KampungKu Buffet Dinner Bersempena Ramadhan di
Ixora Hotel Penang
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua , okay pada kali nie Yana nak memperkenalkan lagi satu buffet Ramadhan yang bertempat di Ixora Hotel Penang .. Pelbagai makanan menarik yang berkonsepkan "Kampungku" yang disajikan bersempena buffet ramadhan pada kali nie .. Nak tahu apa yang best ? Jom baca │KampungKu Buffet Dinner Bersempena Ramadhan di Ixora Hotel Penang ..
Sajian makanan dengan penuh pengalaman menanti para pengunjung di "KampungKu" bersempena dengan buffet Ramadhan yang diadakan di Ixora Hotel Penang , The Straits Cafe and Baba & Nyonya yang bermula pada 7 Mei - 3 Jun 2019 , pukul 7 malam sehingga 10 malam .. Mereka yang berada di dapur di bawah bimbinganChef Meor Abdul Razak bin Meor Amri yang telah bersama dengan hotel sejak tahun 2014 lagi dan dibantu dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam bidang kulineri akan menyajikan pelbagai hidangan yang terdiri daripada salad tempatan , jeruk , pelbagai menu utama , pencuci mulut dan minuman free-flow ..
Sebagai pemula dan pembuka selera pelbagai jenis kerabu dan pilihan ulam-ulam seperti ulam raja , daun selom , pucuk ubi kayu rebus , ulam pegaga dan lain-lain .. Manakala , bagi tetamu yang menggemari hidangan yang pedas pasti akan suka dengan aneka sambal yang disajikan antaranya ; sambal belacan kampung , budu kelantan , sambal tempoyak dan sambal mangga muda .. Selaim itu , terdapat juga pelbagai jenis sup seperti ;sup kambing berempah dengan kentang , sup tomyam lautan dan sup ekor ala kampung ..
Okay jom kita ke kaunter utama yang menghidangkan hidangan dengan penuh rasa mantap seperti ayam kuzi berempah dengan kismis , gulai ikan keli dengan timun muda tumis darat , sambal tumis kerang dengan ubi , kupang masam manis dan siput lala bercili .. Oh ya , mereka turut menghidangkan pelbagai hidangan yang lain seperti daging shamah , patin masak cuka cili padi , gulai udang rebung , siput lala cincaluk , ayam panggang percik sos pandan dan banyak lagi .. Pengalaman menjamu selera pastinya lebih meriah dengan kehadiran chef di setiap stesen yang menjadi kegemaran "kampungites" di mana adanya hidangan seperti ikan bakar , kambing golek , kebab , pasembur , rojak dan asam laksa penang ..
Bagi memeriahkan lagi petang yang ceria ini , hidangan pencuci mulut seperti ais kacang beserta bubur pelbagai rasa dihidangkan , aneka puding ,ais krim , kuih raya dan pelbagai aneka kuih muih tempatan ..
KAMPUNGKU 2019 BUFFET DINNER (Menu A)
(7/5, 11/5, 15/5, 19/5, 23/5, 27/5 & 31/5)
kacang botol , ulam raja , daun selom , peria , pucuk ubi kayu rebus , kacang bendi rebus , daun ulam pegaga , petai , kacang panjang , kubis bulat , daun salad hijau(green lettuce) , daun salad merah (lollo rossso) , bijirin jagung , timun , tomato , lobak merah , lada benggala
sambal belacan kampung , budu kelantan , sambal tempoyak , sambal mangga muda , 1000 island dressing , french dressing
acar timun nenas , kerabu kacang botol , kerabu nangka muda ikan bilis , kerabu somtam , sosej salad , telur masin , ikan masin goreng bawang dengan cili kering , ikan bilis tempe berlada , ikan pekasam goreng bawang
Jeruk Buah-Buahan
jeruk betik , jeruk mempelam , jeruk kelubi , jeruk amra
Aneka Pilihan Keropok
keropok ikan , papadom , keropok murni , keropok udang
sup kambing berempah dengan kentang
roti (dinnner roll)
bubur lambuk
Juadah Hidangan Utama
nasi putih kukus , nasi minyak pelangi , ayam kuzi berempah dengan kismis , daging dendeng madu , gulai ikan keli timun muda tumis darat , udang goreng nestum daun kari , sambal tumis kerang dengan ubi kentang , tauhu & tempe goreng kacang panjang , siput lala goreng bercili , masak lemak petola suhun dan telur , sayur cendawan sos tiram
Warung Kebab
shawarma ayam , roti pita , timun , tomato , hiasan salad , sos cili, sos tomato , mayonis
Warung Mee
Penang Asam Laksa
daun pudina , otak udang , nenas , bunga kantan , bawang , timun , cili padi , telur rebus , limau kasturi
Warung Panas
Penang Char Koey Teow
Warung Warna Warni
Warung Istimewa
Warung Panggang
Warung 7
Juadah Pemanis Mulut
Aneka Kuih Muih Melayu
Beraneka Jenis Pilihan Kurma
Buah Buahan Tempatan
Pelbagai Jenis Minuman Kordial Sejuk
Warung Mee
Penang Asam Laksa
daun pudina , otak udang , nenas , bunga kantan , bawang , timun , cili padi , telur rebus , limau kasturi
Warung Panas
Penang Char Koey Teow
Warung Warna Warni
Warung Istimewa
Warung Panggang
Warung 7
Juadah Pemanis Mulut
Aneka Kuih Muih Melayu
Beraneka Jenis Pilihan Kurma
Buah Buahan Tempatan
Pelbagai Jenis Minuman Kordial Sejuk
Sekiranya anda berminat ntuk membuat tempahan berbuka di Ixora Hotel Penang nie anda boleh refer maklumat dekat bawah nie yer :
BABA & NYONYA
RM60nett/dewasa
RM46nett/kanak-kanak
THE STRAITS CAFE
RM88nett/dewasa
RM58nett/kanak-kanak
*BELI 10 PERCUMA SATU (untuk harga dewasa sahaja)
3 Comments
Wahhh. Lauk semua nampak sedappp. Terliur sangat! Paling best ade ulam ulaman tuuuu ♡
ReplyDelete[Jemput blogwalking blog saya] :)
alahai semua menu sangat menggoda mata ini. hehehehe ^_^
ReplyDeleteSiap ada playground kanak²..
ReplyDeleteGambar yana cantik² la
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^