SAFI BALQIS OxyWhite Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna
SAFI BALQIS OxyWhite Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semuaaa .. Okay hari nie Yana nak kenalkan satu produk baru daripada SAFI BALQIS .. Oxy White , merupakan keluaran terbaru daripada SAFI BALQIS .. Terdapat beberapa kebaikkan dalam produk baru nie .. Mestilah semua nak tau kan apakah kebaikkannya ? Jom lah baca entri Yana nie daripada mula sampai habis .. =)
Proses pencerahan kulit
wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang
sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta
sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit
semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR
(Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi
semakin kusam dan gelap.
Memahami impian setiap gadis untuk memiliki
kulit wajah cerah sempurna, SAFI
jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan
kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan
Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah
tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan
SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.
Menurut Pengurus
Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri
Sulaiman “Kami di keluarga SAFI
menggambarkan SAFI BALQIS sebagai
sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil
cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih
cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu
daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah
kulit yang gelap dan kusam”.
Berbicara tentang
kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI
dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI
Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D)
Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang
berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan
produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi
serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan
produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri
Kata beliau lagi,
“Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan
Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna.
Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan
epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite
untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan
melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya,
kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.
“Bukan sekadar
menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut
dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal
solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala
manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat
dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada
sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit
menjadi kusam dan gelap”
Mengulas tentang
kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI
BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa
SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan
pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan
pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat
sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang
terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap
produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.
Alami kulit wajah yang
cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi
BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.
Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona
bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana
sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar
tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah
normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan
penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.
Seiring dengan rekaan pembungkusan
berwajah baharu ini, SAFI turut
menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik
perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.
Berikan nafas baharu
pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI
BALQIS OxyWhite yang berikut:
1) SAFI
BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek :
50g/ 100g
RCP :
RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
Saiz Pek : 100g
RCP : RM 12.90 (selepas 6% GST)
3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
Saiz Pek : 150ml
RCP RCP : RM17.40 (selepas 6% GST
4) SAFI
BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
Saiz Pek :
20ml
RCP :
RM28.10 (selepas 6% GST)
5) SAFI
BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek :
100ml
RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)
6) SAFI
BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
Saiz Pek :
20g
RCP : RM 21.70 (selepas 6% GST)
Okay sampai di sini sahaja review Yana mengenai produk baru SAFI BALQIS OxyWhite .. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk maklumat di bawah ya ..
Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia
termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai
jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
14 Comments
Wah Safi dah berwajah baru...
ReplyDeleteyaa kak sue , lebih menarik and nampak remaja sangat .. =)
DeleteWee, lawa template blog baru! Mau jugK! Haha
ReplyDeleteHeee .. Pi tukaq cepat timm timm ♥
Deletewow..menarik..:)
ReplyDeleteTaknak cuba kah ? Hehehehe =)
Deleteproduk safi ni ndak sesuai lah sama aku..
ReplyDeleteKenapakah ndak sesuai Anum ??
DeleteSafi balqis jenama yang telah lama dalam industri kecantikan....
ReplyDeleteRamai yang dah mencuba dan mendapat hasilnya
Yaaa betul .. Banyak yang dapat hasil positif .. Dah lama brand nie bertapak ♥
Deletemakin bertambah dah produk safi ni... :)
ReplyDeleteMakin ploles la Yana...
ReplyDeleteNak template baru gak....
ReplyDeleteSesuai untuk remaja bawah 18 tahun ke?
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^