ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
WANITA TAK CUKUP TIDUR CENDERUNG JADI PEMARAH
Hai .. Selamat malam semua .. Okay kali nie , Yana nak kongsi info yang wanita nie kalau dia tak cukup tidur dia akan moody keesokkan harinya .. Tak percaya ?? Jom , buat eksperimen . Hehehe .. Pada mulanya Yana sendiri pun tak sangka . Selepas dikaji , bila Yana mendapat tidur yang cukup berbanding tidur yang tak cukup keputusannya sangat berbeza . Apabila Yana tak cukup tidur memang Yana akan hangin satu badan manakala kalau cukup kerja bertimbun kat opis pun Yana buat dengan senyuman . Hee ..
Sebenarnya , Yana pun google ja info nie , untuk ketahui dengan lebih lanjut sila teruskan membaca ..
Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata ,
" otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari."
Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati , wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah . Namun keadaan tersebut tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur .
(sumber : http://hanasuva.com/)
FAKTA: Wanita yang Kurang Tidur Akan Mengalami Sakit-Sakit Badan dan Kerap Marah.
Dr Michael Breus , seorang pakar tidur , percaya sesetengah wanita yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur .
Tambahnya lagi , wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas .
Jadi , jelas terbuktilah dekat sini bahawa tidur yang tidak mencukupi mempengaruhi emosi seseorang wanita . Hehe .. Jadi , wanita , nak cantik kena cukup tidur ya .. Kalau dah selalu marah-marah macam mana nak cantik ? Nanti cepat tua . Hee .. Tapi lain pula bagi orang lelaki ya , sebab Yana pernah nampak pepatah Inggeris yang berbunyi .. " a hungry man , is an angry man" .
Sekian sahaja perkongsian Yana pada malam nie , sekiranya ada sebarang kesilapan , mohon betulkan di ruangan komen dengan komen yang murni dan berhemah ya . Terima kasih . Assalammualaikum ♥
4 Comments
Kalau kacau ceq tiduq lagi ceq marah hahahaha... anyway tq for sharing!
ReplyDeleteKalau terlebih tidur asyik nak tidur je..hahaha
ReplyDelete@Shiqeen Sattar hee cek pantang gak kalo org dok kaco tdoq .. hee u r most welcome =))
ReplyDelete@Nadia Johari btuiiii .. nak plak di hujung minggu disertai dengan rintik hujan hee
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^