Pengalaman Menghadiri PIWE 2018 Flash Mob
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua .. Baru-baru nie Yana dan beberapa rakan blogger yang lain ada ke flash mob PIWE 2018 .. Kami ke sana pada jam 10.30 pagi .. Yana duk cakap mengenai PIWE 2018 , tahu tak apa itu PIWE 2018 ? Kalau awak semua nak tahu apa itu PIWE 2018 jemput baca entri │Pengalaman Menghadiri PIWE 2018 Flash Mob
Sebelum Yana kongsikan dengan lebih lanjut mengenai PIWE 2018 moleklah sekiranya Yana huraikan apa itu PIWE 2018 sebab Yana yakin ramai di kalangan rakan-rakan melayu masih tidak tahu apa itu PIWE 2018 .. Ekspo Perkahwinan Antarabangsa Pulau Pinang 2018 atau lebih dikenali sebagai PIWE 2018 adalah ekspo perkahwinan pertama di Pulau Pinang yang dilancarkan untuk meningkatkan dan mempromosikan pelancongan perkahwinan di Pulau Pinang ..
picture credit to : PIWE 2018 FB Page
Sebenarnya kan , pada hari tersebut kelapan-lapan pengatin ini diarak mengelilingi Pulau Pinang tak semua tempat lah cuma beberapa tempat yang menjadi tarikan di Pulau Pinang .. Lokasi pertama bermula di Peranakan Mansion .. Di samping blogger terdapat puluhan atau mungkin ratusan jurugambar yang turut memeriahkan PIWE 2018 flash mob ..
Pengantin naik beca ? Haha ! Jarang-jarang kan kita tengok , Yana nampak depan mata Yana sendiri semasa Yana berada di sana .. Mata ini tak berkedip melihat kecantikkan pengantin-pengantin dengan busana pengatin masing-masing .. Lepas tu mulalah nak berangan bilalah Yana dapat rasa pakai cantik macam nie .. Ehh .. Mereka nie dibawa ke Ocean Street atau Lebuh Pantai tempat di mana sedang berlakunya PIWE 2018 flash mob ..
Suka benar Yana tengok mereka semua nie , dah lah cantik-cantik belaka busana pengantin yang dikenakan pun apa kurangnya .. Hm , masa PIWE 2018 bukan sahaja ada pengantin ada juga booth yang dibuka di sana bersempena dengan PIWE 2018
Ini antara booth yang sempat Yana snap semasa berada di sana .. Sebenarnya , terdapat banyak lagi booth yang menjual makanan , pakaian , aksesori dan lain-lain .. Booth di atas merupakan salah satu daripadanya .. Okay seterusnya Yana cuma nak kongsikan beberapa gambar dan sedikit lagi info mengenai PIWE 2018 ..
PERANAKAN MANSION
CHEW JETTY
picture credit to : Bryan Lim ( PIWE 2018 FB Page)
PADANG KOTA LAMA
picture credit to : PIWE 2018 FB Page
Tadaaa ! Sempat juga kami bertiga bergambar dengan pengantin masa dekat sana .. Jangan tertipu eh , mereka bukan kahwin betul-betul .. Okay Yana nak beritahu bahawa PIWE 2018 akan diadakan tak lama lagi pada 16-18 Mac 2018 bertempat di Setia SPICE Convention Centre .. Jadi kepada bakal pengantin di luar sana jangan lupa ya untuk menghadiri Penang International Wedding Expo event yang bakal diadakan tak lama lagi .. Untuk keterangan lanjut boleh layari :
Website : www.piwe.com.my
Hubungi : +6016-416-0038
Instagram: PIWE2018
FB Page: Penang International Wedding Expo
4 Comments
Wah cantik macam barbie, tapi pengantin lelaki pi mana? Hehe...
ReplyDeletememang cantik2 tambah2 yang gambar beca tu
ReplyDeletefuyoo yana bestnya event mcm ni..
ReplyDeletepengantin cina ke omputih ke baju kawen lawa2 gown semua.. hehe..
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^