5 Cara Mudah Untuk Gembira .
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semuaaa .. Hari Isnin ramai yang ber Monday Blues kan ? Hee , untuk Yana , masih lagi bercuti .. So , tiada istilah tu untuk Yana pada hari nie .. Apa ja aktiviti kawan-kawan Yana hari nie ? Mommies masak apa hari nie ? Hee .. Okay , hari nie Yana nak kongsi 5 cara mudah nak gembira .. Buat apa kan nak complicated kan hidup kita sekiranya ianya boleh dipermudahkan .. =)
Solat 5 Waktu Jangan Tinggal ..
- Haa , nie merupakan akar utama untuk kita lead a happy life .. Jaga solat kita secara tak langsung Dia akan jaga kita .. Perasan tak , bila setiap kali kita bersedih / marah dan kita solat tiba-tiba kita akan rasa tenang kan ?? Kenapa ? Dari wuduk kita dah slowly sejuk dan dengan solat kita akan completely tenang setenangnya dan dapat berfikir secara rasional dan tak perlu lagi nak sedih-sedih ataupun marah ..
Jangan Menderhakai Ibu dan Bapa ..
- Okay , Yana nak tanya pernah nampak bait lagu nie :-
" Who should I give my love to?
My respect and my honour to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father"
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father"
Nampak tak ? Dekat sini pun jelas bahawa menghormati ibu bapa tu merupakan perkara terpenting .. Kalau tak , tak ada kata-kata yang berbunyi keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu dan bapa ..
Nak bahagia , nak hidup gembira .. Hormat mereka , elakkan daripada menyakiti atau mengguris perasaan mereka ..
Buat Perkara Yang Boleh Gembirakan Diri Kita ..
- Erm , macam mana nak buat perkara yang mampu menggembirakan kita tu ?? Macam hobi anda lah, kalau buat benda tu mesti akan rasa gembira .. Sebagai contoh pergi bercuti ke .. Haa , kalau bagi Yana tak perlu bercuti pon cukup lah sekadar pergi jalan-jalan dekat kawasan berdekatan ataupun window shopping , berjumpa dengan kawan-kawan dah cukup menggembirakan Yana ..
Makan !
- Pernah dengar pantun yang berbunyi "gendang gendut tali kecapi , kenyang perut senang hati " .. Haa kan terbukti dah bila kita nak gembira kita kena makan .. Hehe .. Tak percaya ?? Bila orang tengah stress selalunya apa mereka buat ? 80% akan mengatakan makan Yana rasa .. Hee .. Jadi , makanlah untuk terus gembira , make sure you eat a healthy food yaa .. Jangan main makan saja at the end nanti awak juga yang sakit .. Makan pun biar berpada-pada tau .. =)
Jangan Mengenangkan Masa Lalu ..
- Tips seterusnya daripada Yana , jangan mengenangkan masa lalu .. Sekali lagi Yana nak tanya , pernah terbaca phrase nie "do not dwell in past" ertinya samalah macam Yana cakap tu .. Jangan terkenangkan masa lalu .. Yana tahu semua antara masa kita mempunyai masa lalu yang pahit .. Nie Yana nak tanya , dah tahu pahit yang pi dikenang tu buat apa ? Haa , tak marah nak tanya ja .. Hee .. Yana selalu cakap dekat diri Yana bergembiralah dengan apa yang Yana ada sekarang yang dah tak ada tu biarlah berlalu jangan sesekali dikenang lagi .. =)
Nahh sekian saja celoteh Yana untuk hari nie ... In shaa allah ada masa kita jumpa lagi .. Terima kasih pada yang sudi membaca .. ♥
1 Comments
Setuju !!! nak hati tenang & hidup gembira kena ada barakah dari ibu bapa & Ilahi. Bila hati xkeruan & susah merasai kgembiraan lebih baik check diri kita =) senang nya tips utk hati gembira tapi susah nya diri kita nak buat.. Allahu.. semoga kemalasan itu xsangkut pada kita, insyallah
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^