Kena Singgah Sini Kedai Coklat │Georgetown Heritage Chocolate & 3D Chocolate Museum in Penang

Kena Singgah Sini Kedai Coklat │Georgetown Heritage Coklat & 3D Chocolate Museum in Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT

Hai semua.. Okay sepatutnya entri nie Yana update lama dah.. Tapi entah kenapa semangat blogging nie makin lama makin menipis.. Namun Yana berjaya lawan maka ter update lah entri Kena Singgah Sini Kedai Coklat │Georgetown Heritage Chocolate & 3D Chocolate Museum in Penang
Kenapa Kena Singgah Sini |Kedai Coklat Georgetown Heritage Chocolate & 3D Chocolate Museum in Penang ? Jom baca sampai habis.. 


Georgetown Heritage Chocolate Penang .

Pada 26 Ogos yang lalu kalau tak silap Yana.. Yana dan beberapa Blogger Utara yang lain telah dijemput untuk melihat dan menikmati sendiri pengalaman berada di sebuah kedai yang hanya menjual coklat dan juga kek yang terletak di Georgetown, Penang.. Mula-mula kami semua sangat teruja kerana sebaik sahaja kami melangkah masuk pelbagai jenis coklat menghiasi setiap penjuru kedai ini dari coklat bar sampailah ke coklat yang berbentuk bulat tu.. Ada istilah dia tapi Yana tak ingat.. Hehe..




Okay gambar-gambar dekat atas nie merupakan beberapa jenis coklat yang boleh anda dapati dekat Kedai Coklat │Georgetown Heritage Chocolate .. Kalau nak ikutkan hati penggemar coklat yang tegar nie hampir semua coklat Yana nak borong sebab semua nampak mengiurkan .. Apa yang best nya mengenai kedai coklat nie pelanggan boleh merasa terlebih dahulu coklat yang mereka nak beli tu .. Bukan sebab tak sedap tapi yela takut tak kena dengan tekak kan ? Macam Yana hari tu hampir saja ter makan coklat durian tau selamat owner tu bagitau coklat tu rasa apa kalau takkkkk .. Hehehe ..

 1st 3D Chocolate Museum in Penang .

Sebenarnya kan bersebelahan dengan kedai coklat nie terdapat 1st 3D Chocolate Museum in Penang .. Dekat sin terdapat beberapa hiasan bertemakan coklat dan turut dipamerkan alatan untuk membuat coklat pada zaman dahulu .. Sepanjang kami Blogger Utara berada di 1st 3D Chocolate Museum in Penang nie kami diberi penerangan mengenai asal usul coklat , sejarahnya dan cara membuatnya dengan menggunakan peralatan yang dipamerkan dekat situ ..


Okay , Yana rasa sampai sini sahaja perkongsian Yana untuk malam nie .. Sekiranya ada penambahan apa apa nanti Yana akan olah balik entri ini tau .. Dekat bawah nie Yana ada sertakan maklumat untuk masuk ke 1st 3D Chocolate Museum in Penang ..

Bayaran untuk masuk ke Muzium ini adalah 

ADULT (with MYKAD): RM14.00
KID (with MYKAD): RM10.00
ADULT (without MYKAD): RM 24.00
KID (without MYKAD): RM 20.00

3 Comments

  1. yana..bayaran masuk tu mcm salah jer..adult 2x..ke memang mcm tu?

    ReplyDelete
  2. house of choclate bestnya banyak jenis coklat ada kan

    ReplyDelete
  3. Banyak nya coklat XD ci=oklat durian tu rasanya macam mana?

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^