Kulit Kini Lebih Anjal Berseri dengan SAFI Expert Solution
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haiii semua .. Okay hari nie Yana nak share satu produk keluaran SAFI dengan anda semua .. Bagi Yana produk SAFI yang bakal Yana share kan dengan anda semua nie lebih sesuai kepada mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas .. Sepertimana yang kita sedia maklum , SAFI telah mengeluarkan pelbagai jenis produk skincare daripada untuk usia remaja hingga ke dewasa .. Kini , SAFI tampil dengan produk baru yang diberi nama SAFI Expert Solution .. Apa yang menarik dengan produk SAFI yang terbaru nie ? Jom baca │Kulit Kini Lebih Anjal Berseri dengan SAFI Expert Solution ..
Cara penggunaan :
Gunakan penitis dan titiskan Renewal Hydra Complex dengan penitis tadi ke telapak tangan dengan kadar jumlah yang mencukupi untuuk anda sapu ke seluruh muka anda .. Sapukan di wajah sehingga ia hampir terserap semuanya ke dalam kulit wajah anda .. Kemudian disusuli dengan langkah kedua ..
Cara penggunaan : sapukan pada permukaan kulit wajah dan leher yang baru dibersihkan .. Urut secara perlahan-lahan dalam gerakan bulat sehingga ia menjadi titisan susu teruskan urut sehingga ia diserap sepenuhnya ke dalam kulit ..
SAFI Expert Solution Milk Drop Serum disuntik dengan NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid untuk mengaktifkan keupayaan semula regenerasi kelembapan kulit sambil mengunci penghidratan ..
Milk Drop Serum yang bertekstur ringan dan menyegarkan ini dirumus khas dengan kapsul rangsangan hidra yang berubah titisan susu untuk penyerapan cepat dan mudah ke dalam kulit..
Milk Drop Serum-Anti Dehydrated Skin
SAFI adalah jenama terkemuka Halal yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian yang unik dan komprehensif yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki Islam moden. Dibuat dengan bahan semulajadi terbaik yang mengesahkan keperluan Syarak dan disahkan HALAL oleh badan bebas yang ketat - JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), SAFI mempunyai tradisi Islam dengan produk yang bebas alkohol dan gelatin. SAFI dihasilkan dalam ISO dan "Amalan Pembuatan Baik" (GMP) kemudahan pengeluaran yang diperakui. SAFI berusaha untuk menyediakan produk berkualiti terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat. Untuk memastikan kualiti produk, konsisten dan fleksibiliti bekalan, SAFI dihasilkan 100% di kilang-kilang yang terletak di Malaysia.
SAFI Expert Solution Anti Hyper Pigmentation didatangkan dengan dua produk iaitu Renewal Hydra Complex dan Supreme Anti-Spots Complex.. Okay Yana akan cerita mengenai produk nie mengikut step dia yer .. So , first thing first Renewal Hydra Complex .. SAFI Expert Solution Anti Hyper Pigmentation ini didatangkan dengan dua langkah mudah dirumuskan dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat dengan Technology DN Age kombinasi yang berkuasa ini menembusi pesat ke dalam lapisan kulit basal untuk berkesan memerangi bintik-bintik yang ditetapkan, membekalkan kelembapan yang sengit & menggalakkan pembaharuan kulit untuk penampilan kulit secara keseluruhan kelihatan lebih baik ..
Renewal Hydra Complex
Gunakan penitis dan titiskan Renewal Hydra Complex dengan penitis tadi ke telapak tangan dengan kadar jumlah yang mencukupi untuuk anda sapu ke seluruh muka anda .. Sapukan di wajah sehingga ia hampir terserap semuanya ke dalam kulit wajah anda .. Kemudian disusuli dengan langkah kedua ..
Anti-Spots Complex
Cara penggunaan : Titiskan Supreme Anti-Spots Complex ke telapak tangan dan sapukan di wajah dengan urutan menaik ke atas .. Tekstur Supreme Anti-Spots Complex agak berminyak dan ia secara tak langsung dapat melembapkan kulit yang kering ..
Intensive Ampoules Anti hyper Pigmentation :
- SAFI Expert Solution merupakan penyelesaian intensif bagi program rawatan selama 1 bulan dan akan diulang pada setiap bulan bagi membantu untuk mencegah pembentukan bintik-bintik hitam ..
- Gunakan dengan produk SAFI Rania Gold untuk penghasilan kulit wajah yang lebih flawless
- Penggunaan pada waktu pagi : disyorkan guna dengan SAFI Rania Gold Moisturising Day Cream SPF25PA++IR selepas menggunakan Ampoule 2 untuk kesan yang kebih optimum ..
Intensive Ampoules Anti hyper Pigmentation :
- tiada minyak mineral
- tiada alkohol
- tiada silikon
- tiada paraben
- tiada ujikaji ke atas haiwan
* terbukti secara klinikal bahawa bintik-bintik hitam hilang dalam masa dua minggu ! ♥
Milk Drop Serum - Anti Dehyrated Skin
Cara penggunaan : sapukan pada permukaan kulit wajah dan leher yang baru dibersihkan .. Urut secara perlahan-lahan dalam gerakan bulat sehingga ia menjadi titisan susu teruskan urut sehingga ia diserap sepenuhnya ke dalam kulit ..
SAFI Expert Solution Milk Drop Serum disuntik dengan NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid untuk mengaktifkan keupayaan semula regenerasi kelembapan kulit sambil mengunci penghidratan ..
Milk Drop Serum yang bertekstur ringan dan menyegarkan ini dirumus khas dengan kapsul rangsangan hidra yang berubah titisan susu untuk penyerapan cepat dan mudah ke dalam kulit..
Milk Drop Serum-Anti Dehydrated Skin
- tiada minyak mineral
- tiada alkohol
- tiada silikon
- tiada paraben
- tiada ujikaji ke atas haiwan
* terbukti secara klinikal kelembapan pantas sehingga 280% ! ♥
Anda boleh dapatkan set SAFI Expert Solution ini di farmasi berdekatan anda dan juga di mana-mana pasaraya ataupun drugstore favourite anda tak lama lagi kerana pada saat Yana menulis nie produk SAFI Expert Solution nie belum lagi officially launch ♥
REVIEW YANA : Sejujurnya bagi Yana set SAFI Expert Solution nie macam lebih sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering kerana bagi mereka yang mempunyai masalah kulit bermiyak seperti Yana dengan pemakaian set ini ia akan menampakkan efek glowing yang terlampau ... Namun begitu , masih ada positif efek kalau anda boleh nampak daripada gambar bawah nie walaupun Yana mengenakan solekan yang sama namun ada juga sedikit perbezaan dengan dan tanpa menggunakan SAFI Expert Solution .. Gambar sebelah kiri anda boleh tengok bawah mata Yana lebih firm dan tiada lingkaran hitam bawah mata manakala gambar sebelah anda boleh lihat eyebag dekat bawah mata Yana kan ? Okay , sekian sahaja review daripada Yana nantikan ketibaan set SAFI Expert Solution ini di pasaran tak lama lagi ♥
4 Comments
tak lama lagi nak masuk three series ni.. hurm..
ReplyDeletememang kena always jaga kesihatan kulit..
wow..makin menawan la dia..:)
ReplyDeletebagus produk safi ni sesuai untuk semua lapisan umur...
ReplyDeletedah banyak dah kan produk safi ni..tapi yang baru ni nampak macam high class pulak kan
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^