JUALAN “Online Revolution” Lazada


JUALAN  “Online Revolution” Lazada

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Hai semua .. Ada yang tak perasan 2-3 hari nie kebanyakkan blogger ada update mengenai jualan 11.11 ?? Tahukah apa tu sebenarnya ?? Itu sebenarnya jualan secara besar besaran bersempena dengan sambutan hari bujang / single's day .. Jom Yana ceritakan serba sedikit mengenai jualan nie ..



Mengenai “Online Revolution” Lazada

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.




Mengenai Lazada Group

Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.

Sebelum Yana lupa , bersempena dengan jualan nie , Lazada ada bagi Parcel of Joy kepada blogger yang terpilih .. Dari apa yang Yana nampak , hampir semua blogger yang Yana kenal dapat Parcel of Joy daripada Lazada .. Okay nie antara isi yang ada dalam Parcel of Joy  Yana punya .. 


2 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^