MEMANJAKAN DERIA ANDA DENGAN NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Selamat malam kesayangan Yana semua .. Hehe .. Malam nie entri mengenai losyen Nivea pula ye .. Kalau ada yang perasan , minggu lepas Yana ada terima dua produk losyen daripada Nivea dengan dua bauan berbeza .. Jadi malam nie Yana nak kongsi serba sedikit mengenai losyen nie .. =)
Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada
persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna
seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya,
kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati.
Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah.
Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan
pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.
Sebagai
contoh , Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di
dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus.
Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para
pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan
eksotik yang diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki
atau Hammam yang amat popular di Maghribi. Setelah memasuki alaf baru, golongan
wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga
yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita
yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung
kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya.
Namun
begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body
Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan
“mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan
buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa
istimewa semasa anda memanjakan diri.
Ditakrif
sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai
pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam.
Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak
tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin
Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk
“body milk” yang mudah untuk disapukan.
Seperti
minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit.
Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan
mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan
asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel
kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur
licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila
ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.
Bagi
memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja, “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak
yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.
“Kulit yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita,” Kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu keistimewaan atau kemewahan bagi sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.”
Bunga
mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh
samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk
wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan
kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada
masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan
kelembapan semulajadi pada kulit.
Selain
itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula
Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi.
Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh
didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan
di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas
di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan.
Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.
Mengaplikasikan formula hebat “body milk”, sejenis emulsi
berbentuk air di dalam minyak yang telah dipelopori oleh NIVEA di dekad 1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan
badan yang penuh dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila
masa yang anda idamkan.
“Memanjakan
tubuh bak seorang ratu itu bukanlah satu keistimewaan – ia adalah hak bagi setiap wanita untuk dinikmati,” En. Ng
Hock Guan,Pengurus Negara bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura menambah. “Sebagai
sebuah jenama yang memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan
diri mereka dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.”
Mulakan
ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas
anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang
mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda
merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh
tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga
pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di
mana ia meliputi tubuh serta minda.
Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih –
Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender
yang menenangkan deria anda
– NIVEA Skin
Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu
RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90)
untuk saiz 400ml.
5 Comments
nivea mmg best!
ReplyDeletebestnya . macam tak sabar je nak cuba.
ReplyDeleteblom cium lg bau dia..
ReplyDeletemcm menarik.. boleh try nie.. hihi
ReplyDeleteBestnya. Wangi!
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^