TIPS PERBAHASAN


TIPS PERBAHASAN .

salam mesra pembuka kata , 
bagi memulakan bicara saya ,
salam sejahtera madah bermula ,
kepada hadirin pembaca bicara .

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


(gambar ihsan google)


Hai semua , okay setelah beberapa malam Yana asyik dengan review saja .. Jadi malam nie , Yana nak kongsi beberapa tips perbahasan .. Yana pernah menyertai perbahasan , kalau Yana tak salah dalam 2-3 kali kot .. Mula-mula tu Yana akui agak gementar sebab Yana bukan tipikal orang yang pandai berkata-kata di depan orang ramai .. Serius cakap Yana seorang yang pemalu .. Bila disuruh cakap dekat depan orang ramai Yana akan gementar sampai sekarang pon macam tu jugak .. Heee .. Okay , tanpa melengahkan masa , jom tengok apakah tips yang perlu dititikberatkan dalam perbahasan ..

Sebelum Yana kupaskan dengan lebih lanjut mengenai tips perbahasan , Yana nak bagi tahu dalam perbahsan terdapat pihak pencadang , pihak pembangkang , si penjaga masa dan panel hakim .. Sebagai pihak pencadang , mereka akan memulakan perbahasan dengan mencadangkan topik yang telah diberi beberapa hari sebelum tibanya hari perbahasan .. Perbahasan tersebut akan dimulai dengan kata alu-aluan daripada pencadang pertama atau lebih tepat perdana menteri .. Setelah selesai dengan cadangannya , akan disusuli dengan pembangkang pertama dan diselang seli dengan menteri kedua dan seterusnya .. Oh ya ,, sebelum Yana lupa , sepanjang setiap pembahas mengusulkan usul mereka selepas pada minit pertama kedua-dua belah pihak boleh memberi izin laluan kepada mana-mana pembahas yang sedang mengusulkan hujah mereka sebanyak tiga kali kepada setiap pembahas ..


(pada waktu inni soalan izin laluan sedang diutarakan)

Ada sesetengah pembahas akan mengabaikan aspek kata alu-aluan dan lebih fokus kepada isi dalam topik yang sedang diperbahaskan .. Malahan , terdapat juga sesetengah pembahas (terutamanya pembahas 2&3 ) akan terus mengusulkan hujah mereka atau bidasan terhadap pihak pencadang / pembangkang tanpa mendahulukan kata aku-aluan .. Ramai yang tidak sedar bahawa kata alu-aluan merupakan salah satu aspek penting dalam perbahasan .. Hal ini demikian kerana , perbahasan juga mempunyai first impression (tanggapn pertama) yang mana akan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat .. Selain itu , kata alu-aluan mampu tackle panel hakim kerana kehadiran mereka sedang dialu-alukan .. Okay , di bawah Yana akan kongsi salah satu kata alu-aluan semasa perbahasan ..

"Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang amat saya geruni, guru-guru, murid-murid, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati."

Di sini , Yana nak bagi tahu kata alu-aluan yang disampaikan oleh setiap pembahas akan menggambarkan perwatakan dan peranannya (sama ada selaku Perdana Meteri , Ketua Pembangkang dan sebagainya) Terdapat beberapa kunci utama kepada rahsia kata alu-aluan

1. Mudah - agar tidak sukar untuk disebut oleh setiap pembahas , pemilihan kata yang tepat turut memainkan peranan yang penting ..

2. Ringkas - kerana peruntukan masa yang diberikan hanyalah 15-20 saat sahaja ..

Komprehensif - jangan terlupa untuk mengalu-alukan pihak yang sepatutnya (contoh:Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang amat saya geruni, guru-guru, murid-murid, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati)

4. Ikhlas - penyampaian harus dilakukan dengan mimik muka dan intonasi suara yang berkesan .. Hal ini demikian kerana , untuk mewujudkan rasa selesa kepada mereka yang berada di dalam dewan tersebut ..

Banyak dalam kalangan pembahas akan cenderung gagap atau tersekat-sekat semasa menyampaikan kata alu-aluan kerana ini akan menghilangkan rasa terpegun barisan panel hakim dan sidang hadirin yang berada di dalam dewan tersebut .. 

Selain daripada memfokuskan kepada kata alu-aluan , isi perbahasan juga penting .. Pembahas yang baik akan membuat pihak pembangkang atau sebaliknya terpana dengan setiap hujah yang diutarakan dan akhirnya tunduk dengan cadangan yang diberikan ..

Ermm , Yana rasa sampai di sini saja Yana dapat kongsikan serba sedikit mengenai perbahasan .. In shaa allah sekiranya ada lagi yang dapat Yana kongsikan , pasti Yana akan kongsikan di sini .. Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca entri Yana nie =) .. Selamat Malam ~



8 Comments

  1. Fuh sangat berguna untuk pembahas...

    ReplyDelete
  2. laa kenapa tak letak gambar time skolah dulu.. hihihi..

    ReplyDelete
  3. ye la..org tu terrer bahas dlu..hihi

    ReplyDelete
  4. Tips yg sgt berguna.. Thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  5. @Wan Syahida Kahar hehehe in shaa allah , mudah2 an berguna untuk semua =)

    ReplyDelete
  6. @husna zahidi hahaha , masa tu noob lagu husna uii .. xdak phone kamera pon nak amek gmbaq rugi plak xda kenangan time uh hee

    ReplyDelete
  7. @Normi Nieza kekeke xda la terer mana pon heee =P

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^