wanita perlu mempelajari seni mempertahankan diri . Sekiranya berpeluang , Yana nak juga belajar walaupun secara tidak langsung . Sekurang-kurangnya jika sesuatu terjadi nanti tak ada lah Yana panik dan tak tahu nak buat apa . Jadi , di sini Yana sarankan ya , untuk  semua  kaum hawa agar mempelajari seni mempertahankan diri . Sekiranya anda berjalan berseorangan di luar , elakkan pergi ke tempat yang sunyi . Bawa payung panjang tu taw , sekurang-kurangnya payung tu dapat dijadikaan senjata untuk mempertahankan diri . Tahukan tempat lelaki  paling lemah kat mana ?? Kalau mampu kick tempat tu sekuat hati dan lari ke tempat umum . ^_^

Sekian sahaja perkongsian Yana hari nie . Semua nie hanyalah pendapat Yana semata-mata . Jika ada salah dan silap sepanjang penulisan entri Yana nie , Yana mohom maaf . Sebarang pendapat sangat Yana alu-alukan . Pastikan dengan berhemah ya .. Assalammualaikum . ♥





4 Comments

  1. silat ada macam2 jenis.. terlalu banyak. yg berdaftar bawah pertubuhan kat malaysia saja ada lebih 70 jenis! so, x adil sekiranya kalau nak kata syarat nak masuk silat semuanya sama..

    sini saya bagi contoh untuk silat cekak malaysia :

    syarat2 masuk :
    1. islam
    2. berumur 16tahun dan keatas
    3. sihat tubuh badan

    selain syarat2, silat juga ada pantang larang dia lain silat lain pantang larang. utk silat cekak malaysa :

    1. x boleh derhaka pada guru
    2. x boleh derhaka kepada ibu
    3. x boleh derhaka pada bapa
    4. x boleh bergaduh sesama ahli
    5. x boleh mencerca mana-mana silat melayu yg lain.

    so, lebih elok kalau kita bertanya kepada mereka yg ahli untuk maklumat lebih tepat.. hehehehe

    huh, komen dah macam 1 entri dah. hahahaha..

    ReplyDelete
  2. @Pha Is aah betoi pha is . nie saya google secara overall tak detail . maaf kalau ada salah . hee .. btw , tq for the information ^_^

    ReplyDelete
  3. time skolah husna pernah masuk kelab tae kwan do je.. itupon separuh jalan sbb tak minat.. hahha..

    ReplyDelete
  4. @husna zahidi kenapa tak minat husna ? sempat dapat tali pinggan warna apa ? hehehe

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^