Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part I

Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part I

ASSALAMMUALAIKUM WT ♥

Haiii semua .. Akhirnya Yana choose untuk share pengalaman Yana semasa berada di Pulau Tioman pada bulan Oktober yang lalu ..Sejujurnya , ini merupakan trip Yana yang paling manis dan Yana sangat-sangat enjoyed sepanjang masa Yana ada dekat sana .. Trip kali nie special sikit , nak tahu apa yang istimewa tu ? Jom baca │Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part I 



Trip ke Pulau Tioman nie mengambil masa yang berbulan jugaklah since kos nak ke sana , pakej dan macam-macam lagi tidak lah begitu murah bagi kerani cabuk macam Yana nie .. So , banyak preparation Yana nak kena buat .. Oh ya , trip kali nie Yana "menumpang" kawan Yana punya BFF Trip it supposed to be their trip not mine .. Sebab apa Yana join sebab Yana rasa tak puas berada di laut .. Pengalaman semasa di Pulau Perhentian tak banyak yang best so Yana decided to re create that kinda moment macam mana yang Yana nak eventhough dalam trip nie seorang saja yang Yana kenal ..

Yana dan kawan Yana ambil flight ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang .. Selepas habis waktu bekerja terus kami bertolak ke Penang International Airport Yana dah tak ingat flight kami pukul berapa yang pasti kami kena masuk ke departure pada jam 8.30 malam kalau tak silap .. Pada awalnya ada sedikit masalah sebab Yana tertinggal dompet Yana careless gila Yana masa tu macam nak teriak pun ada without tu mana mungkin Yana dapat naik flight .. Then , Yana dah dapat purse Yana kami pun teruskan perjalanan ke airport dengan hujan dan jalan jem sangat sabar sajalah .. Alhamdulillah , Allah eased everything for us ..



Masa dekat Kuala Lumpur kami bermalam di surau dekat KLIA2 memandangkan nak book hotel agak costly dan esok sesudah subuh kami nak kena naik flight ke Kuantan so kami prefer tidur dekat surau  .. Padahal mata nie tak dapat terlelap pun sebab sejuk sangat kami sekadar merehatkan badan untuk perjalanan esok .. Keesokkannya kami berdua bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersiap then pada jam 6.30 kalau tak silap Yana flight ke Kuantan .. Sesampainya kami di airport Kuantan salah seorang BFF kepada kawan Yana datang jemput kami berdua untuk ke Jeti Mersing di mana dekat sana ada lagi dua orang BFF kawan Yana sedang menunggu dekat sana .. Masing-masing dari Kuala Lumpur kalau tak salah Yana .. Agak makan masa perjalanan dari Kuantan nak ke Jeti Mersing sampai Yana sempatlah qada tidur .. 



Semasa kami sampai ke Jeti Mersing mereka sudah menunggu kedatangan kami .. Agak kekok jugalah Yana pada awalnya sebab I dont even know any of them .. So , kawan Yana introduce Yana dari situ lah Yana mula nak kenal all of them dan begitu juga sebaliknya .. Feri nak ke Panuba Inn mengambil masa yang sangat lama .. Plus minus dalam dua jam ..  Yana bangun , tidur , bangun then tidur sampai berapa kali barulah kami sampai.. Perjalanan kami tak berakhir dekat situ sebab kami kena naik bot sedikit kecil untuk sampai ke Panuba Inn ..

Jeti Panuba Inn Resort nie agak rare bagi Yana sebab kami nak kena panjat untuk sampai ke atas sebab tak ada proper tangga .. OMGGG ! Yana dengan luggage backpack , handbag urghhh ! Thank God ada gentleman yang naik dulu and ambilkan semua barang-barang kami letak dekat jeti then only kami dapat panjat freely tapi gayat juga lah salah langkah terjun laut uii .. Alhamdulillah , everything going smoothly .. Once semua dah settle kami ke receptionist untuk ambil kunci bilik masing-masing .. Pada hari kami sampai tu takda sebarang aktiviti so kami decided untuk rehatkan diri masing-masing pada petangnya kami lepak dekat pantai .. Cantik sangat pantai dekat Panuba Inn Resort nie .. Bilik ? Erm , to be honest bilik just nice view dari bilik memang superb lah view laut cantik terbentang masa duduk dekat balkoni tu just toilet tu bagi Yana agak kurang lah sikit .. 

inilah view Panuba Inn Resort Yana tak sempat nak snap so Yana credit Agoda for this picture

Seperti yang dijanjikan pada waktu petang memang free and easy session .. Kami lepak saja dekat pantai sambil ber OOTD .. Since Yana have nothing much to do so I volunteered my self untuk snap gambar BFF nie .. Memandangkan taking photo is my passion so why not Yana asah skill yang tak seberapa nie kan .. Eh , gambar Yana pun ada juga yang diambil cuma tak banyak because Yana very bad in posing-posing stuff hahaha ! Asal ada saja Yana tak kisah sangat .. Adalah few pics yang Yana snap petang tu .. Jom tengok dekat bawah nie ..




Well , hasil tak seberapa sebab lens kamera Yana basic saja nothing much I can do to make those picture I captured to look superb huhu .. Best jugak lepak dekat pantai nie sambil tengok ombak menghempas pantai .. Tenang sangat rasa , dah lama Yana tak rasa macam nie even masa Yana dekat Pulau Perhentian Yana tak dapat rasa pengalaman macam nie .. Mana gambar Yana ? Nak tengok juga eh ? Haha !





Lepas dah penat bermain dekat pantai dan maghrib pun hampir tiba kami semua kembali semula ke bilik masing-masing untuk prepared ourselves for makan malam pula .. Suasana dekat Panuba Inn Resort nie best sebab dia macam agak sunyi dan tak ramai dengan manusia .. So , rasa tenang sebab takda hiruk pikuk suara orang sangat just bunyi ombak saja yang jelas kedengaran.. Psst .. kalo perasan kan Yana pakai dress petang tu .. Kononnya , nak main dekat gigi pantai saja .. Eh tapi bila namanya Lyana mana mungkin tak terjun hahah mulanya nak acah ambil gambar dalam laut tu saja sekali na satu sepersalinan tu lencun teruk hahaha .. Ala sekali sekala takpa kan ?


Finally its dinner time .. Sebenarnya Yana sendiri tak sabar nak tunggu masa makan malam nie .. Tertanya-tanya lauk apakah yang bakal dihidangkan kepada kami semua .. Hm , Yana expecting for buffet tapi apa yang kami dapat more than apa yang Yana expect lauk dimasak khas untuk kami semua sahaja ada tomyam campur , ikan masak tiga rasa (Yana taktau apa nama ikan tu) dan sayur campur setiap lauk dibuat dua set memang puas lah kami makan .. Tapi memandangakan esok nak kena snorkeling Yana makan dengan agak behave lah kalau ikutkan hati nak saja Yana hirup tomyam tu ..


Inilah antara wajah-wajah mereka yang melakarkan memori manis Yana masa dekat Pulau Tioman .. Oh ya , termasuk lah kucing tu .. Hahaha ! Yana tak dilayan as stranger walaupun we dont even know each other, they treat me like I am part of them .. Thank you so much sisturs ! Hm , Yana macam tak larat lah nak sambung what next , since tajuk tu ada part I and of course there is part II .. In shaa allah Yana akan sambung in the next entry very soon .. Lepas makan malam kami balik bilik dan tidur since penat pada waktu siang belum reda .. Next entri Yana akan share more details , ke mana kami pi lepas tu and harga pakej yang kami ambil nie .. For nowwww , ciao gaisss ♥

18 Comments

  1. ooit gambar cecantik.. approved =D
    btw luggage tu nape comey nau warna dia ? geram haih.. ritu akak nak beli kaler pepel dengan kuning2 sket tp ended up hitam jugala senang.

    Tioman ni dlu akak pegi maybe 8/9 years ago.. cantik.
    cuma perjalanan nak sampai tu panjang n lama beno rasa. but one day insyallah nak pegi sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha thanks akak for the compliment. Aaa jauh dr kl import tu luggage hahaha .. Wana dia omey tgoda rasa .. Aaa jauh nau kak siti tapi worth it kalo akak nak pi habaq kalo ada bajet nk ikot hahahaha

      Delete
  2. wow..yana pakai dress kt pulau..hihi

    ReplyDelete
  3. Bestnya yana dah sampai tioman. Plan nak kesana jugak. Ntah sempat ke tak sebelum beranak 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besttt .. Tioman cantik sangat especially dekat panuba inn resort nie lawa view dia .. Bilik tu okay2 jela as long as selesa yana dah okay hee

      Delete
  4. Haritu g Tioman awal tahun. X puas sgt. Air laut x jernih. Ombak plak agak kuat hehe. X puas snorkeling. Baca la awak pengalaman saya ke Tioman dekat blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee saya pun masa pi oct ritu seryau gak sebab ramai ckp tgh monsoon so on alhamdullilah xhujan lgsg masa kat sana just hujan panas masa zohor tu cepat doa stop puas lah snorkelling .. Sya baca dah entri awk hee

      Delete
  5. Siapa kata yana tak tak pandai pose? Ok je 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah siyes la okay kadang tgk mcm kayu ja 😅

      Delete
  6. Wowww bestnya yana. Tak pernah dengar lagi sebenarnya nama resort ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana pun tu masa pi 1st time tau pasai resort nie haha .. Google tgk lawa kemain n masa p mmg lawa view bilik ngadap laut best gila rasa

      Delete
  7. Syoknya depa pi bercuti. Tak sabar nak baca part 2 pulak

    ReplyDelete
  8. Suka baca coretan jujur dik lyana ni, dari awal tercicir dompet sampailah ke jeti mersing, cerita2 pengalaman sebenar mcm ni lah suka dibaca, tak ada lah terus semua yang baik2...kalau semua kebetulan baik mmg izin Allah sgt kan lyana...lawa rupanya kawasan sekitar Panuba Inn...teringin nak jejak Pulau Tioman satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yana terus dr tmpat keja masa nak ke airport .. Purse ttinggal dalam beg keja .. Rasa nak nangis masa tu selamat umi ngan adik xjauh lagi suruh depa patah balik hantaq purse dah la jem lagi sabaq jela

      Delete
  9. subhanaallah, cantiknya.. kak ana belum pernah sampai pulau tioman ni lagi yana :) teringin gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat2 kak ana .. Sampai yana xleh nak move on .. Kalo ada rezeki kak ana mai lah .. Panuba inn nie best tapi bilik xda lah grand mana sekadar selesa laa

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^