Kenapa Period Pain Sakit

Kenapa Period Pain Sakit .

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haii , selamat malam semua .. Sebagai wanita period pain bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi kita kan ? Tak semua  bernasib baik dan terlepas daripada period pain setiap kali datang bulan .. Sebelum Yana ulaskan dengan lebih lanjut Yana nak huraikan dulu apa itu period  pain .. Period pain ataupun dalam bahasa melayunya senggugut merupakan himpunan simptom fizikal , psikologi dan emosi yang berkait dengan kitaran haid manusia ..

Yana yakin mesti ramai antara kita yang tak tahu mengenai senggugut pasti tertanya-tanya kenapa sakit yang teramat sangat .. Apa yang berlaku dekat dalam tu sampai perut memulas gila kalau boleh nak baring seharian takmau buat apa langsung kan ? Okay , sebenarnya senggugut dialami oleh hampir semua wanita ketika "datang bulan" .. Senggugut sebenarnya berpunca daripada beberapa faktor dan senggugut juga mempunyai beberapa jenis .. Jom baca dengan lebih lanjut .. =)


1. Senggugut Primer (Primary Dysmenorrhoea)
Kesakitan senggugut biasa dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja  yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur.
2. Senggugut Sekunder (Ssecondary Dysmenorrhoea)
Ia berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari  uterus,  saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang  menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah  tumor serta tumbesaran yang tidak normal.Selain itu, contoh penyakit lain yang  tergolong di  dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelviks ..
Tak semua wanita mengalami period pain yang sama .. Ada yang agak teruk ada yang biasa-biasa saja .. Manakala untuk Yana , Yana rasa takda lah teruk sangat sebab Yana bila Yana mengalaminya Yana masih boleh melakukan aktiviti harian Yana cuma mungkin Yana akan agak moody sedikit pada hari tersebut .. Ada diantara wanita lain yang mungkin mengalami masalah mual , sakit kepala , kembung perut dan sebagainya .. Selalunya , hal ini terjadi  pada hari pertama "datang bulan" ..
Haa , apakah proses yang berlaku yang menyebabkan kita sakit yang teramat kekadang tu .. Jom Yana nak kongsikan dekat bawah nie .. Okay , kesakitan yang kita rasa semasa datang bulan adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim, yang amat kuat .. Proses ini  bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium .. Darah ini dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim .. Kebiasaannya , dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja yang masih sempit ..
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai  ‘prostaglandin'. ‘Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.
Setiap ‘prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon .. Ia menjadi pengantara serta member banyak kesan terhadap psikologi .. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut .. Namun begitu, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca senggugut ..

Okay ini sajalah yang Yana nak kongsikan mengenai period pain .. In shaa allah nanti kalau Yana rajin Yana kongsikan pula tanda period pain dan bagaimana cara untuk mengatasinya .. 

14 Comments

  1. Contraction masa nak bersalin sama macam senggugut tapi lagi sakit huhu teringat ingat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe .. Yana xdapat nk compared sbb belum penah rasa yg itu ... Tpi period pan kalo sakit dia mai memang xleh nak tahan huhu ..

      Delete
  2. CCL alhamdulillah la..kalau datang period jarang-jarang kena senggugut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki CCL tu jarang sakit . Yana boleh kata selalu la sakit perut .. Huhu

      Delete
  3. perkongsian yang baik khas untuk wanita dan lelaki yang dah berkahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. Jangan lupa untuk abah yang ada anak gadis juga =P

      Delete
  4. Replies
    1. Kann .. Sebab tu dlm banyak2 Yana pilih yang nie .. Hehehe .. =)

      Delete
  5. dulu sengugut jugak.skrg tak dah.sebab amalkan biolife fish oil

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Mai jenis tak kena senggugut ni... Selalu tengok roomate merinkuk2 dalam selimut...

    ReplyDelete
  7. period pain mai ekot mood.. kadang ada kadang xdak hahaha..

    ReplyDelete
  8. Memang menyakitkan... perlu banyak rehat, selalu emosi terganggu time piyed kan!

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^