Puteri Duyung SofeaRose Hadir Demi Penyu
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua .. Hari nie Yana nak share satu shawl yang Yana terima dalam seminggu lepas kalau tak salah .. Hehe .. Yana nie sebenarnya bukanlah pencinta shawl sangat tapi dengan shawl SofeaRose terus Yana jadi jatuh cinta dengan shawl ... Ada kisah di sebalik shawl SofeaRose nie sebenarnya .. Jom baca │Puteri Duyung SofeaRose Hadir Demi Penyu ..
Yana sebenarnya dah lama duk usha shawl jenama SofeaRose terasa nak memiliki .. Dalam duk usha eh tetiba Yana di offer untuk terima shawl nie for freeeeee .. Gila Yana nak tolakkan .. Satu benda yang Yana suka sangat mengenai shawl Diona Mermaid nie senang dibentuk tak perlu pun nak struggle untuk pakai shawl nie .. Semudah ABC sekejap saja Yana siap pakai shawl cantik Diona Mermaid nie ..
Sepertimana yang kita sedia maklum populasi
penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara
mustahil. Bagi meningkatkan kesedaran
dalam ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU
(Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih
dan memelihara penyu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu
Belimbing di Rantau Abang dimulakan. “Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk
memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di
muzium-muzium ..
Secara
purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa
kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan
lain-lain. Memasuki tahun keempat di dalam industry, SofeaRose mengambil inisiatif
dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi
mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a
Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan
untuk prosess pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi
habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi.
Bagi membela nasib alam semulajadi,
SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada
program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi
menyokong pemuliharaan penyu. Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan
seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan
ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak
terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi
tudung serta pakaian Ready To Wear
(RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan
Mermaid!
Salah
satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi
tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi
koleksi ini. Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose merakamkan video seorang Puteri Duyung
memakai tudung Diona berenang di dalam air: https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk
Selain koleksi tudung, SofeaRose juga
mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan
13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini
Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi
Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari
duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.
Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis
cara iaitu dengan menghubungi Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha) atau kunjungi
butik SofeaRose di Bangi Sentral ataupun menerusi laman sesawang di www.sofearose.com. Dengan setiap pembelian RM100 keatas,
pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan
PERCUMA seumur hidupdan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose..
5 Comments
OMG sisturrr, lawanyaaaaa tudung + orang + permandangan. Hahaha, ni wishlist tudung raya 2018 ni.
ReplyDeletecantik tudung..secantik modelnya..:)
ReplyDeletecantik-cantik warna pastel.
ReplyDeletesuka tengok softcolored dia kan...material pun best..
ReplyDeletecantik doh tu..
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^