The Habitat Tarikan Terbaru di Bukit Bendera (Penang Hill)

The Habitat Tarikan Terbaru di Bukit Bendera (Penang Hill)

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , okay malam nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana semasa pergi ke Bukit Bendera (Penang Hill) baru-baru nie .. Yana yakin pasti ramai yang dah tahu mengenai kewujudan The Habitat di Bukit Bendera secara tak langsung ia menjadi tarikan terbaru di Bukit Bendera .. Nak tahu apa yang best ? Jemput baca | The Habitat Tarikan Terbaru di Bukit Bendera (Penang Hill) ..


Hm , mungkin ramai yang dah tahu mengenai kewujudan The Habitat dekat Penang Hill nie tapi mesti awak semua tak banyak informasi kan mengenainya .. So , tujuan Yana mengarang entri nie adalah untuk meng educate kan awak semua apa yang best dekat The Habitat and does it worth it ? Okay sebelum nak masuk ke The Habitat awak semua KENA beli tiket untuk masuk ke The Habitat terlebih dahulu .. 


Okay ini merupakan harga tiket dan pakej yang ada untuk masul ke The Habitat di Penang Hill .. Mungkin akan ada yang kata a bit mahal tapi percayalah cakap Yana ianya ternyata berbaloi sebab apa yang ada dalam The Habitat memang best .. Dia seolah olah kita back to nature tau .. 


Okayy .. Yana dah dapat tiket Yana .. Pastikan tiket nie ada masa pergi dan balik ya .. Hahaha tiket Yana masa nak balik tetiba hilang .. Matilanakk .. Cari-cari ehh ada rupanya terselit di celah-celah beg Yana .. Sebelum kami memulakan perjalanan dalam The Habitat kami diberikan sedikit penerangan mengenai asal usul Bukit Bendera , spesies tumbuhan dan hidupan liar yang terdapat di atas Bukit Bendera .. Sebenarnya kan , banyak juga info yang Yana dapat masa berada di sini .. Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu di sini merupakan kubu mereka .. Gambar di atas menjadi kandang kuda mereka .. Yana diberitahu pihak British memilih Bukit Bendera sebab kawasannya yang strategik kerana mereka boleh nampak kehadiran musuh dengan jelas dari atas Bukit Bendera .. 


Ini pula merupakan beberapa spesies fauna yang boleh didapati dalam The Habitat.. Yana sempat jumpa dengan seekor rama-rama sahaja masa nak naik tu .. Tupai tu Yana jumpa semasa dalam perjalanan nak turun ke bawah tapi Yana tak sempat nak snap .. Selain daripada nie ada beberapa serangga lain yang ada dekat atas tu seperti labah-labah , crab vampire dan beberapa lagi spesies yang Yana tak ingat .. Crab Vampire , unik kan nama dia ? Yana teringin nak tengok tapi dia spesies yang keluar malam , masa Yana nak naik tu pekerja tu cakap dia ada tapi dekat celah-celah pokok memang susahlah nak tengok .. Diberi nama Crab Vampire sebab dia suka keluar pada waktu malam ..


Giant Swing merupakan salah satu tarikan yang ada di The Habitat .. Sesiapa sahaja yang memasuki The Habitat pasti akan berhenti di sini untuk mengambil gambar atau ber swafoto sebagai tanda kenang kenangan semasa berada di The Habitat .. Terdapat tiga Giant Swing tau dekat sini .. So , tak perlulah nak berebut atau menunggu giliran terlalu lama .. Hehehe .. 


Oh ya , untuk pengetahuan awak semua ini merupakan kali kedua Yana ke The Habitat .. Pada pertama kali Yana datang tempat Yana bergambar sekarang iaitu Canopy Walk belum lagi siap .. Pada mulanya Yana refuse nak lali dekat Canopy Walk sebab masa belum siap nampak macam scary tau jalan dia sangkaan Yana ternyata meleset sama sekali sebab jalan dekat Canopy Walk nie ternyata selamat sebab dibina dengan konkrit .. So, worries no more .. Hehehe .. 


Tadaaaa !! Inilah bahagian yang paling menarik dekat di The Habitat , Curtis Crest .. Kalau awak semua nak tahu masa pertama kali Yana nak naik Curtis Crest Yana mengambil masa lebih kurang lima minit untuk Yana berjalan-jalan dekat atas Curtis Crest sebab Yana seorang yang gayat tambahan pula dari atas Yana boleh nampak keadaan dekat bawah sebab permukaan lantai dia dibuat daripada yang ada lubang-lubang memanglah Yana gayat .. Hehehe .. Tapi , selepas kali kedua datang ke sini Yana dah boleh berjalan atas nie dengan yakinnya .. 


Haa ini juga merupakan tarikan terbaru di The Habitat sebab masa pertama kali Yana datang ke sini belum ada lagi tau .. Okay , nie nama dia Climbing Tree , kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak bolehlah cuba .. Hahaha .. Yana tak berani okay sampai Yana cakap dekat kawan-kawan Yana yang Yana sanggup naik The Gravityz sekali lagi .. 



Sekian sahaja pengembaraan kami dalam The Habitat .. Ini merupakan pengalaman yang sangat menarik bagi Yana dan beberapa lagi rakan blogger yang turut sama berada di sana .. Terima kasih tak terhingga Yana ucapkan kepada pihak pengurusan The Habitat kerana sudi melayan kami dengan baik sekali .. In shaa allah kalau berkesempatan Yana nak ke sana lagi mungkin Yana akan bawa orang lain pula kali nie Yana akan bawak orang lain pula .. Hehehe ..  

Bukit Bendera, 11300
Penang, Malaysia.
Telefon No: 604 - 826 7677


1 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^