Pelancaran Kempen Pizzart Food Trail di US Pizza Bukit Mertajam

Pelancaran Kempen Pizzart Food Trail di US Pizza Bukit Mertajam

ASSALAMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Fuh , lama gila Yana ambil masa untuk mula menulis entri nie .. Sepatutnya Yana kena siapkan sebelum Ahad hari tu memandangkan ada benda yang tak boleh dielakkan jadi Yana ambil masa lebih sikit .. Nak tau apa dia jom baca entri Yana │Pelancaran Kempen Pizzart Food Trail di US Pizza Bukit Mertajam ..



Okay , Yana dan beberapa orang blogger lain ada dijemput untuk pelancaran kempen Pizzart Food Trail yang bertempat di US Pizza Bukit Mertajam yang dianjurkan oleh Anchor Food Professionals baru-baru nie .. Hm , untuk pengetahuan awak semua ini bukanlah kali pertama Yana ke US Pizza Yana dah pernah pergi semasa pelancaran US Pizza di cawangan Bukit Mertajam ..



Setibanya kami di sana macam biasalah tugas seorang blogger snap snap gambar .. Cari beberapa info untuk ditulis dalam blog kemudian kami diberi sedikit penerangan oleh Manager Anchor Food Professionals sendiri iaitu Miss Linda banyak yang kami dapat tahu mengenai Anchor Food Professionals daripada penerangan beliau ..  Ini merupakan kempen kedua yang dianjurkan oleh pihak Anchor Food Professionals , kempen pertama telah diadakan pada tahun 2017 yang lepas ..



Sebenarnya Yana nak cerita mengenai pengalaman Yana semasa berada di pelancaran kempen Pizzart Food Trail di US Pizza .. Selepas kami diberi penerangan mengenai produk-produk daripada Anchor Food Professionals , kami dihidangkan dengan dua menu baru yang berasaskan produk daripada Anchor Food Professionals iaitu Cheese Pretza dan Pizzburger .. Okay Yana akan mulakan dengan Cheese Pretza  terlebih dahulu ya ..


Okay inilah rupa Cheese Pretza sangat sedap kalau makan panas-panas dihidangkan bersama sos salsa .. Nak tau tak ? Topping Cheese Pretza nie adalah cheese daripada Anchor Food Professionals manakala dalamnya diisi dengan ikan salmon .. Yess , super yummmy !


Tadaaa inilah Pizzburger kegemaran Yana .. Haa nie rupa Pizzburger lepas dipotong kaya dengan cheese wehh isi ayam dia pulak tebal .. Auchh , sangat sedap .. Yana pilih Pizzburger sebab Yana suka makan ayam ♥


Okay , kami juga turut dihidangkan pizza daripada US Pizza .. Salah satu merupakan signature US Pizza iaitu Salted Egg Pizza dan lagi satu Italian Aloha Chicken .. Pilihan Yana ? Ish kan tadi Yana dah bagitau Yana suka makan ayam semestinya Italian Aloha Chicken menjadi pilihan Yana ..


Haa apa pulak nie ? Okay untuk pengetahuan awak semua ada pertandingan makan Pizzburger pada hari tersebut .. Terkejut Yana nie pertama kali Yana disuruh untuk masuk pertandingan makan .. Alhamdulilah berjaya jugak meraih tempat ketiga hehehe ..


Nampak 4 dekat tengah tu merupakan pemenang .. Yana tempat ketiga , lepas tu yang sebelah Yana tempat kedua manakala tempat pertama menang dekat lelaki India tu .. Yana akui yang Yana happy sangat semasa pelancaran nie .. Sangat-sangat havoc heheh ..


Setinggi-tinggi  penghargaan Yana berikan kepada pihak Anchor Food Professionals dan US Pizza cawangan Bukit Mertajam kerana sudi menjemput Yana untuk menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Pizzart Foood Trail nie .. Yana sangat enjoyed dengan makanan dan aktiviti yang telah disediakan kepada para blogger ..

2 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^