Ca’ya Mengekalkan Tenaga untuk Anda Sepanjang Hari
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semuaaa .. Minggu lepas Yana ada terima satu kotak produk Ca'ya daripada BRAND's .. Kalau tengok daripada packaging maybe tak berani nak minum sebab dia ada ginseng .. Yana nie bukan tipikal yang suka minuman berherba sangat .. Tapi , sangkaan Yana meleset sama sekali sedap sebenarnya .. Yana tak tipu tau .. Tipu dosa .. Eh , sebelum Yana melalut better Yana bagi tau mengenai Ca'ya nie ye .. =)
Mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hari
memerlukan ketahanan tenaga daya hidup yang tinggi sepanjang hari. Kini dengan
adanya minuman tenaga Ca’ya™
keluaran Cerebos Malaysia, anda boleh merancang hari anda dengan
sebaik-baiknya, setiap hari.
Minuman penambah tenaga harian yang dirumus khas dengan ramuan semula
jadi seperti ginseng dan habbatus sauda, Ca’ya™ diformulasikan daripada dua bahan paling
mujarab yang berupaya membekalkan tenaga daya hidup sepanjang hari.
Juga dikenali sebagai jintan hitam, habbatus sauda diyakini
keberkesananya sebagai kuasa penyembuh dan keupayaannya untuk memberi dan
memulih semula tenaga, manakala ginseng telah terbukti secara saintifik boleh
menangani kelesuan. Kombinasi dua ramuan hebat ini memberi
tenaga dan memulihkan sistem imunisasi tubuh pada tahap yang optimum.
Produk ini dihasilkan dengan
kajian saintifik yang menyeluruh selama beberapa tahun, hasil ujian
yang dijalankan
menunjukkan 80% di kalangan pengguna megesahkan bahawa
mereka berasa kurang lesu dan lebih bertenaga dalam masa 15 minit selepas
meminum Ca’ya™, manakala 70% daripada mereka
menyatakan bahawa minuman bertenaga ini memberikan tenaga sehingga 8 jam
selepas meminumnya. Kini anda boleh bersenam di gim dan meluangkan masa bersama
rakan-rakan walaupun selepas seharian bekerja atau merancang aktiviti pada
hujung minggu tanpa merasa letih.
Antara salah satu keunikan Ca’ya™ yang menjadikannya berbeza daripada minuman bertenaga yang lain,
adalah kerana ianya mengandungi bahan semula jadi serta tidak mengandungi bahan
lemak, bahan pengawet atau pewarna yang memudaratkan, sekaligus menjadikannya
minuman bertenaga yang sesuai untuk diminum setiap hari dalam mengekalkan
tenaga dan daya hidup
Ca’ya™ dijual dalam pek
6-botol (RM34.80) di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi manakala
pek individu (RM5.80) juga boleh dibeli di beberapa kedai serbaneka terpilih. Okay sekian sahaja penerangan daripada Yana mengenai Ca'ya daripada BRAND's .. Cepat-cepat dapatkannya ya .. =)
3 Comments
harga boleh tahan murah jugak.boleh la cuba nanti
ReplyDeleteSesuai ni kalau nak drive jauh2
ReplyDeletehi, saya datang follow sini.. salam kenal dan salaam ramadhan :)
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^