5 Barang Asas Hiasan Rumah Untuk Mengdekorasi Rumah

5 Barang Asas Hiasan Rumah Untuk Mengdekorasi Rumah

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Hari nie Yana nak kongsikan beberapa tips dalam menghias kediaman anda .. Okay , jom ketahui apakah │5 Barang Asas Hiasan Rumah Untuk Mengdekorasi Rumah .. Bak kata pepatah Rumahku , Syurgaku memang benarlah seperti yang dikata pepatah kerana setiap kali kita dilanda masalah rumah lah tempat yang paling menenangkan dan mampu menceriakan kita semula ..


(gambar sumber daripada : Google)

5 Barang Asas Hiasan Rumah Untuk Menghias Rumah

Okay dekat bawah nie Yana akan kongsikan 5 barangan asas untuk hiasan rumah yang Yana rasa memainkan peranan penting dalam menampakkan rumah kita cantik , berseri-seri dan segar .. Apabila tetamu datang tak ada lah kita berasa segan kan ?


(gambar sumber daripada : Google)

1. Karpet


Walaupun bagi mata orang ramai karpet hanyalah merupakan hiasan lantai namun ia tetap memainkan peranan dalam menaikkan seri ruang tamu kita tau .. Pemilihan karpet yang bersesuaian secara tak langsung dapat menampakkan impak seri dekat ruang tamu .. Maka sebab itulah karpet menjadi barang asas untuk hiasan rumah .. 


(gambar sumber daripada : Google)

2. Langsir

Selain daripada karpet , langsir juga merupakan aspek penting dalam pemilihan barang untuk hiasan rumah anda .. Pemilihan warna langsir yang bersesuaian mampu membuat ruang tamu kita kelihatan ceria , segar dan elegan .. Sekiranya Yana hendak memilih warna langsir Yana lebih sukakan warna-warna pastel sebab ia akan membuatkan ruang tamu nampak tenang dan lebih santai .. 


(gambar sumber daripada : Google)


3. Sarung  Sofa

Okay , hiasan rumah asas yang seterusnya ialah sarung sofa .. Sarung sofa juga tak kurang juga dalam memainkan peranan dalam menaikkan seri ruang tamu sesebuah rumah .. Apa yang Yana perasan selalunya warna sofa kontra daripada warna langsir .. Jadi , warna sarung sofa tu akan nampak timbul dan tidak senada dengan warna langsir .. Namun , tak semua  orang mempunyai citarasa yang sama kan ?Mungkin ada juga sesetengah yang memilih warna sarung sofa senada dengan warna langsir ..



(gambar sumber daripada : Google)


4. Frame Hiasan Dinding

Hiasan rumah yang bagi Yana agak penting ialah frame dinding .. Kenapa Yana berkata demikian ? Sesetengah orang memilih cat dinding yang kosong .. Sekiranya dinding tersebut dibiarkan kosong tanpa sebarang hiasan seperti frame dinding nie mungkin kelihatan agak suram dan tidak ceria .. Di sini , ingin Yana katakan bahawa frame dinding juga merupakan bahawa barang hiasan rumah yang asas .. =)


(gambar sumber daripada : Google)

5. Cermin

Okay , hiasan rumah yang terakhir dan merupakan hiasan rumah yang asa bagi Yana jatuh kepada cermin ! Okay , orang akan kata wanita dengan cermin memang tak dapat dipisahkan maka justeru itu Yana senaraikan cermin merupakan 5 barang asas hiasan rumah untuk mengdekorasi rumah .. Apa fungsi cermin ? Selain daripada ia dapat membantu kita dalam membetulkan penampilan kita cermin juga boleh menampakkan ruang tamu lebih besar .. Jadi , kalau kita letak banyak cermin maksudnya ruang tamu kita akan kelihatan lebih besar lah ye ? Yana pun ada terbaca dekat artikel sejauh mana kesahihannya Yana tak pasti .. Jom lah cuba ..

Okay sekian sahaja perkongsian Yana mengenai 5 barang asas hiasan rumah untuk mengdekorasi rumah yang perlu anda semua ketahui .. Sekiranya kesemua barang hiasan nie bertakhta di ruang tamu rumah anda atau di mana-manalah ruangan rumah yang menjadi kegemaran anda pastinya ruangan tersebut akan tampak lebih menarik ..

6 Comments

  1. Kalau saya.. Tak minat sgt nak Deko dgn byk hiasan.. Suka kosong je.. Hiasan dinding pun seminimum mungkin... Langsir dan cermin tu boleh la... Tapi gtu lab kan.. Lain org lain citarasa..

    ReplyDelete
  2. umah timm, sofa xde, emm, cermin dalam bilik jer,,susah ada ank2 bulus ni..buaih..haha..susah sket nk deko umah mak ni..dpt deko bilik jer..haha!

    ReplyDelete
  3. sy dtg berkunjung. hehe. btw nice sharing yana <3

    ReplyDelete
  4. memang 5 barang ni keperluan dalam rumah. gabungan ni baru jadikan rumah cantik kan

    ReplyDelete
  5. setuju dengan 5 barang asas hiasan rumah ni..memang penting pun..

    ReplyDelete
  6. cermin tu nad suka..mmg ade cermin besar gedabak kat uma hahah

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^