Riang Ria Raya Bersama Shopee

Riang Ria Raya Bersama Shopee

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua ..  Pernah dengar mengenai aplikasi Shopee ? Pernah tak berurusan dengan mereka ? Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara, menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pasukan Shopee yakin dengan kuasa teknologi yang sentiasa berubah. Apabila aktiviti membelibelah menerusi peranti mudah alih menjadi kelaziman baharu, Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan platform tersebut dan menjadi destinasi perdagangan mudah alih pilihan di rantau ini. Shopee disokong oleh Garena, syarikat platform Internet terbesar di Asia Tenggara.



Okay memandangkan Yana pernah berurusan dengan Shopee jadi Yana nak ceritakanlah pengalaman Yana beli barang dengan Shopee .. Benda pertama Yana beli dengan Shopee ialah kasut .. Harganya berpatutan dan sangat berkualiti .. Bayangkanlah kalau tak silap Yana beli masa bulan Jun tahun lepas dan sampai sekarang condition nya tip top .. Barang seterusnya Yana beli adalah jam tapi Yana bagi kawan , rasanya masih elok lagi kot .. Hee .. ^_^



Hmm , untuk pengetahuan awak semua Shopee bukanlah sebuah aplikasi baru dan tidak lagi asing di kalangan kaki shopping secara atas talian seperti Yana .. Shopee merupakan salah satu platform belian secara atas talian yang boleh dipercayai .. Masa Yana mula-mula nak mencuba , Yana agak was-was dan tidak yakin .. Tapi , Yana cuba dan ternyata sangat memuaskanlah urusan jual beli dengan Shopee nie .. Penjual dia lebih mesra jika nak dibandingkan dengan aplikasi-aplikasi yang lain .. Okay , sini Yana nak bagi tahu lah kan masa Yana nak beli kasut tu Yana ada cakap Yana nak saiz 38 memang itu saiz Yana .. Penjual tu pesan sebaiknya Yana tambah satu saiz daripada saiz yang Yana selalu pakai .. Haa , nampak tak dia takmau Yana rugi dia siap suggest suruh Yana beli saiz lebih besar sikit daripada yang selalu Yana pakai dan memang selesa sampai sekarang Yana masih pakai kasut tu .. Hehehe ..



Adakah awak semua tahu bahawa Shopee merupakan  pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan kempen Hari Raya terbesar, Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian.



Oh yaa , seperti mana yang kita sedia maklum hari raya merupakan satu sambutan terbesar di Malaysia .. Jadi , pada tahun ini sebagai penghargaan Shopee kepada pengguna mereka Shopee telah melaburkan bajet terbesar untuk  bekerjasama dengan kedai rasmi seperti Nestle , Unilever , Senheng , Huawei , OPPO dan ASOTV ..



FYI , bermula pada 15 Mei hingga 30 Jun , Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.. Haa siapa tak mau kan ? Jadi apa tunggu lagi tu , kepada yang belum lagi download aplikasi Shopee cepatlah download sebelum promo ini berakhir ..

Okay , Yana rasa sampai sini saja kot Yana ceritakan mengenai Shopee dan promo Cahaya Raya .. Sekiranya awak semua nak alaminya sendiri sila download aplikasi Shopee secara PERCUMA di Google Play dan App Store ataupun awak boleh layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut .. Jika dah selesai download jomlah mulakan keriangan membeli-belah sempena Hari Raya untuk seisi keluarga di http://cahayaraya.shopee.com.my/ .. Yana jamin dengan Shopee semuanya pasti berbaloi ..


7 Comments

  1. sah penyoping online tegar.. heheh kasut k. azni tak berani beli online... sbb nak feel.. hehe yg lain ok

    ReplyDelete
  2. Macam nak try juga klik web Shopee ni..kan sekali try konpem berjangkit.

    ReplyDelete
  3. Pilihan kasut dan sandal kat Shopee memang cantik dan murah. Akak pun dah terbeli satu!

    ReplyDelete
  4. wah kena dowload app ni..senang nak beli barang

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^