ADAB KETIKA DALAM MASJID
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua .. Sebelum Yana pergi beradu , Yana nak kongsikan beberapa adab yang perlu kita pratikkan semasa berada di dalam masjid mahupun surau .. Yana tak pasti sama ada mereka tidak tahu atau pura-pura tidak tahu .. Yana sendiri pernah alami situasi sebegini , dan ianya sangat-sangat menggangu hingga Yana hilang kekhusyukkan ketika solat .. Walau bagaimanapun , info dalam entri nie bukan hak milik Yana ya , ada Yana kreditkan pemilik sebenar di bahagian akhir entri .. Selamat membaca .. =)
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
(sumber daripada : https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid )
1. BERDOA KETIKA PERGI KE MASJID .
Hadist Ibnu Abbas menyebutkan, "Adalah Rasulullah apabila ia keluar (rumah) pergi shalat (di masjid) berdoa, 'Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, dan cahaya pada lisanku, dan jadikanlah cahaya pada pendengaranku, dan jadikanlah cahaya dari belakangku, dan cahaya dari depanku, dan jadikanlah cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, anugerahilah aku cahaya dari bawahku. Ya Allah anugerahilah aku cahaya'." (Muttafaq'alaih)
2. BERDOA KETIKA MASUK DAN KELUAR MASJID .
Disunnahkan bagi orang yang masuk masjid mendahulukan kaki kanan, kemudian bersholawat kepada Nabi lalu mengucapkan "Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu."
3. DILARANG BERJUAL BELI & MENGUMUMKAN KEHILANGAN BARANG DALAM MASJID .
Berdasarkan sabda Rasulullah, "Apabila kamu melihat orang yang menjual atau membeli sesuatu di dalam masjid, maka doakanlah, 'Semoga Allah tidak memberi keuntungan bagimu'. Dan apabila kamu melihat orang yang mengumumkan barang hilang, maka doakanlah, 'Semoga Allah tidak mengembalikan barangmu yang hilang'." (HR At-Turmudzi dan dishahihkan oleh Al-Albani)
4. TIDAK LALU DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT .
Dan disunnatkan bagi orang yang shalat menaruh batas di depannya. Rasulullah bersabda, "Kalau sekiranya orang yang lewat di depan orang yang sedang shalat itu mengetahui dosa perbuatannya, niscaya ia berdiri dari jarak empat puluh itu lebih baik daripada lewat di depannya." (Muttafaq'alaih)
5. TIDAK MENINGGIKAN SUARA HINGGA MENGGANGU ORANG SEDANG SOLAT .
Di dalam masjid tidak boleh bersuara kuat karena dapat mengganggu kekhusyukan ibadah orang lain. Begitu pula dengan mengaktifkan handphone ketika solat .
( sumber daripada : http://www.writinganythink.com/2013/01/adab-etika-saat-berada-di-masjid.html )
Okay , semua dah baca kan ? Ini antara beberapa adab yang perlu anda praktikkan ketika berada di dalam masjid mahupun surau ,, Nak bersembang , janganlah sampai mengganggu orang lain beribadah ya .. Tak pun , tinggalkan dahulu niat nak sembang tu , sebab solat tak lama mana pun , lepas solat sembang lah puas-puas .. Hehehe .. Selamat malam .. ♥
3 Comments
masa sekolah dlu, memang banyak aktiviti yg perlu berada di masjid. kadang2 aina pun lalai xikut adab. btw terima kasih mengingatkan kak lya
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteSalam singgah dari blog http://sayaazieera.blogspot.com !
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^