Sajian Sarapan Comel Hanya di Loaf U -Georgetown , Penang
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haii semua , sekali lagi kita bersiaran ya .. Maafkan Yana semalam tak ada sebarang entri baru daripada Yana sebab seharian Yana berada di luar .. Haa , kalau yang follow Yana di Instagram atau Facebook mesti awak noticed kelmarin Yana spent time dengan blogger Siti Yang Menaip dan Cik Timm .. Kami tak merancang dengan awal pun nak berjumpa nie . Semuanya berlaku secara tiba-tiba maka terjadilah penjelahan kami bertiga di Pulau Pinang .. =) ..
Sebelum kami bertiga berjumpa kelmarin sebenarnya kami dah ada beberapa perancangan untuk menerjah beberapa tempat yang menarik perhatian kami .. Sebenarnya ada tiga atau empat kedai yang agak hipster yang nak kami terjah kelmarin memandangkan jalan dekat Penang agak sesak dan kerana kesukaran untuk mencari parkir hanya satu sahaja tempat makanan yang agak unik bagi kami yang sempat kami terjah .. Loaf U , terletak di Georgetown , Pulau Pinang ..
Bagi orang melayu Yana yakin awak semua mesti akan teragak-agak untuk memasuki kedai ini sebab kalau dilihat dari luar pun dah nampak macam kedai Cina kan ? Begitu juga dengan kami .. Tapi , sebelum kami ke sana Kak Siti terlebih dahulu menghubungi pemilik kedai tersebut untuk memastikan kedai Loaf U merupakan kedai yang halal dan sesuai untuk orang Islam .. Setibanya kami di sana sekali lagi Kak Siti memastikan sama ada betul kah kedai nie hanya menyediakan makanan halal dan bertanyakan mengenai sijil halal .. Pemilik Loaf U dengan yakin berkata Loaf U hanya menyediakan makanan yang halal and free from pork and alcoholic drinks .. Kami juga diberitahu yang bereka sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil halal sepertimana yang kita tahu bukan senang kan untuk setiap pemilik kedai nak memohon sijil halal banyak prosedur yang perlu dilalui and they are working on it ..
Okay , di sini Yana ada sertakan menu yang terdapat di Loaf U .. Haa , jangan hairan kenapa semua menunya roti sahaja .. Dah nama pun Loaf U kan maka roti sahajalah yang disedikan .. Yana sarankan menu ini diambil untuk sarapan sebab ianya tidak terlalu mengenyangkan jadi masih akan ada some space untuk makan tengah hari nanti .. =)
Memandangkan belum terdapat sijil halal daripada Jakim , kami bertiga mengambil langkah selamat untuk tidak memesan menu yang ada ayam atau daging .. Jadi , kami pilih menu yang terdapat di Loaf U yang hanya berasaskan makanan laut .. =)
Perghhh .. menarik kan minuman yang disediakan di sini ? Haa , Yana pun hampir rambang mata nak memilih yang mana semuanya menarik minat Yana .. Nak tengok apa yang kami bertiga pilih untuk sarapan kami kelmarin ? Jom , bacalah sampai habis entri nie .. =P
PINKY SWEET LIPS
Pinky Sweet Lips berjaya memancing mata Yana , semua orang tahu Yana suka Pink kan ? Sampaikan minuman pun Yana akan cari yang berwarna merah jambu .. Pinky Sweet Lips merupakan gabungan pisang , strawberry dan susu segar .. Bagi Yana , ianya sedap sebab tak terlalu manis dan kesegaran rasa pisang dan strawberry yang dicampur dengan susu segar sangat terasa .. Tapi , Cik Timm dan Kak Siti kurang gemarlah.. Haha , well setiap orang mempunyai citarasa masing-masing ..
SIGNATURE B&W
Okay , minuman nie menjadi pilihan Cik Timm .. Air kopi yang dicampur dengan susu .. Pekat manis elok rasanya .. Kombinasi susu dan kopi sangat serasi bersama .. Aaa , gituuuu .. Hehehe ..
LOAF U TOO MUCH
Tak terliur ke tengok air warna striking macam nie ? Jangan silap okay .. Bukan sebab perwarna minuman nie merupakan hasil gabungan dragon fruit and mango .. 1st impression bila Yana tengok air nie .. Wahh meriahnya warna , rasanya okay boleh diterima tekak but my fav still SWEET PINKY LIPS !! ^_^ Jom tengok makanan yang kami pilih untuk sarapan kelmarin .. =)
CRAB STICK TUNA
Crab Stick Tuna menjadi pilihan Yana dalam roti nie ada isi tuna , seaweed , isi ketam yang dihiris memanjang dan telur separuh masak .. Yana yakin kepada penggemar telur separuh masak mesti awak semua akan enjoyed your breakfast with Loaf U Crab Stick Tuna .. Yana tak gemar langsung dengan telur separuh masak nie tapi Yana boleh habiskan roti nie sebab tak ada bau hanyir telur sangat .. Orang kata it's just nice .. =)
SMOKED SALMON
Smoked Salmon menjadi pilihan CIk Timm , kata Cik Timm sedap dan dia suka angatt dengan Loaf U Smoked Salmon .. Loaf U lahh .. Hehehe ..
EGG CHEESE
Last but not least Egg Cheese menjadi pilihan Kak Siti kami .. Haha .. Kak Siti pun macam Yana juga kurang gemar dengan telur separuh masak nie .. Alhamdulilah Kak Siti dapat habiskan , maksudnya apa ? Sedap lah kan .. Bagi Yana makanan di Loaf U boleh diterima tekak dan harga pun berpatutan ..
Gambar pengunjung yang telah berkunjung ke sini menjadi salah satu dekorasi yang terdapat di Loaf U .. Harap-harap gambar kami bertiga akan ada juga lah nanti ye ... =)
Behind the scene =P
Okay , nie yang terakhir untuk hari nie .. Hmm , sekiranya nanti pihak kedai Loaf U dah berjaya mendapatkan sijil halal untuk kedai nie mungkin kami akan datang lagi untuk cuba menu yang lain pula .. Terima kasih untuk layanan baik yang telah diberikan .. We loved it !! Byeeee
Facebook : Loaf U
12 Comments
sedap jak air sama roti dia tu..
ReplyDeleteMemang sedap .. Yana rekemen .. Tapi mcm Yana nyatakan kat atas nie owner dia cina .. Tapi makanan mmg dijamin halal , in shaa allah ..
DeleteAiyoo, Beeha duk Penang ni pun tak pernah pergi lagi. Lyana Penang jugak kan? Boleh hangout sekali lah ni.. ^^
ReplyDeleteHahaha .. Banyak Beeha kedai2 makan yg unik area Penang .. Beeha Penang area mana ? Yana seberang .. In shaa allah boleh saja =)
DeleteAmboi, up dah..hihi
ReplyDeleteHahaha .. Takut nanti Yana lupa rasa diia mcm mana .. =P
Deleteuuuuuish lajunyaaa hahaha.. pantas. sedap dan tak muak. amount just nice and surprisingly kenyang oookay..
ReplyDeleteHahahaha .. Takut nanti dah tak ingat dia pnya rasa mcm mana .. Aah tula tgk luaran tomey ja saiznya , bila dh makan pack kot .. Hee
DeleteNampak sedap.time tinggal kat penang pun airah selalu pergi kedai baru yang nampak sedap macam ni hahaha makanan kat penang smua sdap
ReplyDeleteHeee .. Rasa pun sedap Yana tak tipu ... Lagi2 kalau yg suka half cook egg mmg heaven la mkn nie .. Harga pon murah mmg Yana suggest .. =) Penang mmg syurga makanan heheh ..
DeleteKenyang tak Yana? Hahaha kalau Mai tu nampak mcm kena order double je. Bestnyaaa blogger gather gitu, nak join gak tapi kat Kulim pulak.hahah
ReplyDeleteWow macam best jer tu nampak sodapppp.
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^