LAZADA Online Shop yang Terbaik


LAZADA Online Shop yang Terbaik 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


PENGALAMAN MEMBELI SECARA ATAS TALIAN

Malam nie Yana nak ceritakan sedikit mengenai pengalaman Yana membeli secara atas talian dengan Lazada .. Sepanjang Yana membeli barang-barang dengan Lazada Yana sangat berpuas hati dengan servis nya .. Rasanya dah banyak duit Yana spent dekat Lazada .. Barang-barang dekat Lazada seriously murah .. Itu belum lagi masa dia buat sales .. Antara barang yang Yana pernah beli dengan Lazada adalah , jam tangan , power bank , alat-alat solek , kasut , beg tangan dan lain-lain lagilah .. Yana suka Lazada nie sebab dia trusted seller .. Let's say , kita beli barang-barang yang perlukan waranti dia akan sertakan sekali dengan pembelian kita .. Yana pernah beli barang dengan Shopee tiada waranti kad diberi dan macam scary sikit la sistem dia .. Nanti Yana ceritalah ,  untuk entri nie Yana cuma nak fokuskan dekat Lazada saja ..

MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MEMBELI

Walau sebagus manapun sesuatu aplikasi membeli secara atas talian pasti ada juga kelemahannya kan ? Okay sepanjang Yana berurusan dengan Lazada pernah lah jugak Yana menghadapi beberapa masalah masa pembayaran tu .. Seperti mana yang kita tahu tak semua barang-barang Lazada boleh beli secara COD (cash on delivery) ada sesetengah kita kena bayar secara online banking .. Yana menghadapi masalah sekiranya Yana nak membuat bayaran melalui online banking .. Yana guna Ambank , tak tahulah sama ada masalah Ambank atau apa .. Bila Yana nak proceed to pay dia minta TAC nombor bagai .. Bila Yana dah buat apa yang dia nak mesti TAC nombor dihantar ke nombor telefon yang Yana dah tak gunakan padahal Yana dah pun updated bila Yana guna untuk buat pembayaran lain okay saja dengan Lazada saja masalah nie berlaku .. Bila Yana nak guna cara credit or debit card mesti akan error sokmo .. Hmm .. Yana harap pihak Lazada boleh buat sesuatu untuk atasi masalah Yana nie .. 

CARA YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH

Hmm , untuk langkah mengatasi .. Yana harap pihak Lazada dapat study mengenai kes Yana nie dan cari tahu dekat mana akar masalah nie .. Kenapa ia terjadi .. So far , Lazada merupakan aplikasi yang sangat best sebab terdapat pelbagai jenis barang dan banyak sangat pilihan .. Lagi satu , Yana harap sangatlah Lazada akan memperbanyakkan lagi barang yang boleh dibayar secara COD supaya lebih senang urusan jual beli nanti .. 

Terima kasih pada yang sudi membaca celoteh Yana nie ..  Ingat Yana saja-saja ka nie ? Sebenarnya entri nie Yana buat bersempena dengan competition yang dianjurkan oleh i-Price .. Jadi , para blogger yang kat luar sana yang nampak entri nie jom lah join sekali dengan Yana tarikh tutup 31 March cepat cepatttt !! Cara nak join ? KLIK SINI

8 Comments

  1. CCL PUN CUSTOMER SETIA LAZADA BOLEH DIKATAKAN TIAP BULAN JUGAK .... YANG PENTING KEBANYAKKAN BARANG FREE DELIVERY

    ReplyDelete
  2. Ok. Pcl nk try dgn Lazada. Tq yana and good luck.

    ReplyDelete
  3. best la juga shoping kat lazada ni =)

    ReplyDelete
  4. jemput join giveaway aaisy ��

    http://theaaisy.blogspot.my/2017/03/1-giveaway-by-theaaisy.html

    ReplyDelete
  5. best jugak ni..kalau sempat boleh la sy join nanti..

    ReplyDelete
  6. memang best kan kalau shopping di lazada

    ReplyDelete
  7. Aku menghadapi masalah TAC number tu huhu

    ReplyDelete
  8. Memang syok shopping kat lazada, memang murah-murag, tapi yang tak syok nya cepat je duit mengalir. hihi.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^