ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
ME BEFORE YOU
Hai semua .. Okay , tajuk saja dalam Bahasa Inggeris tapi Yana akan menulis dalam Bahasa Malaysia . =) Pada 5 Jun yang lepas , Yana dan kawan Yana err .. Kawan baik Yana , si Fariha tu telah menonton filem Me Before You . Sebenarnya , Yana dah teruja nak tengok filem nie sejak 8 Mei lagi . Yana memang suka sangat-sangat filem yang berunsurkan kisah cinta dan kurang unsur-unsur yang menakutkan .
Me Before You , merupakan sebuah filem yang menceritakan tentang seorang lelaki yang kurang upaya . Will Traynor , merupakan watak utama dalam filem nie . Will , telah mengalami kemalangan jalan raya di mana dia dilanggar oleh sebuah motosikal yang telah menyebabkan dia lumpuh seluruh badan dan hanya bergantung kepada kerusi roda sepanjang hayatnya ..
Walaubagaimanapun , ibu Will Camilla Traynor telah mengupah Louisa Clark untuk menjaga kebajikan Will . Pada pertemuan pertama , Will sangat mengjengkelkan Louisa , beliau langsung tidak memberi peluang kepada Lou untuk mengenalinya apatah lagi mendekatinya . Tapi , lama kelamaan atas hasil usaha Lou yang tak pernah berputus asa untuk mendekati Will telah menimbulkan bibit-bibit cinta tanpa mereka sedari .
Sikap bersahaja dan ceria Lou telah berjaya memikat hati Will , Will mula berasa selesa dengan Lou . Mereka mula menjadi teman rapat dan ahirnya menjadi pasangan kekasih . Sebenarnya Will telah memberi masa selama 6 bulan kepada ibu dan bapanya . Sekiranya beliau tidak juga pulih dalam masa 6 bulan . Beliau nekad untuk membunuh diri . Hal ini demikian kerana Will berasa dirinya tidak berguna dan hanya menyusahkan orang di sekelilingnya . Lou telah mengetahui akan hal ini , dan Lou telah merancang sesuatu agar Will kembali bersemangat untuk terus hidup . Akan tetapi , keputusan Will adalah muktamad . Walau sekuat manapun Lou berusaha , dia tetap nekad dengan keputusannya ..
Di sinilah Will cuba memberitahu Lou mengenai keputusannya kerana beliau tidak tahu bahawa Lou telah mengetahui mengenainya lebih awal lagi . Di sini jugalah Lou cuba memujuk Will agar membatalkan hasratnya itu . Akan tetapi , Lou gagal , kerana Will seorang yang teguh pendiriannya . Will juga berharap Lou dapat melihat saat beliau "dimatikan". Lou kecewa dan terus meninggalkan Will sendirian di pantai pada malam itu ..
Pada mulanya Lou enggan menuruti kehendak Will , akan tetapi setelah Lou mula terfikirkan sesuatu . Lou nekad untuk mengikuti Will ke Switzerland . Sampai sini saja ceritanya . Oh ya , sebelum Will pergi meninggalkan Lou buat selama-lamanya . Will sempat meninggalkan sepucuk surat untuk Lou .. Di sini Yana sertakan video yang menunjukkan isi kandungan surat Will .
Untuk pengetahuan semua , Yana bukanlah tipikal perempuan yang senang menitiskan air mata bila menonton filem nie , filem yang berjaya membuat Yana menitiskan air mata sebelum Yana menonton Me Before You hanyalah Kabhi Kushi Kabhi Gham itupun kerana filem tu berkisarkan tentang keluarga dan Yana tersentuh . Cerita cinta tak pernah lagi berjaya membuat Yana menitiskan air mata akan tetapi , Me Before You berjaya membuat air mata Yana bergenang menanti jatuh . Tengok masa Yana menulis entri ini pun , air mata kembali bergenang . Yana takmau cerita dah , Yana nak semua yang baca entri Yana nie alami sendiri pengalaman Yana menonton filem nie . Sejujurnya , bagi Yana filem nie sangat berbaloi untuk ditonton . Daripada 5 bintang , Yana bagi 4 bintang ... Kenapa ? Sebab hero matiiiiii .. Huks .. T_T
Ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca entri Yana nie .. =)
7 Comments
macam menarik..tapi sad ending la pulak..huhu..
ReplyDelete@Ruzidah Abdullah memang menarik jalan ceritanya ,, biasalah orang putih jarang failed wat movie nie .. just part dia mati a bit sad , at the end dia wat kita tersenyum .. sbb dia ajar hdup mesti dteruskan no matter what happen =)
ReplyDeletebelum tengok lagi wayang ni...huhu..
ReplyDelete@Nurul Baidurah hee ,,, kalo x sempat tgk wayag pon boleh donload nanti .. tapi yana tak reti hehehe =P
ReplyDeletesad ending ke?? alaa macam titanic la pulak..huhu...
ReplyDelete@Anizz Annisa aah aniz . Sad ending . Tu yg a bit spoil uh . Tapi best . Hee .
ReplyDeletesedihlaaa.. nyampah citer sedih !!! tp sweet gilaaa..
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^