Inginkan Photoshoot Ala Model - Jom ke Kame2 Project Studio

Inginkan Photoshoot Ala Model - Jom ke Kame2 Project Studio

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua.. Fuh hari nie baru Yana sempat nak share dengan awak semua mengenai sesi photoshoot Yana pada bulan Ramadhan yang lalu .. Nak tahu apa yang best mengenai photoshoot Yana dengan geng Kame2 Project Studio? Jom baca entri Yana |Inginkan Photoshoot Ala Model-Jom ke Kame2 Project Studio..


Okayy , meh sini Yana nak share pengalaman Yana semasa ber photoshoot session dengan geng Kame2 Project Studio nie.. At first,  err tak payah nak at first sangat sebab dari awal sampai habis memang Yana awkward.. Ehh,  bukan salah photographer nie tau Yana yang segan sebenarnya because Yana memang takda pengalaman langsung dalam berphotoshoot OOTD Yana semua diambil oleh teman rapat dengan menggunakan kamera telefon pintar sahaja.. Jadi,  bila ada stranger (yela Yana tak kenal sebelum nie means stranger lah kan?) yang ambil gambar Yana memang awkward sangat-sangat selamat lah brader-brader sabar gila dengan Yana yang zero experience nie.. Hasilnya ada jugak gambar Yana yang nice to see.. Hehee.. 


Perghhh.. Tengoklah kualiti gambar yang dihasilkan oleh photographer-photographer Kame2 Project Studio nie.. Yana yang sendu pun tetiba jadi meletops okay.. Yana sendiri macam tak percaya dalam gambar nie Yana tau.. Tapi, tengok hidung tu dah boleh recognise dah tu Yana.. Photographer-photographer nie memang friendly gila so awak semua tak perlu nak wujudkan elemen awkward macam Yana just be yourself dan santai lagi mudah rasanya nak bergambar nanti..  Studio mereka selesa nak tukar baju pun ada bilik disediakan tak perlu risau ehh.. 



Berdua denganmuuu.. Pasti lebih baikk.. Hahaha ya berdua lebih baik jadi kurang sikit rasa kekok tu.. Sebenarnya Lia lah yang ajak Yana berphotoshoot sebab sebelum nie Lia pernah bekerjasama dengan mereka.. Ini merupakan gambar Yana dan Lia yang telah siap diedit oleh Photographer Do Terry Bogard.. Terima kasih yer, cantik sangat kejadiannya.. Kalau Lia tak ajak memang tak merasa lah Yana nak ada gambar cantik macam nie.. Haha orang comot mana ada photographer nak kan..  =P




Selain melakukan photoshoot untuk raya mereka juga ada menyediakan photoshoot untuk raja sehari.. Ini antara beberapa koleksi yang Yana "kidnap" daripada Facebook salah seorang photographer nie..  Cantik tak? Gila tak cantik semestinya lah cantik.. Kalau Yana lah raja sehari tersebut Yana dah puas hati sangat dengan hasil kerja photographer Kame2 Project Studio nie.. 



Tadaaa!!  Nak outdoor pun boleh okay.. Tapi kan, Yana lebih suka outdoor sebab rasa lebih lively and natural.. Haaa gituuu! Gambar outdoor pun meletops okay.. Come on la takkan nak tengok saja orang berposing syantik-syantik gini.. Taknak ker jadi syantik macam nie juga? Kalau nak baca entri nie sampai habis seban dekat akhir entri Yana akan share macam mana nak hubungi photographer-photographer nie.. 



Nak bergambar dengan keluarga tersayang? Haaa,  dengan Kame2 Project Studio mereka ada jugak buat photoshoot family boleh tengok contoh dekat atas tu.. Nampak meriah dan cantik-cantik kan.. Yana berani cakap tak menyesal punya kalau awak semua ambil pakej dengaan brader-brader nie.. Tengoklah semua gambar yang Yana attached meletops kot.. 




Apa? Nak photoshoot dengan kawan-kawan pun boleh tau.. Kame2 Project Studio akan merealisasikan photoshoot idaman awak semua tu.. Tapi, bersiap sedialah belajar posing jangan lah expect brader-brader nie nak ajar awak posing all the way pulak kan.. 


Si kecil jugak nak ber photoshoot? Boleh apa salahnya.. Tengok gambar dekat atas tu cantik jer kejadian nya mesti brader-brader tu ajar dia posing macam nie.. Hehehe.. Lawa-lawa weh gambar yang diambil oleh photographer-photographer terlajak sporting nie.. 





Okay, itu sahaja daripada Yana.. Oh ya kalau nak tau mereka turut menyediakan perkhidmatan fotografi untuk event, produk ,convocation ,maternity, corporate ,fashion ,dan potrait.. Yana dah kongsikan pengalaman Yana dengan awak semua sekiranya berminat boleh lah hubungi :

 0111-166645 (Seven Neves)
011-16594278 (Do Terry Bogard)
012-6279684 (@jonn_aziz ) 
(Call / Whatsapp / PM )

10 Comments

  1. Siyes cantik la hasil diorang..memang akak berkenan dengan sentuhan diorang tu..ye la dulu kawen xde photographer2 de..macam teringin plak nak ada gambar kahwin meletop mcm ni...

    ReplyDelete
  2. cantiknya gambar studio yana! Selamat Hari Raya ye :)

    Singgah sini & follow blog yana :D

    ReplyDelete
  3. Salam Lebaran Yana, meletops picture hgpa..nak ushar2 juga laa utk hari2 istimewa nanti

    ReplyDelete
  4. dua kali je penah amek gambar kat studio. dedua time convo eheh.. menarik gak idea amek gmbr raya cemni kan..

    ReplyDelete
  5. Semua pic menarik... Pandai depa ambik gmbar

    ReplyDelete
  6. Wah sangat cantik gambarnya...

    ReplyDelete
  7. Wahh cantik hasil photoshoot dekat studio ini.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^