Teddyville Museum Muzium Paling Comel di Penang

Teddyville Museum Muzium Paling Comel di Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Okay lately kan Yana selalu sangat share mengenai produk kecantikkan .. So , hari nie Yana nak share satu tempat best yang awak semua wajib singgah bila menjejakkan kaki di Pulau Mutiara , Pulau Pinang .. Jom baca | Teddyville Museum Muzium Paling Comel di Penang ..


Tatkala kaki melangkah masuk ke dalam Teddyville Museum mata sudah terpaut dengan kecomelan teddy bear yang menyambut kedatangan kami berenam ke sini .. Wahhh .. Dah la comel .. Gebu gebas pula tu .. Hati perempuan mana yang tak tergoda dek kecomelan teddy bear yang menghiasi ruangan pintu masuk Teddyville Museum ini .. 


Okay , di ruangan ini terdapat pelabagai jenis teddy bear .. Koleksi teddy bear paling lama bermula pada tahun 1902 hinggalah tahun 2016 iaitu teddy bear di Teddyville Museum .. Hm , tahukah awak semua mengenai sejarah kemunculan teddy bear ? Jom baca sedikit petikan yang Yana cari di wikipedia .. 



"Beruang teddy adalah mainan lembut dalam bentuk beruang. Dicipta pada masa yang sama oleh ahli-ahli togorik Morris Michtom di Amerika Syarikat dan Richard Steiff di Jerman pada awal abad ke-20, dan dinamakan sempena nama Presiden Theodore "Teddy" Roosevelt, beruang teddy menjadi mainan kanak-kanak yang ikonik, filem. [1] Sejak penciptaan beruang teddy pertama yang berusaha meniru bentuk cubs beruang sebenar, "teddies" sangat bervariasi dalam bentuk, gaya, warna, dan bahan. Mereka telah menjadi item pengumpul, dengan "teddies" yang lebih tua dan jarang muncul di lelongan awam [2] Beruang Teddy adalah antara hadiah paling popular untuk kanak-kanak dan sering diberikan kepada orang dewasa untuk menandakan cinta, tahniah, atau simpati."


Sebaik kami selesai dengan sejarah teddy bear tadi kami dibawa lagi masuk ke dalam ruangan lain dalam Museum Teddyville ini .. Kami berenam diberitahu bahawa terdapat beberapa teddy bear yang dibuat mengikut beberapa tokoh yang berada / dilahirkan di Pulau Pinang .. Okay , teddy bear di atas ini merupakan Jimmy Choo .. Siapa yang tak kenal dengan Jimmy Choo kan ,  Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.


Teddy bear seterusnya melambangkan Francis Light .. Haaa , kenal tak Francis Light nie siapa pula ? Kapten Francis Light (1740-1794) adalah pengasas petempatan British di Pulau Pinang,Malaysia. Beliau juga pengasas bandar George Town, Pulau Pinang pada tahun 1786 .. Itulah sedikit pengenalan Francis Light =)



Getaran jiwa
Menlanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu

Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu

Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa

Haa , membaca bait bait lirik lagu nie pasti awak semua tahu siapakah empunya teddy bear nie .. Yaaa P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (lahir di Pulau Pinang22 Maret 1929 – meninggal 29 Mei1973 pada umur 44 tahun) adalah seorang aktor Malaysia pada tahun 1950-an. Ayahnya berasal dari Lhokseumawe (Aceh) yang menikahi Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang BuayaButterworthMalaysia. Beliau merupakan lagenda yang dilahirkan di Pulau Pinang .. Bangga rasanya Yana menjadi orang Penang .. Hehehe .. 


Ini merupakan hiasan dengan replika teddy bear yang dibuat mengikut perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia dan hiasan ini dibuat mengikut landmark tertentu sebagai contoh untuk tahun baru cina tempat teddy bear itu dipamerkan ialah di Kek Lok Si .. 


Selain itu turut dipamerkan teddy bear yang berada di tempat tempat menarik yang terdapat di Pulau Pinang , seperti Batu Feringhi , Street Art , Padang Kota Lama dan lain-lain lagi .. 







Okay dah settle jalan-jalan dalam Teddyville Museum ? Jom lah kita beli cenderamata sebagai kenang-kenangan bahawa awak semua telah datang ke sini .. Banyak cenderamata yang comel-comel boleh dibeli dekat sini tau .. Harga pun bagi Yana berpatutanlah ..


Sampai sini sahajalah Yana nak ceritakan mengenai Teddyville Museum .. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Teddyville Museum kerana sudi menerima kunjungan kami berenam ke sana pada tempoh hari .. So , kalau awak semua nak mengalami apa yang kami berenam alami semasa berada jomlah ke TeddyVille Museum yang terletak di :

Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 
56 Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, 
Penang (307.47 km)
11100 Penang, 
Malaysia

No telefon : 016-550 5949

Waktu operasi : 9.00 pagi - 6.00 petang

Harga tiket : 

Dewasa : RM36 
Pelajar : RM29 
Kanak-kanak : RM25 


1 Comments

  1. Ini pun kena masukkan dalam wishlist ni...kalau anak akak tengok ada museum ni..sure meroyan nak masuk ni...apesal banyak new attraction kat Penang ni..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^