SAFI SHAYLA - DENGAN PEK FLEKSI TERBARU & LEBIH JIMAT
ASSALAMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua .. Sepertimana yang kita sedia maklum rambut adalah mahkota bagi setiap wanita . Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri . Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan . Bagi individu yang bertudung , penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya .
Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna
mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama
memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar
perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk
melengkapi keperluan isi rumah.
Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu
khas wanita bertudung yang
diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.
“SAFI
Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan
satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh
mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek
kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati
pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran
SAFI.
Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi
pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu
yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shaylamelengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa
mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu
harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”
Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi
syampu SAFI Shayla Pek Fleksi
dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat
memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi
bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga
mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.
Produk ini boleh di dapati di
seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat
lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
9 Comments
terbaik punya review..:)
ReplyDeleteskrg pun paki safi shayla,memg sedap bau dia
ReplyDeletedah try jugak. memang best pakai safi shayla. bau dia wangi :D
ReplyDelete@Zie Azi aah btoii swmua syampu safi shayla wangi2 suka bau dia fresh ja hee ^_^
ReplyDelete@BudakVanilla yeahh .. it smell nice , i love it =))
ReplyDelete@Normi Nieza hehehe terima kasih cik nor ^_^
ReplyDeletehttp://sejahteraselalu19.blogspot.my/2016/10/kembalikan-kejelitaan-dan-awet-muda.html?m=1
ReplyDeleteNak Cuba juga safi shayla
ReplyDeleteSaya tak pernah guna lagi pek jimat ni.. mudah kalau ada ni terutamanya kalau nk travel kan..
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^