Nikmati Keenakkan Nasi Lemak Unik di Projek Nasi Lemak Box , Padang Kota
Nikmati Keenakkan Nasi Lemak Unik di Projek Nasi Lemak Box , Padang Kota
ASSALAMMUALAIKUM
WBT ♥
Hai semua
.. Okay hari nie Yana nak cerita mengenai pengalaman Yana makan malam di Projek
Nasi Lemak Box yang terletak di Padang Kota , Penang .. Erm , Projek Nasi Lemak
Box nie dia terletak dekat tengah-tengah taman permainan yang ada dekat Padang
Kota tu senang cerita berdekatan dengan Fort Cornwallis .. Nak tau apa yang
uniknya nasi lemak dekat sini ? Jom baca sampai habis .. =)
Tapi
, sebelum Yana tunjukkan keistimewaan nasi lemak dekat sini .. Yana nak tunjuk
dulu view yang menarik dekat sini ..
Cara dekorasi Projek Nasi Lemak Box nie berjaya mencuri perhatian Yana ..
Tenang rasanya masa berada dekat sini sambil dialunkan dengan irama muzik yang
romantik .. Lagi seronok kalau makan bersama yang tersayang ..
Di
sinilah terletaknya Projek Nasi Lemak Box tu .. Nampak tak ada taman permainan
dekat situ .. Senang sangat nak cari sebab dia terletak di tepi jalan sahaja ..
Suasananya memang sangat romantik cuma masa hari Yana berkunjung ke sana ada
pasar malam jadi bunyi generator dekat situ merosakkan sedikit suasana romantik
tu .. Sekiranya anda nak datang ke sini Yana sarankan anda jangan datang pada
hari minggu bermula Jumaat , Sabtu dan Ahad .. Tapi , kalau nak mai pun tak ada
masalah cuma bising sikitlah dengan suasana pasar malam .. =)
Reserved ? Ehh , taklah .. Haa , nie
merupakan salah satu dekorasi dekat sini .. Yana sendiri tanya kenapa pinggan
nie diletak dekat sini walaupun belum ada pelanggan .. Jawapannya kalau pinggan
nie tak ada tak nampak menarik dan kosong sangat .. Okay , Yana setuju .. =)
Tadaaa
! Inilah hidangan yang disajikan kepada Yana dan kawan Yana pada hari tu ..
Nampak mengiurkan tak ? Tengok gambar pun dah cukup untuk buat anda rasa terliur
kan ? Apatah lagi Yana yang berada di tempat kejadian , aroma nasi lemak nie
buat Yana tak tahan rasa nak makan .. =P
Bagi
minuman Yana dan kawan Yana telah memilih Volcano Bandung dan Coconut Shake
dekat atas as topping diletakkan ais
krim peanut butter .. Rasa dia memang terbaik , tak terlalu manis dan tak
terlalu tawar .. Orang putih cakap just
nice .. Jom kita tengok nasi lemak dia pula .. =)
Yana
tak pilih sendiri hidangan nie , kami diberi makanan berdasarkan menu yang
paling mendapat permintaan orang ramai salah satunya Nasi Lemak Ayam Goreng ..
Ayam goreng dia memang besar .. Yana sendiri pun agak terkejut .. Wow ,
besarnya ayam dia .. Ini kawan Yana punya .. Nak tengok nasi lemak yang Yana
makan ?
Inilah
nasi lemak yang Yana makan .. Tengok sajalah presentation dia .. Siapa tak terliur kalau macam nie punya presentation .. Ehh , takkan yang nie
saja ? Mana lauk nya ?
Nahhh
! Nasi Lemak Sotong Gergasi menjadi pilihan Yana .. Sotong dia sangat-sangat
besar sampai Yana tertanya-tanya macam mana nak makan nie ? Haha ! Sotong nie
perlu digunting terlebih dahulu barulah senang nak makan ..
Aroma
nasi lemak nie memang sangat wangi Yana rasa tak sama macam nasi lemak yang
Yana selalu makan dekat tempat lain .. Sambal ikan bilis dia memang marvelous ikan bilis dia pun rangup ..
Yana difahamkan mereka mengekalkan rasa asli manis daripada bawang manakala
rasa masin datang daripada ikan bilis tu dan sedikit perasa ..
Perasan
tak nasi lemak dia berwarna hitam ? Okay tu sebab dia masak dengan menggunakan charcoal .. Kenapa nak bagi warna hitam
? Sebab memang warna tema mereka adalah hitam jangan risau ia selamat dimakan
.. Yana diberitahu harga charcoal tak
murah juga namun mereka sanggup mengambil risiko .. Good job !
Okay
nie nama dia Maggie Ayam Goreng untuk hidangan nie Yana tak pasti macam mana
rasa dia .. In shaa allah sedap sebab rata-rata makanan yang dihidangkan kepada
Yana dan kawan Yana sedap-sedap belaka .. Haa , lagi satu Yana nak tanya ..
Nampak tak pada setiap hidangan ada sambal belacan ? Yana tanya memang setiap
hidangan akan ada sambal belacan kah ? Jawapannya ya , kata Wayne sebab orang
tempatan suka makan pedas-pedas .. Memang agak pedas sambal belacannya , tapi
pedas yang masih lagi boleh diterima .. Orang kata pedas yang buat kita rasa
nak lagi dan lagi .. Hehe ..
Sebelum
Yana balik sempatlah Yana ambil gambar di sekeliling Projek Nasi Lemak Box nie
.. Yaa , dapur dia dalam kontena tu .. Menarik dan unik kan ? Siapa sangka
dengan kontena pun boleh dijadikan kedai makan .. Cantik pula tu .. =)
Okay
akhir kata daripada Yana Projek Nasi Lemak Box memang terbaik .. Masa tengah
mengarang entri nie pun buat Yana rasa nak makan lagi nasi lemak tu .. Jadi ,
kepada anda yang berada di Penang atau yang akan melawat Penang jangan lepaskan
peluang untuk cuba makan malam di Projek Nasi Lemak Box nie ya .. Harganya agak
berpatutan .. Jangan risau ya ..
Waktu
operasi
Isnin
– Khamis : 6pm – 1am
Jumaat
– Sabtu :5pm – 2am
Ahad
: 5pm – 1am
Kalau
nak tempah untuk katering juga boleh anda hanya perlu hubungi no +6018-393-8018
..
Sekian
sahaja daripada Yana .. Jumpa lagi nanti .. Terima kasih Wayne sebab sudi layan
Yana dengan baik sekali sepanjang Yana makan dekat sana =)
6 Comments
nasi lemak rupanya ,, ccl ingat nasi kerabu
ReplyDeletemak aii..meleleh air liur ni..hihi
ReplyDeleteUish sedapnya makanan kat sini ;P
ReplyDeleteSedapnya...nanti turun penang nak ke sini lah
ReplyDeletemenyelerakan
ReplyDeleteSekarang ni banyak variasi nasi lemak kan? Tapi yang ini memang nampak sedap !
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^