Ramadhan Buffet Dulang Pak Beh di Hotel Iconic

Ramadhan Buffet Dulang Pak Beh di Hotel Iconic 


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiiii .. Hm , hari nie Yana ada lagi buffet ramadhan yang Yana nak suggestkan dekat awak semua .. Buffet Ramadhan kali nie bertempat di Hotel Iconic .. Buffet Ramadhan di Hotel Iconic kali nie berkonsepkan Dulang Pak Beh .. Jom baca |Ramadhan Buffet Dulang Pak Beh di Hotel Iconic ..



Sepertimana yang kita tahu pada bulan ramadhan ramai yang tercari-cari buffet ramadhan yang sedap dan harga mampu milik .. Okay sejujurnya Yana cakap Hotel Iconic ada menawarkan harga buffet yang mampu milik dan makanan yang dihidangkan pula sangat sedap .. Hidangan yang berkonsepkan Dulang Pak Beh memang kena dengan tekak kampung Yana nie , kalau awak semua juga penggemar makanan kampung awak WAJIB cuba Buffet Ramadhan Dulang Pak Beh di Hotel Iconic nie ..

MENU PEMBUKA SELERA 




Aneka kerabu yang disediakan untuk menu pembuka selera nie .. Antaranya kerabu taugeh , kerabu seafood , kerabu ayam , kerabu ulam , salad telur ala Thai , acar jelatah timun dan nenas dan kerabu mangga .. 



Tauhu Sumbat bersama Kuah Kacang


Aneka Ulam Ulaman


Ikan Masin , beraneka ikan masin seperti ikan gelama , sepat dan pelbagai lagi ..


Telur Masin 


Aneka Jenis Sambal ; Sambal Belacan , Sambal Mempelam , Cincaluk dan Budu ..


MENU HIDANGAN UTAMA







Nasi Hujan Panas , Nasi Tomato , Kari Ikan dengan Bendi , Ayam Goreng Berempah , Paru Goreng , Sayur Kobis Goreng Kunyit , Ayam Masak Merah , Udang Masak Sos , Sotong Kong Po , Sayur Campur Ala Cina , Kari Kambing ,Daging Masak Hitam Manis , Ayam Percik Kelantan , Ketam Masak Lemak Nenas , Kurma Telur dan Kepah Masak Kam Heong ..


Kambing Golek


Sharwarma


Tak lengkap sekiranya semua hidangan ini tidak didatangkan dengan pencuci mulut ya ? Jom tengok antara pencuci mulut yang disediakan ..

PENCUCI MULUT 



Buah buahan 



Aneka jenis bubur ; Bubur Pulut Hitam , Bubur Caca , Bubur Kacang dan Bubur Gandum


Aneka jenis Puding dan Kek


Pelbagai jenis kuih muih tradisional

Okay , sekian sahaja daripada Yana untuk Ramadhan Buffet Dulang Pak Beh di Hotel Iconic .. Terdapat lebih 160 hudangan yang disajikan untuk Buffet Ramadhan pada kali ini .. Harga sangat mampu milik sepertimana yang Yana mention awal-awal tadi .. RM65+ per nett/dewasa dan RM32.50 per nett/kanak-kanak dan warga emas pula hanya RM60 sahaja .. Sekiranya awak semua bercadang nak berbuka secara privasi harga Ramadhan Buffet Dulang Pak Beh berharga hanya RM58+ per nett sahaja dengan jumlah minima 30pax ..


Iconic Hotel

71 Jalan Icon City, Icon City, 
Bukit Mertajam, 
14000 Penang.
No Tel: +604 5059988
Facebook: Iconic Hotel
Instagram: https://www.instagram.com/Iconichotelpenang/
Website: www.iconichotel.com.my

1 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^