Pengalaman Makan Malam di Marios Italian Restaurant
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haii semua .. Okay hari nie Yana sangat berbesar hati nak kongsikan dengan awak semua mengenai│Pengalaman Makan Malam di Marios Italian Restaurant .. Dah dari nama pun ada Itali semestinya makanan-makanan dekat sini berkonsepkan Itali gituuuu .. Nak tau dengan lebih lanjut ? Jemput baca sampai habis ye .. =)
Pandangan Hadapan Sebelum Memasuki Marios Italian Restaurant |
Gambar di atas nie menunjukkan pandangan hadapan sebelum memasuki Marios Italian Restaurant nie .. Memang berwarna-warni dan nampak sangat ceria dari bahagian luar .. Haa , nie baru dekat luar belum lagi masuk dalam terpesona awak semua sekejap lagi ..
Sebelum Yana ke "watak utama" entri nie izinkan Yana berkongsi beberapa view yang berjaya memikat hati Yana dan membuat Yana terpesona dengan restoran yang berkonsepkan Itali ini ..
Pintu masuk ke Mario's Italian Restaurant , gambar kredit : Lia Hasty |
Ini merupakan pintu masuk ke Marios Italian Restaurant .. Yana akui restoran nie kelihatan agak mewah .. Bagi golongan yang tak berapa nak berada macam Yana nie mungkin rasa sedikit cuak nak masuk .. Tapi , jangan risau baca sampai habis ya .. Yana akan ulaskan harga makanan dekat sini .. =)
Posing Sekejap Dekat Buai Laju Laju Nie |
Sebelum Yana bawa awak semua teroka ke dalam , but 1st let me posing ! Hehee .. Menarik idea letakkan buaian dekat sini .. Dapat juga wujudkan elemen santai .. Yana suka ♥
Susun Atur Meja Dekat Luar |
Tadaaa ! Semakin ke dalam semakin cantik lah pemandangan nie .. Sebenarnya kan , restoran nie berkonsepkan indoor dan outdoor .. Masa Yana dan beberapa rakan Yana yang lain datang ke sini pemilik restoran nie dah reserved tempat dekat dalam untuk kami sebab kami agak ramai .. Kalau yang berpasangan tu Yana sarankan pilihlah outdoor tapiiiii , kalau tak hujanlah .. Kenapa ? Jom sambung baca .. Hehehe ..
Fefeling Sekejap , Cantik Betul View Pada Waktu Malam |
Jujur jawab soalan Yana nie , cantik tak view dalam gambar nie ? Hahaha .. Cantik kan ? Sebab itulah yang berpasangan Yana sarankan awak berdua pilih outdoor , so you both can enjoy the view of the night .. Sangat cantik dan memukau pandangan Yana .. ♥♥
Dekat Sini Pun Cantik View Dia |
Semasa perjalanan Yana ke sini Yana hairan kenapalah pemilik restoran nak kena buat restoran ini di atas bukit .. Rupanya , tatkala Yana melangkah masuk dan berada di sudut gambar ini diambil Yana dah dapat jawapan kepada soalan Yana tadi , it's totally worth it .. Pemandangan dari atas memang sangat memukau .. Jom tengok makanan yang disediakan dekat sini .. =) Finally kan ? Hehehe ..
BAKED BREAD
CHEESY GARLIC BREAD & BRUSCHETTA ♥
CHEESY GARLIC BREAD & BRUSCHETTA |
Cheesy Garlic Bread & Bruschetta merupakan hidangan 1st batch yang kami terima .. Cuba teka , sedap atau tidak ? Jawapan Yana rasanya langsung TIDAK MENGECEWAKAN =) .. Selain dua hidangan ini awak boleh juga cuba Garlic Bread .. =)
SALADS
SEAFOOD SALAD ♥
SEAFOOD SALAD |
Okay gambar dekat atas nie nama dia Seafood Salad , dalam Seafood Salad nie ada ikan salmon rebus ,udang dan sea bass dihidangkan bersama dengan pecan , cuka oren dan raspberry .. Rasanya sedikit masam namun masih boleh diterima tekak ..
SOUPS
CLAM CHOWDER , CREAM OF MUSHROOM & CONSOMME MARINARA ♥
CLAM CHOWDER |
CREAM OF MUSHROOM , gambar kredit : Lia Hasty |
CONSOMME MARINARA |
Yana rasa ketiga-tiga soups nie .. Pilihan Yana ialah Consomme Marinara , Lia dan Olivia masing-masing memilih Clam Chowder manakala Ika , JasJas dan Akma memilih Cream of Mushroom .. Rasa Clam Chowder sedap bagi Yana , kenapa Yana tak pilih nie ? Sebab Yana tak berani nak ambil risiko .. Tetapi tanggapan Yana salah sama sekali , Cream of Mushroom pula sangat sesuai kepada penggemar sup cendawan kerana sup dia sangat berkrim memang puas hatilah orang kata .. Terbaikkk ! Oh ya sebelum Yana lupa Yana nak cakap yang sup nie turut dihidangkan bersama roti ..
Inilah roti tu .. Wheat bread nie kalau tak salah Yana , hehehe tak ada dalam menu Yana rasa memang mereka akan hidangkan bersama sekiranya pelanggan ada memesan sup dekat sini .. =)
BAKED DISHES
CHICKEN LASAGNE ♥
Chicken Lasagne |
Kalau tengok gambar saja boleh agak tak rasa dia macam mana ? Yess , sedap lah apa lagi ? Haha ! Sabar saja lah kami semua sebab sebelum kami menjamah setiap hidangan yang diberi kami kena "bagi kamera makan dulu" bau Chicken Lasagne nie sangat mengancam .. Rasa apatah lagi , recommended ! Selain Chicken Lasagne awak boleh juga cuba Beef Lasagne ataupun Vegetarian Lasagne .. =)
APPETIZERS
SMOKED SALMON & GARLIC KING PRAWN SPECIAL ♥
SMOKED SALMON |
Rasa Smoked Salmon nie lebih kurang sama dengan Seafood Salad sebab kedua dua hidangan ini disirami dengan balsamic .. Balsamic kalau tak salah Yana merupakan sejenis cuka .. Sedikit masam namun tetap sedap dengan cara dia tersendiri ..=)
GARLIC KING PRAWN SPECIAL |
Nama diberi ialah Garlic King Prawn Special , masa Yana rasa hidangan nie mata Yana terpejam sebentar .. Nampak tak betapa Yana menikmati hidangan sedap nie .. Kuah dia ada rasa bawang putih tapi tak terlalu kuat lah .. Orang kata just nice .. Udang dia semestinya segar uii .. Recommended !! Selain Smoked Salmon ada beberapa lagi menu untuk appetizers iaitu Fried Calamari , Cheese & Spinach Patties (V) , Veggie Wonder , Eggplant Parmigiana dan Prawn Cocktail ..
PASTA
LINGUINE AGLIO OLIO ♥
LINGUINE AGLIO OLIO |
The classic dish simple yet bursting with flavors .. Thin flat pasta tossed wit fresh garlic , olive oil , parmesan cheese and chili flakes .. A great dish for vegetarians or anyone who is health-conscious ..
SEAFOOD
GRILLED SALMON FILLET ♥
GRILLED SALMON FILLET |
Topped with an orange mustard sauce , served with mashed potatoes and seasonal vegetables .. Sebenarnya Yana nie agak cerewet kalau pasai makanan nie , sekiranya makanan ada bau kurang menyenangkan seperti hanyir Yana akan berhenti menjamah makanan tersebut tetapi rasa ikan salmon nie sedikit pun tidak hanyir malah menyelerakan .. Recommended !!
PIZZAS
CHICKEN MASALA & PRAWN MASALA ♥
CHICKEN MASALA PIZZA |
Okay nie Pizza Chicken Masala , rasanya agak berempah dan pedas sikit .. Kalau awak tu tipikal yang tak makan pedas langsung Yana syorkan cuba Prawn Masala sebab bagi Yana Prawn Masala rasanya kurang berempah dan kurang pedas dan sangat sesuai untuk tipikal yang tak makan pedas macam Yana ..
PRAWN MASALA PIZZA |
Sebenarnya kedua-dua pizza nie belum lagi officially launch .. Kami diberi penghargaan untuk merasai terlebih dahulu kedua-dua pizza sebelum dijual kepada pelanggan lain .. Guess what ? Yes , we approved this ! ^_^
FOOD REVIEW TEAM AT MARIOS ITALIAN RESTAURANT |
Sejujurnya kami semua sangat berpuas hati dengan Marios Italian Restaurant nie .. Bukan saja restorannya yang sangat selesa , cantik dan nampak ekslusif namun makanannya sangat menyelerakan dengan harga mampu milik bagi Yana agak berpatutan lah .. Untuk maklumat lanjut awak boleh layari :
Facebook : Mario's Italian Restaurant
Instagram : mariosbukitjambul
Waktu Operasi : 12-00-15.00 , 18.00-22.00
No telefon :019-472-5837
Alamat : 88 Lintang Bukit Jambul Sungai Nibong ,
11900 Penang , Malaysia .
Terima kasih tak terhingga Yana ucapkan kepada pemilik Marios Italian Restaurant kerana sudi menjemput Yana dan kawan-kawan untuk menikmati hidangan makan malam yang mewah dekat sini ..
Oh ya , awak semua boleh juga baca review Mario's Italian Restaurant di blog kawan-kawan Yana nie : -
LIA HASTY :
IKA :
DINNER DI MARIO’S ITALIAN RESTAURANT, BUKIT JAMBUL , PENANG
AKMA :
Mario' Italian Restoran Sentiasa Menyajikan Menu Yang Menarik
JASJAS :
OLIVIA :
5 Comments
Sedap..harga berpatutan itu yang dicari-cari.
ReplyDeletealahai sedapnya pasta lasagna semua ni
ReplyDeleteWahhh bestnya.😍
ReplyDeleteJemput singgah :)
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html
wow... cantik tempatnya.... food pun tgk semua dh menggiurkan...
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^