ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Top 4 Muslimah Wear
Hai semua . Yana pasti ramai dalam
kalangan kawan-kawan Yana merupakan penggemar fesyen kan ? Pastinya Si Penggemar
fesyen sudah sedia maklum dengan perkembangan trend fesyen yang semakin
berkembang dari semasa ke semasa. Tidak keterlaluan rasanya untuk Yana mengatakan
bahawa trend fesyen Muslimah atau Muslimah wear merupakan trend fesyen yang
paling mendapat perhatian pada masa kini bukan sahaja di negara-negara Islam,
malah di seluruh dunia. Ini dapat dilihat apabila jenama antarabangsa terkemuka
D&G juga turut mengeluarkan koleksi pakaian Muslimah bagi pasaran global.
Oleh itu, untuk entri kali ini jom kita lihat apakah top 4 Muslimah wear yang paling digemari dan menjadi
pilihan majoriti penggemar fesyen Muslimah tempatan mahupun antarabangsa;
Long Cardigans
Long cardigans telah menjadi salah satu basic essential hampir semua wanita
berhijab yang menggemari penampilan moden. Koleksi long cardigans ini sesuai
digayakan sebagai outerwear pakaian
kasual dan juga boleh dipakai untuk ke pejabat. 2 in 1!
Blouse Muslimah
Pilihan kegemaran yang kedua adalah
koleksi blouse Muslimah yang
versatile dan praktikal. Ia boleh digayakan dengan pemakaian jeans untuk
penampilan kasual, dipadankan dengan slack
pants untuk ke pejabat dan juga sejak akhir-akhir ini menjadi pilihan ramai
wanita ketika sambutan Hari Raya.
Dress Muslimah
Selain blouse Muslimah, koleksi dress
Muslimah juga sering menjadi alternatif ramai wanita berhijab untuk tampil
moden dan sopan ketika menghadiri majlis-majlis istimewa.
Maxi Skirts
Jika dahulu ramai wanita tertarik
dengan pemakaian palazzo pants, kini mereka beralih perhatian kepada koleksi maxi skirts
yang selesa seperti berikut.
Wah menarik dan cantik bukan koleksi
pakaian muslimah ataupun muslimah wear nie
? Apa yang ditunggu lagi tu ? Cepatlah dapatkannya hanya di Zalora .
7 Comments
dapat voucher zalora erk?hihi
ReplyDelete@Normi Nieza hahak yup2 Cik Nor =P
ReplyDeletemacam-macam fesyen sekarang ni kan...janji menutup aurat konfem comel
ReplyDeleteOk..nanti terjah zalora...
ReplyDeletelama xshopping dekat zalora..malaih..haha!
ReplyDeletekalo untuk akak kena plus size wakakaka..
ReplyDeletecantik, aku pengen beli Model baju gamis modern .
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^