TIPS MEMIKAT BAKAL MERTUA .
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
"Menjadi orang baru di dalam sebuah instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut"
Hai semua .. Sekali lagi kita bersua .. Hehehe .. sejak kebelakangan nie Yana sering berkongsi perihal dan tips-tips ke arah perkahwinan ye ? Kenapakah ? Hehehe .. Saja je lahh .. Sekarang kan musim orang kahwin , jadi Yana nak lah gunakan kesempatan yang ada nie untuk Yana berkongsi serba sedikit tips yang Yana tahu .. =P
Siapa cakap senang nak pikat hati bakal mertua nie ?? Terutama sekali ibu mertua tuu .. Haa , kalau Yana senang lagi rasanya nak handle bakal bapa mertua .. Sebab , orang lelaki nie takdak la banyak songeh sangat .. Mak mertua nie bagi Yana tough sikit caranya , kalau ada adik beradik perempuan , bertambah tough laa tugasnya .. Hahaha .. Yana kata macam nie , sebab Yana ada adik lelaki dan Yana sendiri tak suka kalau dia pilih yang sembarangan .. Selamatlah dia takdak calon pon .. =P Okay , kembali kepada topik kita pada malam nie ..
Bila kita memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan kita , secara tak langsung kita kena bersedia untuk menerima keluarganya secara keseluruhan .. Bagi Yana , bila kita berkahwin dengan anaknya , sudah tentu-tentu dengan keluarganya sekali kita "berkahwin" . Fahamkan apa yang Yana cuba sampaikan ?? Hehehe .. Yaa , kita kena memikat hati seluruh keluarganya untuk kita hidup aman harmoni =)) ..
Tips yang bakal Yana kongsikan nie lebih tertumpu kepada kaum hawa rasanya , sebab bagi kaum adam tak susah rasanya untuk mereka memikat hati bakal mertua mereka .. =P
Tips pertama , cuba anda kenali rentak ibu pasangan anda .. Bertanyalah apa kegemarannya ? Apa yang tidak digemarinya .. Oleh itu , akan lebih bersedia untuk menghadapinya nanti .. Sekiranya bakal ibu mertua anda minat membeli belah , sekali sekala tu ajaklah dia ke mana-mana shopping mall .. Membeli belah tidak semestinya kena beli barang mahal-mahal .. Sekadar window shopping pon dah okay sekiranya kena dengan carannya ..
Okay , tips kedua adalah ringan-ringankanlah tangan anda untuk menolong sekiranya menziarahi mereka .. Contoh ? Ala , cuci pinggan ke , masa nak makan tu tolong-tolonglah hidangkan , bila dah selesai tolonglah kemaskan .. Tak susah pon .. Haa , lagi satu Yana nak pesan .. Bila dah menziarahi mereka tu seboleh-bolehnya bawalah sedikit buah tangan janganlah pergi dengan tangan kosong sahaja .. Memanglah mereka tak mintak tapi apa salahnya kita memberi .. Tak perlulah nak berbelanja besar , cukuplah memberi sekadar yang mampu .. Terapkanlah nilai murni , adab menziarahi dalam diri , mudah mudahan lembut hati bakal ibu mertua anda melihatkan keperibadian anda yang tidak berkira itu .. =))
Tips ketiga bagi Yana merupakan tips yang paling penting .. Berpakaian sopan . Aspek ini perlulah dititikberatkan oleh setiap pasangan di luar sana .. Pakailah pakaian yang sopan , kemas dan bersih .. Untuk gadis di luar sana , pakailah pakaian yang menutup aurat dan manis dipandang mata .. Manakala untuk lelaki , kemas serta rapikan penampilan anda agar tidak nampak selekeh dan serabai .. Tips penting , elakkan daripada memakai seluar pendek dan baju ketat bagi perempuan ..
Okay , tips seterusnya pula adalah berkelakuan sopan antara anda dan pasangan anda di hadapan bakal mertua anda .. Tunjukkan rasa hormat antara anda terhadapnya .. Manakala tips lain yang sedikit sebanyak yang Yana rasa dapat membantu ringankanlah mulut anda untuk hubungi bakal mertua anda .. Tanyakan khabar mereka dan sebagainya .. Berkongsi pendapat sekiranya mereka memerlukannya ..
Sekian sahaja tips daripada Yana mengenai cara untuk memikat bakal mertua .. Yana harap sedikit sebanyak dapatlah membantu pasangan di luar sana . Selamat mencuba dan semoga berjaya yaaa .. =)) Selamat malam ♥ ♥
1 Comments
yep btl2. sgt sokong part jga adab bpakaian & ringankan tulang tu. dlu masa nak amik hati mentua Ju. Ju gunakan teknik ringankan tgn dekat dapur. Confirm sangkut pnya ! hahaha.
ReplyDeletetapii jan masa nak mmikat hati mentua tu je, kena praktikkn hgga la jd mnantu ye.
alhamdulillah dah suami isteri skrg 5 yrs =D
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^