Sebab Wajib Beli Casio Watches
Assalammualaikum . Jam tangan bukan sahaja berfungsi sebagai
penunjuk masa semata-mata akan tetapi jam tangan juga merupakan salah satu
aksesori untuk lelaki dan wanita . Terdapat pelbagai jenama jam tangan yang
terdapat di pasaran sekarang , Casio menjadi pilihan hati Yana ..
Sebelum Yana bercerita dengan lebih lanjut , teringin Yana
nak bertanya ada tak di kalangan kawan-kawan Yana merupakan penggemar nombor 1
jenama jam tangan Casio ? Di sini Yana nak berkongsi sedikit beberapa informasi
mengenai Casio . Casio berasal daripada negara matahari terbit iaitu Jepun ,
telah ditubuhkan sejak tahun 1946 . Bermula dengan pengeluaran kalkulator dan
barangan elektronik yang lain Casio kemudian mengeluarkan koleksi jam tangan khas
untuk lelaki dan wanita .
Sepertimana yang kita sedia maklum , Casio masih kukuh di dalam pasaran dan koleksi
Casio watches ini boleh anda temui di serata dunia
serta boleh dibeli secara online .
Di bawah adalah sebab-sebab mengapa jam tangan Casio harus
anda miliki :-
- Koleksi jam tangan Casio ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan dan mudah berbanding jenama antarabangsa yang lain . Dalam erti kata lain , sesiapa sahaja mampu untuk memiliki jam tangan keluaran jenama ini .
- Casio sentiasa komited dalam penghasilan setiap koleksi jam tangan yang dihasilkan . Oleh itu , anda tidak perlu bimbang mengenai kualiti jam tangan Casio kerana ia amat tahan lasak dan berkualiti tinggi .
- Casio juga amat peka dengan trend terkini dan oleh itu , anda boleh menemukan aneka pilihan jam tangan dengan rekaan yang cukup menarik dan pastinya menepati citarasa anda .
- Jam tangan dengan pelbagai kegunaaan . Apa yang menarik , jam tangan Casio ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi berguna dan memudahkan lagi aktiviti harian anda .
- Evergreen ! Koleksi jam tangan Casio sememangnya evergreen dan tak lapuk dek zaman !
Menarik bukan koleksi jam
tangan Casio ? Apa tunggu lagi cepat-cepat lah beli secara online di ZALORA .
8 Comments
Memang jenama Casio Tahan lama..pas tu up to date kan...
ReplyDelete@Suriaamanda aah btoi tu kak SA .. Design2 dia pon not bad . =)
ReplyDeletesmart jam yang atas sekali tu.. tapi sayangnya suami tak pakai jam ni...
ReplyDelete@Dkna Abza3 taw xpa kak dekna .Yana pon fall in love tengok .. Hehe .. Dia pakai jam yg macam mana ?? Or brand lain ?
ReplyDeletesaya suka baby G tapi dah rosak,,lps tu pn beli casio juga tp dh hilang kat surau rnr..la ni tak dak jam dah huwa
ReplyDelete@CikSiti kak siti .. mahai2 yg hilang uh .. t annivesary or birthday req kt mr shuben Casio satu hehehe
ReplyDeletecasio mmg tahan lama, cik timm suka gila dengan jenama ni.masuk hutan pun bwak jam ni, mmg tahan wlaupun tali dah patah..haha!
ReplyDeletenice...
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^