Kek Cheese Mango Sedap di Kula Cakes , Kuantan

Kek Cheese Mango Sedap di Kula Cakes , Kuantan

ASSALAMUALAIKKUM WBT ♥

Hai semua , okay hari nie  Yana nak share satu tempat yang jual kek yang best yang terletak di Kuantan , Pahang .. Tempat nie merupakan tempat yang anda WAJIB kunjungi sekiranya berada di sana .. Nak tahu dengan lebih lanjut , jom baca │Kek Cheese Mango Sedap di Kula Cakes , Kuantan ♥



Semasa Yana ke Tioman pada bulan Oktober 2019 yang lepas Yana sempat singgah ke Kuantan , Pahang .. Takkan lepas balik dari Pulau Tioman Yana nak terus fly ke Penang kan ? So , kawan Yana suggest untuk kami bermalam semalam di Kuantan , Pahang .. Actually kan , dekat Kuantan ada lah beberapa kedai makan yang berjaya menarik minat Yana untuk cuba makan dekat sana tapi malangnya masa tidak mengizinkan .. In shaa allah , kalau Yana berpeluang ke sana lagi Yana nak cuba makan di kedai yang dah masuk dalam wishlist Yana tu ..



Kula Cakes , nama nie mungkin dah familiar bagi mereka yang sering berkunjung ke Kuantan dan bagi mereka yang menetap di Kuantan .. Kula Cakes nie di rekemen oleh penduduk tempatan Kuantan kepada Yana dan kawan Yana .. So , why not kita cuba kan ? Macam biasa dah namanya kedai famous semestinya memerlukan kita untuk beratur sekejap the same thing goes to Kula Cakes nie ..



Signature dekat Kula Cakes merupakan Kek Cheese Mango , jadi kami pun cubalah beli sepotong dan lagi satu kek Yana pilih Chocolate Salted Caramel .. Memandangkan kami sampai sana pun dah hampir masuk waktu maghrib kami pilih untuk take away kek-kek tersebut .. Sekiranya anda memilih untuk makan dekat sana juga nice sebab kawasan dia memang cantik dan agak vintage sangat sesuai bagi mereka yang suka ber OOTD ..


MANGO CHEESE CAKE ♥



Mango Cheese Cake dia sangat tempting for me , rasa dia just nice manis dia not to sweet and rasa cheese tu tak muak tu yang paling penting bagi Yana sebab Yana bukan a cheese cake lover .. Bila Yana dah puji Mango Cheese Cake nie sedap memang sedaplah .. 4 stars out 5 stars ♥

CHOCOLATE SALTED CARAMEL CAKE ♥



Okay next,  let's move to Chocolate Salted Caramel Cake.. To be honest,  nie kek pilihan Yana since Yana a chocolate cake lover.. Sorry not sorry Yana terpaksa bagi review jujur for Chocolate Salted Caramel nie sebab masa Yana beli and makan kek nie dia tak memenuhi piawai kek coklat yang Yana dambakan.. Satu saja weakness dia sebab dia dry tak moist as I expected.. So, dekat situ dia dah spoil lah.. The taste is nice , maybe ada lah something wrong somewhere hari tu since masa Yana beli tu dah last piece of it.. Ada saja kawan Yana cakap kek nie sedap compared to Mango Cheese Cake dia.. Hari tu mungkin nasib Yana tak baik kot.. But,  not to worry Yana tak serik nak makan lagi kek dekat Kula Cakes sekiranya Yana berpeluang ke sana lagi =)



Sekian sahaja lah coretan Yana pada kali nie mengenai Kula Cakes nie.. Bagi Yana it worth to try lah since dia pun dah went viral kan.. Lagi best kalo dine in and lepak dekat kedai tu sebab suasana dia memang memenuhi citarasa Yana vintage sangat.. Enough for now.. Ciaoooo

FACEBOOK : Kula Cakes

10 Comments

  1. lega time pi duluu orang tak ramai bratoooq.. memang lengang
    kitroang ingat kedai da tutup =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la akak.. Yana kena beratoq gak.. Tapi selamat xmcm kat deen maju tu heheh

      Delete
  2. Mango Cheese Cake wuuuu nampak sangat sedap awak.. T_T

    ReplyDelete
  3. ai org pahang pun tak pernah sampai sini huhuuu

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^