ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
TIPS UNTUK MUDAH BANGUN SAHUR .
Hai sayang-sayang semua . Sudah selesai bersahur kan ?? Senang tak , nak bangun sahur ? Hehe .. Yana buat masa nie lah kan , alhamdulilah . Tak missed lagi bersahur . Dekat sini Yana nak kongsikan tips untuk mudah bangun sahur . Bukan Yana takmau kongsikan awal-awal . Cuma sejak kebelakangan nie , ramai pula yang Yana tengok missed untuk bersahur . =)
Kunci Jam Pengggerak .
Kunci jam mmerupakan cara paling kerap dibuat . Siapa yang disiplin dekat sini ?? Dengar saja bunyi alarm terus bangun ?? Ke ada yang snooze 5-6 kali ? Hehe .. Yana akan snooze 2-3 kali . Akhirnya , baru berjaya bangun dari tidur . Kalau ada juga yang tak berhasil dengan cara nie , nampak gayanya kena guna alarm hidup lahhh .. (mak/ayah/kakak/isteri dan yang sewaktu dengan nya)
Minta Tolong Rakan Bilik / Ahli Keluarga .
Okay , nie salah satu cara yang baru saja Yana sentuh dekat atas tu .. Nak selamat , cuba cara nie pula . Minta tolong rakan-rakan sebilik atau ahli keluarga anda . Cara nie selalunya menjadi . Melainkan anda tipikal orang yang sangat-sangat liat untuk bangun sahur dan memilih untuk terus tidur tanpa bersahur . Yana kalau cara nie , kadang-kadang2 berhasil dan kadang-kadang tak . Sampai umi pun dah give up nak kejutkan Yana . Hehehe .. =P
Minta Tolong Rakan Karib Untuk Telefon atau SMS .
Hm , Bagi Yana peratus cara nie untuk berhasil agak tipis la .. Kita tak tahu kan , dia set silent mode atau tak .. Kalau silent mode jenuh la nak mendail sampai dia bangun . Hehe .. Tapi , kenapa tak dicubakan ? =)
Siapkan Hidangan Sahur Lebih Awal .
Agar anda tidak akan terburu-buru nanti , Yana syorkan supaya anda menyediakan hidangan untuk sahur sebelum tidur . Kalau perlu , bila bangun sahur nanti cuma perluk panaskan sahaja .
Tidur Awal
Haa .. Faktor yang susah bangun sahur nie mungkin disebabkan tidur yang tak cukup . Bila badan terlalu letih itu yang menyebabkan anda sukar untuk bangun sahur . Jadi , pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup , sebolehnya jangan berjaga terlalu lewat malam ya ..
Okay , sekian sahaja perkongsian ringkas daripada Yana , sudi-sudilah membacanya . Kalau rasa nak cuba amalkan pun boleh juga .. Hehehe .. Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu . =)
3 Comments
Nasib baik senang bangun sahur. Tapi bergegar jugalah pintu tu ibu kejutkan pagi2. Hahaha. Sebab kunci jam. Bangun and matikan. Sambung tido. Hehe
ReplyDelete@Afiq Halid hahaha janji berjaya jugak bangun dah good enough . yana pon sama laa .. last2 kena umi jgak mai kejutkan hehehe .. =P
ReplyDeletekawan yang tanak bangun tu simbah je ngan air.. x bangun gak makan je xyah tunggu dia wakaka.. tapi CT kalo rajin je makan.. but wajib bangun at least minom air..
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^