Dutch Lady Breakfast Challenge│Mulakan Pagimu dengan Susu Dutch Lady PureFarm
Dutch Lady Breakfast Challenge│Mulakan Pagimu dengan Susu Dutch Lady PureFarm
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haiii semua .. Kalau anda semua perasan beberapa minggu yang lalu Yana ada kongsikan 5 jenis sarapan pagi Yana yang dipadankan dengan susu Dutch Lady PureFarm .. Kenapa eh Yana buat macam tu ? Jom baca Dutch Lady Breakfast Challenge│Mulakan Pagimu dengan Susu Dutch Lady PureFarm ..
gambar sekadar hiasan
Sekarang nie kan Yana tengok baik pelajar mahupun mereka yang sudah bekerjaya sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi .. Padahal sarapan pagi sangat penting untuk kita memulakan hari kita dengan cergas .. Ramai yang fikir bila nak diet boleh skip sarapan pagi , untuk pengetahuan anda itu salah ya .. Sarapan pagi perlu diambil walau sesibuk mana pun anda .. Sebenarnya tak wajib pun sarapan yang heavy sangat cukup lah dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm untuk anda kekal aktif dan bertenaga .. Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu
tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah
satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita
memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8
hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk
permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang
diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian..Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan
untuk memulakan hari kita.. Sebenarnya, satu
gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan
cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita
tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan..Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang
diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi
nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu
kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain
yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula,
segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih
banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.
Cabaran Hari Pertama Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥
Okay pada hari pertama Dutch Lady bagi Yana satu sarapan dengan Nasi Lemak bersama dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk .. Bila dah sarapan meriah macam nie memang kenyang sampai tengah hari lah jawabnya .. Dalam segelas susu Dutch Lady terdapat pelbagai nutrien penting antaranya ; protein , kalsium , vitamin A , Vitamin B2 dan vitamin D .. Kesemua nutrien yang terdapat dalam susu Dutch Lady mampu membekalkan tenaga untuk anda kekal aktif dalam menjalankan aktiviti harian anda .. Okay dekat bawah nie Yana akan kongsikan beberapa menu sarapan pagi Yana sempena menyahut Dutch Lady Breakfast Challange ! =)
Cabaran Hari Kedua Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥
Sejujurnya , macam nie lah sarapan Yana sebelum Yana menyahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge nie .. Sarapan Yana ala kadar saja asal kenyang .. Cuma sebelum nie susu Dutch Lady digantikan dengan coffee .. Arghhh ! Sangat tidak sihat kan sebab dalam coffee mengandungi banyak gula dan caffein .. Selepas saja Yana menyahut seruan nie Yana dah mula ambil segelas susu pada setiap pagi sebagai salah satu menu WAJIB untuk sarapan Yana ..
Cabaran Hari Ketiga Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥
Pada hari ketiga Yana memilih konsep sarapan ala ala india .. Tosai sekeping dan menu WAJIB segelas susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk .. Alhamdulillah , sarapan ringkas macam nie pun dah kenyang dan Yana boleh kekal bertenaga sampailah ke waktu untuk makan tengah hari ..
Cabaran Hari Keempat Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥
Jadi , untuk hari keempat Yana memilih sarapan yang lagi simple daripada Tosai .. Yaa , sandwich goreng , roti sosej goreng bersama dengan susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk sebagai sarapan pagi Yana .. Serius cakap , makan macam nie pun Yana boleh kekal kenyang dan tak perlu nak cari kudap-kudap lain sementara menunggu waktu makan tengah hari tiba .. =)
Cabaran Hari Kelima Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥
Finally , baru Yana cari sarapan yang agak berat sikit untuk digandingkan bersama dengan susu Dutch Lady Pure Farm Full Cream sebagai sarapan pagi Yana pada hari terakhir menyahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge nie .. Kalau yang simple tadi Yana boleh kenyang sampai tengah hari .. Yana makan macam nie memang waktu tengah hari Yana tak mampu nak makan berat dah cukup sekadar makan roti sahaja .. Susu Dutch Lady dapat membekalkan tenaga yang secukupnya untuk Yana kekal aktif pada hari tersebut ..
Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm
penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan
nutrien penting, seperti:
• Protein
membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi
dengan baik;
• Kalsium merupakan
kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6,
dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk
gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A
membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal
fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2
menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;
• Vitamin D
membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.
Jom dekat sini Yana ajak anda semua memulakan pagi anda dengan sarapan yang berkahsiat hanya dengan segelas susu Dutch Lady Pure Farm .. Bila dah mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady Pure Farm nie jangan lupa untuk sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge secara dalam talian dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang sangat menarik bernilai lebih daripada RM35,000 .. Cara dia ? Sahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge .. Padankan sarapan pagi anda dengan susu Dutch Lady PureFarm .. Peraduan bermula pada 8 Oktober sehingga 11 November 2018 sahaja tau jadi cepatlah join ye ..
For more info anda boleh layari :
Facebook : Dutch Lady Malaysia
Website : www.dutchlady.com.my
5 Comments
comel ja tupperware pink tu haha dutch lady mmg sedap!!
ReplyDeleteComei la bekas pink yana tu
ReplyDeletetahniah kak dapat kotak cantik dutch lady tu
ReplyDeleteMai pun jenis kena sarapan, kalau tidakkk bad mood seharian,
ReplyDeleteAlaa lama tak sarapan camni.. kat sini nak cari nasi lemak tak jumpa xD
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^