Jom Berbuka di Evergreen Laurel Hotel , Penang
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haiii semua orang .. Okay Yana dah tak tau nie episod ke berapa Yana kongsikan buffet Ramadhan untuk tahun 2019 .. Hm , kali nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana berbuka di Evergreen Laurel Hotel pada 18 Mei yang lalu .. Nak tahu apa yang menarik ? Jom baca │Jom Berbuka di Evergreen Laurel Hotel , Penang ♥
Macam mana nak mula eh ? Berbuka puasa di Evergreen Laurel Hotel merupakan pengalaman pertama Yana .. Yana tak sangka makanan yang disajikan sangat menepati selera Yana terutama kali bahagian pencuci mulut .. Semua kek Yana sapu tau masa tu sebab too sedap untuk diabaikan .. Ha gitu ! Haha ! Okay , konsep makanan dekat Evergreen Laurel Hotel ada 4 iaitu kombinasi makanan tempatan , barat , Italian dan Jepun ..
Berbuka dekat Evergreen Laurel Hotel memang best sebab tempat sangat selesa .. Oh ya , buffet dinner nie dekat Cafe Laurel Ground Floor .. Di samping tu , dekorasi dekat sini pun menarik hati .. Taknak lah bebel panjang berjela .. Jom tengok antara menu yang disediakan untuk dinner buffet pada bulan Ramadhan nie ..
MENU UTAMA ♥
BURUNG PUYUH GORENG REMPAH,DAGING MASAK GULAI,SAMBAL SOTONG
PETAI,SAYUR REBUNG,KURMA KAMBING, SAYUR LODEH,IKAN SIAKAP, BUTTER PRAWNS,
CLAM WITH GINGER SAUCE,CHICKEN WITH DRIED CHILI,BAKED LAMB & EXTRA
CARVING STATION ♥
ACTION STALL & MALAY FEAST ♥
CHAR KEOW TEOW, LAKSA, ROJAK, ICE KACANG, PISANG GORENG , PANGGANG
STORE(CLAM, FISH, SQUID & PRAWNS)
SPECIALITIES CORNER ♥
NASI KANDAR COUNTER:
NASI BRIYANI, AYAM KURMA, DAGING KERUTUP,TELUR SAMBAL, BENDI REBUS, IKAN
GORENG & ACAR TIMUN NENAS
SERVING ULAM –ULAMAN, KERABU MAMPELAM, NASI KERABU, IKAN MASIN, ACAR LIMAU,
CENCALUK, GODO-GADO & EXTRA
DESSERT
MALAY KUIH ♥
( KARIPAP,SERI MUKA,BUBUR GANDUM, LEPAT PISANG & EXTRA),
COMBINATION OF FRENCH PASTRIES, BUAH KURMA & MIXED FRUITS
AIR BANDUNG
Kemudahan surau ada disediakan untuk memudahkan kita menunaikan solat .. Okay sekian sahaja Yana nak kongsikan mengenai pengalaman Yana berbuka di Evergreen Laurel Hotel , Penang .. Sejujurya , Yana nak anda semua especially Penagites dan kepada mereka yang nak datang ke Penang .. Anda patut masukkan Evergreen Laurel Hotel dinner buffet dalam list tempat berbuka anda ♥
Ramadhan & International Buffet Dinner : Cafe Laurel
Masa : 18:30 - 22.00
Hari : Isnin - Ahad
Harga : Ahad - Isnin RM90 nett dewasa , RM60 nett warga emas & kanak-kanak
Jumaat & Sabtu : RM110 nett dewasa , RM65 warga emas & kanak-kanak
Diskaun 10% untuk warga emas daripada 60 tahun dan ke atas
Kanak-Kanak bawah 7 tahun dan ke bawah makan secara PERCUMA
For more info anda boleh refer :
No Telefon : 04-222 9988
1 Comments
Aduhaii menu diaaa.. ...
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^