Ramadhan Buffet Bertemakan Khazanah Sajian Nusantara yang Berkonsepkan Makanan Ala Minangkabau di The Light Hotel
Ramadhan Buffet Bertemakan Khazanah Sajian Nusantara yang Berkonsepkan Makanan Ala Minangkabau di The Light Hotel
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haiii semua , sedar tak sedar hari nie dah seminggu lebih kita berpuasa .. Adakah anda masih tercari-cari di mana tempat yang best untuk berbuka dengan keluarga yang tersayang ? Okay , Yana ada berita baik untuk anda semua terutamanya kepada mereka yang menggemari masakan yang berkonsepkan ala Minangkabau .. Jom baca │Ramadhan Buffet Bertemakan Khazanah Sajian Nusantara yang Berkonsepkan Makanan Ala Minangkabau ♥
Budaya, rasa dan aroma masakan tradisional orang Malaysia akan dihidangkan kepada anda di Spice Brasserie, The Light Hotel Penang .. Khazanah Sajian Nusantara benar-benar mentransformasikan keindahan sebenar "harta karun" kita sebagai rakyat Malaysia .. Hidangan yang disajikan dari pelbagai negeri di Malaysia yang pastinya akan membuatkan anda terkenang kembali akan masakan gerai dan kampung kegemaran anda terutama sekali bagi mereka yang menggemari masakan pedas (masak lemak pedas) yang menjadi signature dish kepada mereka yag berasal dari Negeri Sembilan ..
Acara yang paling best yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadhan ialah pulang ke kampung dan makan makanan yang dimasak oleh ibu menggamit kenangan manis dan indah semasa zaman kanak-kanak , di The Light Hotel tetamu akan merasa keramahan rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan hidangan masakan rakyat Malaysia yang superb ! Pasukan dapur telah mengaturkan semuanya dengan begitu menarik agar makanan terlihat sehebat rasanya .. Terdapat sebanyak 171 hidangan termasuk 6 live action stall .. Makanan yang dimasak secara langsung ada ; 2 jenis carving food , 6 jenis Gulai Kawah yang dihidangkan di dalam kawah .. Terdapat 20 hidangan utama , 2 jenis hidangan Nasi iaitu ; Biryani Ayam & Biryani Kambing , 15 jenis pencuci mulut dan banyak lagi hidangan yang pastinya membuatkan anda meleleh air liur melihatnya ♥
Menu akan ditukar pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan dengan hidangan rasa yang terdiri daripada hidangan utama seperti Kambing Percik Minang, Daging Lembu Tenderloin dengan Salutan Kopi Istimewa, Ketam Bercili, Kari Ikan Masin dengan Kacang Bidang & Murungggai, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Ikan Pari Asam Pedas, Rendang Daging Nogori, Pajeri Nenas Udang Kering, Kambing Keema dengan Roti Pita, Sup Tulang dan Koey Teow Kambing ..
Antara makanan Minang yang wajib dicuba ialah Rendang Nogori, Gulai Lemak Nanas Ikan Talang Masin, Sambal Risik, Gulai Pisang Muda, Gulai Pucuk Ubi Ikan Bilis, Gulai Ikan Sembilang Salai, Gulai Daging Salai Pucuk Ubi & Terung Telunjuk dan lain-lain .. Untuk mewujudkan lagi suasana Minangkabau , sebuah replika rumah Minangkabau yang diinspirasikan dengan struktur bumbung yang berbilang tingkat dengan lengkungan akan menghiasi lobi Hotel The Light Penang pada tahun ini .. Tetamu boleh merasakan pengalaman "sebenar" dan berjalan-jalan di replika Rumah Minangkabau..
Jom kembali kepada menu yag disediakan , antara pilhan lain termasuk seperti Salad , Pembuka Selera , Sup dengan pelbagai pilihan Roti & Rolls termasuk Roti Benggali , Stesen Grill Roast dan live action stall seperti carvery , Mee Goreng , Indian Action Stall , Chinese Action Stall serta beberapa hidangan berkonsepkan Barat yang pastinya akan memuaskan selera anda .. Tidak ketinggalan kegemaran hampir semua rakyat Malaysia iaitu Bubur Durian dengan Roti Benggali , Nasi Impit dengan Kuah Kacang dan Lemang yang disertai dengan serunding & rendang yang lazat .. Pelbagai jenis salad tradisional atau lebih dikenali dengan ulam yang menjadi hidangan utama yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional khususnya bagi mereka yang tinggal di kampung .. Selain itu , turut terhidang berbagai-bagai jenis sambal untuk disuai padankan dengan ulam-ulaman ..
Selain dari Makan Malam Buffet Ramadhan di Spice Brasserie, bagi mereka yang lebih suka makan malam yang ringkas, anda boleh memilih Biryani Dome Set yang terdiri daripada Biryani Rice, Ayam Bawang, Kambing Kari Pekat, Sambal Sotong, Telur Kurma / Dalca, Sayur Goreng Masala disertai dengan hidangan kurma, hidangan pencuci mulut, balang minuman hari untuk sekurang-kurangnya 6 orang pada RM50 nett setiap orang..Tetamu , keluarga dan rakan-rakan mereka juga boleh makan di ruang makan terbuka di Taman Terrace Terrace, Level 3. Nikmati hidangan sambutan hangat dari kegemaran tempatan kami dengan konsep gerai dari RM88 nett bagi setiap orang dari A La Santai Makan Malam Buffet..
Last but not least , untuk melengkapkan menu Ramadhan Buffet Dinner ialah hidangan yang manis terdiri daripada pelbagai jenis pencuci mulut seperti kuih muih Melayu seperti Seri Muka , Karipap Pusing , Lepat Pisang , Tapai Ubi , Apam Kelapa , Kuih Bahulu , Kuih Tiram dan Jeli Kelapa .. Tidak ketinggalan Roti & Puding yang menjadi simbolik di The Light Hotel Penang .. Opps , terdapat jugak Apple Crumble yang dihidangkan panas-panas dan beberapa jenis buah-buahan tempatan yang segar .. Berita baik kepada mereka yang menggemari ais krim Merry Me akan berada di The Light Hotel so tetamu boleh rasa pelbagai jenis ais krim Merry Me yang unik .. Kena beli tau ais krim Merry Me tak termasuk dalam pakej Ramadhan Buffet Dinner di The Light Hotel Penang ♥
Untuk kemudahan semua tetamu muslim, The Light Hotel Penang telah membuat pengaturan kondusif bagi bilik-bilik solat dan wanita yang berasingan dengan Imam untuk solat tarawih juga .. Tetamu akan dihiburkan oleh band live Ar Rayyan yang mengadakan medley lagu dari Arab, Melayu Klasik dan kontemporari muzik pada setiap malam bermula dari 8 Mei - 4 Jun 2019 di Spice Brasserie ..
Untuk maklumat lanjut anda semua boleh refer maklumat dekat bawah :
Menu akan ditukar pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan dengan hidangan rasa yang terdiri daripada hidangan utama seperti Kambing Percik Minang, Daging Lembu Tenderloin dengan Salutan Kopi Istimewa, Ketam Bercili, Kari Ikan Masin dengan Kacang Bidang & Murungggai, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Ikan Pari Asam Pedas, Rendang Daging Nogori, Pajeri Nenas Udang Kering, Kambing Keema dengan Roti Pita, Sup Tulang dan Koey Teow Kambing ..
Jom kembali kepada menu yag disediakan , antara pilhan lain termasuk seperti Salad , Pembuka Selera , Sup dengan pelbagai pilihan Roti & Rolls termasuk Roti Benggali , Stesen Grill Roast dan live action stall seperti carvery , Mee Goreng , Indian Action Stall , Chinese Action Stall serta beberapa hidangan berkonsepkan Barat yang pastinya akan memuaskan selera anda .. Tidak ketinggalan kegemaran hampir semua rakyat Malaysia iaitu Bubur Durian dengan Roti Benggali , Nasi Impit dengan Kuah Kacang dan Lemang yang disertai dengan serunding & rendang yang lazat .. Pelbagai jenis salad tradisional atau lebih dikenali dengan ulam yang menjadi hidangan utama yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional khususnya bagi mereka yang tinggal di kampung .. Selain itu , turut terhidang berbagai-bagai jenis sambal untuk disuai padankan dengan ulam-ulaman ..
Last but not least , untuk melengkapkan menu Ramadhan Buffet Dinner ialah hidangan yang manis terdiri daripada pelbagai jenis pencuci mulut seperti kuih muih Melayu seperti Seri Muka , Karipap Pusing , Lepat Pisang , Tapai Ubi , Apam Kelapa , Kuih Bahulu , Kuih Tiram dan Jeli Kelapa .. Tidak ketinggalan Roti & Puding yang menjadi simbolik di The Light Hotel Penang .. Opps , terdapat jugak Apple Crumble yang dihidangkan panas-panas dan beberapa jenis buah-buahan tempatan yang segar .. Berita baik kepada mereka yang menggemari ais krim Merry Me akan berada di The Light Hotel so tetamu boleh rasa pelbagai jenis ais krim Merry Me yang unik .. Kena beli tau ais krim Merry Me tak termasuk dalam pakej Ramadhan Buffet Dinner di The Light Hotel Penang ♥
Ramadhan Buffet Dinner Price List :
Khazanah Sajian Nusantara Ramadahan Buffet Dinner :
RM110Nett adult, RM88Nett child & Senior Citizen
Biryani Dome Set :
RM50Nett Per Person (min 6 persons)
A La Santai Buffet Dinner :
RM88 Nett adult, RM68 nett child & Senior Citizen
Untuk kemudahan semua tetamu muslim, The Light Hotel Penang telah membuat pengaturan kondusif bagi bilik-bilik solat dan wanita yang berasingan dengan Imam untuk solat tarawih juga .. Tetamu akan dihiburkan oleh band live Ar Rayyan yang mengadakan medley lagu dari Arab, Melayu Klasik dan kontemporari muzik pada setiap malam bermula dari 8 Mei - 4 Jun 2019 di Spice Brasserie ..
Untuk maklumat lanjut anda semua boleh refer maklumat dekat bawah :
2 Comments
sedapnya menu..yana banjer pliss..hihi
ReplyDeleteBestnya berbuka dekat sini, deco cantik, menu pun banyak pilihan. Rambang tekak dibuatnya!
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^